Advertisement

Discharge of Bankruptcy

471 Views  ⚫  Asked 1 Year Ago
asked on Mar 4, 2020 at 23:50
by  
edited on Aug 18, 2020 at 09:31
 
Saya telah dibankrapkan pada Ogos 2017 dan ketika itu telah terus menyerah diri ke Jabatan Insolvensi Malaysia dan semua proses telah berjalan dengan baik. Seingat saya, saya dibankrapkan kerana pinjaman peribadi hanya RM110,000. Namun yang demikian pada November 2019, saya telah cuba berunding dengan pihak bank bagi mengurangkan jumlah pinjaman peribadi dengan cuba membuat bayaran penuh.

Tidak lama kemudian, pihak bank telah email jumlah tunggakan yang dipersetujui untuk bayaran secara penuh adalah RM180,000 (tidak termasuk lain fee). Saya amat terkejut dan maklumkan kepada pihak bank dan Jabatan Insolvensi Malaysia jumlah ini amat besar dan saya tidak mampu. 

Soalan pertama saya. Saya hampir 3 tahun sudah membuat bayaran kepada pihak Jabatan Insolvensi Malaysia sebanyak RM200 sebulan. Adakah saya layak untuk memohon "Discharge"?

Soalan kedua. Ketika permohonan "Penyelesaian Hutang dan Fi" dibuat, pihak Jabatan Insolvensi Malaysia menyatakan saya tidak lagi memfailakn Penyata Hal Ehwal. Apakah itu penyata Hal Ehwal? Seingat saya semua penyata telah saya hantar.

Sekian, terima kasih.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
3 Answers

answered on Mar 5, 2020 at 09:47
by  
edited Aug 18, 2020 at 09:33
 
Soalan pertama saya. Saya hampir 3 tahun sudah membuat bayaran kepada pihak Jabatan Insolvensi Malaysia sebanyak RM200 sebulan. Adakah saya layak untuk memohon "Discharge"?

Jumlah hutang RM180k. Kamu baru bayar RM7,200 sahaja dengan ansuran serendah RM200 sebulan. 

Munasabah kah atau tidak bank akan bersetuju dengan Jabatan Insolvensi Malaysia untuk mendiscaj kamu?

Apakah itu Penyata Hal Ehwal.
Seingat saya semua penyata telah saya hantar.
Cuba kamu ingat semula dan senaraikan penyata apa yang telah kamu hantar.
0 found this helpful
Helpful

answered on Mar 5, 2020 at 10:46
by  
edited Aug 18, 2020 at 09:36
 
Not filing your 6 monthly Income and Expenditure Statements (I&E) is an infringement.
Even if you have paid in excess of 50% of total Proof of Debts, Jabatan Insolvensi Malaysia will not easily discharge you.
1 found this helpful
Helpful

answered on Mar 7, 2020 at 00:52
by  
edited Aug 18, 2020 at 09:37
 
Apa yang @jeff005 bagitahu betul. Bila sudah bankrap ini, semuanya bukan lagi mudah. 
Pada saya, semuanya sudah tidak berpihak kepada kita lagi. Hadap sahaja lah hutang kita itu.
0 found this helpful
Helpful


You must log in to answer this question.

Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.