Advertisement

Kemalangan Kecil tapi diugut dimaki hamun

65 Views  ⚫  Asked 2 Months Ago
asked on Mar 12, 2020 at 23:19
by  
Tengahari 12/3/20, pemandu yang saya upah bawa kereta hantar anak ke sekolah, terlanggar sisi bumper kereta myvi putih WPM1341. Calar sikit saja tapi pemilik kenderaan iaitu isteri kepada pemandu berkenaan minta ganti rugi. Pemandu upahan saya maklumkan kepada saya kerana bukan kereta dia ataupun saya. Saya diamanahkan jaga untuk kenalan dan dibenarkan guna kerana masalah pengangkutan anak ke sekolah. Jadi saya ikut ke bengkel untuk tahu kos cat bahagian calar tu. Separuh bumper RM100. Satu bumper RM250. Wanita tersebut yang dikenali sebagai Norfadhilah Najawi paksa saya bayar segera walaupun tahu saya ada masalah kewangan. Saya beritahu dia, saya tak kerja. Saya terima bantuan zakat setiap 25hb tetapi beliau tuduh saya penipu. Beliau minta ic saya. Saya beri sebab dia kata saya menipu. Dia ugut nak kecohkan kawasan kediaman saya. Kawasan kediaman pula terkenal dengan Group Makcik Bawang. Saya takda tempat berteduh nak pergi. Rumah juga dibayar oleh zakat. Saya cuba berniaga kecil kecilan buat kuih pun diserang penduduk apartmen. Sebab niaga benda sama. Ada penyewa sampai dihalau keluar akibat fitnah makcik bawang. Anak saya ramai. Semalam guna wang Bantuan Awal Persekolahan pun saya guna beli buku teks sebab dah masuk 3 bulan, anak tak dapat buku teks walaupun kami tergolong dalam kategori penerima bantuan. Anak bongsu saya juga penerima Bantuan RMT sekolah. Anak sekolah menengah juga penerima bantuan eKasih. 

Cakap betul salah, tak cakap pun salah. Takkan saya kena tunggu mesej wanita ini 24 jam. Saya pinjam je henfon orang untuk ambil gambar kesan calar tu. Dah jadi masalah sebab pemilik myvi 24 jam setiap jam.. Mesej maki hamun saya. Kononnya saya lari. Saya minta tunggu 25hb untuk bayar kos cat beliau. 

Saya cakap, kalau dia tak puas hati boleh buat report polis. Dia ugut nak timbulkan kekecohan. Pemandu upahan saya tak salah pun tapi disalahkan kerana dia warga asing. Saya minta bantuan dia kerana van sekolah tak muat untuk ambil dan hantar anak ke sekolah. Sebagai ibu, takkan saya nak biar anak tak ke sekolah. Saya usahakan juga cari jalan. 

Anak saya kata, uncle tanya nak turun pintu utama ke pintu kecil. Mulanya dia cakap pintu utama, lepas tu pintu kecil. Uncle nak belok, pemandu myvi pun nak jalan juga, jadi terlanggar sikit. Sebab tu calar dia sikit tapi pemandu myvi kata pemandu saya pandu gila. 

Ikut logik akal, keadaan sesak. Jem teruk. Kenderaan jalan slow slow mustahil dia bawa laju. Saya pernah ikut dia hantar anak. Pemandu Malaysia bawa tak bagi signal pastu bila terlanggar salahkan orang lain. 
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
3 Answers

answered on Mar 13, 2020 at 00:25
by  
Jadi, apakah soalan sebenar nya?
0 found this helpful
Helpful

answered on Mar 13, 2020 at 07:58
by  
Kenapa tak mahu suruh insuran bayar?
0 found this helpful
Helpful

answered on Mar 13, 2020 at 11:46
by  
mungkin puan ini ingin mendapatkan nasihat bagaimana cara terbaik atau apakah yang sepatutnya dilakukan sekiranya kejadian seperti ini berlaku? 
0 found this helpful
Helpful


You must log in to answer this question.

Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.