Advertisement

Tunggakan hutang dengan pemiutang. Menerima SMS waran tangkap akan dikeluarkan?

4883 Views  ⚫  Asked 2 Years Ago
asked on Feb 28, 2020 at 18:28
by  
edited on Aug 24, 2020 at 02:09
 
Saya meminjam dari pinjaman C, dan telah membayar untuk dua bulan. Tapi masuk bulan ketiga dan keempat saya tak mampu bayar untuk sebulan dua tu.. Bulan kelima saya membuat bayaran menggunakan Jompay. Untuk pengetahuan bayaran pinjaman ini hanya boleh dibayar menggunakan sistem Jompay. Tapi bila saya nak buat bayaran nombor IC dan nombor telefon yang saya masukkan tiada rekod.. Saya cuba lagi tapi masih yang sama.. Nombor telefon saya yang daftar dengan pinjaman C dah tamat tempoh.. Tapi pinjaman C pernah call guna nombor baru saya.. Saya cuba guna nombor baru tapi masih sama.

Apa perlu saya buat, kalau saya ditangkap bagaimana dengan pekerjaan saya, anak dan suami saya.. Saya masih ada hutang perlu dijelaskan. Saya orang susah, kalau saya senang saya tak buat pinjaman. Tolong bantu saya.. Saya tak tahu nak buat apa.. Saya terima petisyen ini melalui wasap nombor telefon tu tiada gambar.. Saya cuba save nombor yang diberi juga tiada gambar.. Apa perlu saya buat? Saya tak mampu nak ke Mahkamah Kuala Lumpur, saya di Johor.

RM0 DEFENDAN : *RAS ADIBA XXXX NO KP  XXXXXX-01-XX18 SATU PETISYEN SAMAN PEMIUTANG *XXXXXXX* AKAN DITAMPAL DI PAPAN NOTIS MAHKAMAH SIVIL JALAN DUTA DAN AKAN DI IKLANKAN DI SEMUA SURAT KHABAR BERBAHASA MELAYU SELAMA 5 HARI BERKUATKUASA PADA *28/02/2020* ANDA DIKEHENDAKI HADIR KE MAHKAMAH DAN SEKIRANYA GAGAL MENGHADIRKAN DIRI WARAN TANGKAP AKAN DIKELUARKAN TERHADAP EN/PN PENYERAHAN WARAN DAN TINDAKAN WSS UNTUK SITAAN DAN LELONG HARTABENDA BAGI PENERIMA PENGHAKIMAN INGKAR HARAP MAKLUM SILA HUBUNGI PEGAWAI TINDAKAN MAHKAMAH UNIT A4 PERENDORSAN WARAN/SAMAN DITALIAN *+601750542XX*
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
6 Answers

answered on Feb 28, 2020 at 19:32
by  
edited Aug 24, 2020 at 02:11
 
@Adiba,

Mereka cuma debt collector. Mereka cuma mengugut anda. Mereka tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk menangkap anda. Mereka akan mengatakan mereka daripada Mahkamah, IPD, KPDNKK dan sebagainya. Anda boleh membuat report polis dan membawa perkara ini kepada mereka. Sila berhubung dengan pegawai mereka dengan mengatakan masalah yang dihadapi oleh anda. Sekian. Terima kasih.
1 found this helpful
Helpful

answered on Feb 28, 2020 at 23:56
by  
edited Aug 24, 2020 at 02:18
 
Terima kasih @ViruShan. Sekiranya dapat petisyen dari mahkamah adakah dihantar melalui surat menyurat atau wasap? Mohon pencerahan sebab saya tidak arif dgn hal-hal seperti ini. 
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 29, 2020 at 16:35
by  
edited Aug 24, 2020 at 02:19
 
@Adiba, 

Segala surat dari mahkamah akan dihantar melalui registered mail / surat menyurat berdaftar sahaja. Terima kasih.
1 found this helpful
Helpful

answered on Feb 29, 2020 at 18:43
by  
edited Aug 24, 2020 at 02:36
 
@Adiba,

1. Pemiutang is a private licensed loans company.

2. Saya ditangkap bagaimana dengan pekerjaan saya, anak dan suami saya..
Nobody (in Malaysia) has been jail for Financial Debts (except with Frauds).

3. Saya terima petisyen ini melalui wasap
Mahkamah does not send petisyen to the responden (you). The petitioner lawyer has to send it you via registered mail and/or hand delivered. But your current address must be correct. It is in litigation law.

4. AKAN DI IKLANKAN DI SEMUA SURAT KHABAR BERBAHASA MELAYU SELAMA 5 HARI 
Wow.. this bill collection agency is filthy rich. Did they know how many "Malay newspapers"in Malaysia and the costs per advertisement per day? The litigation law states - 1 day is enough. 5 days? Sudah lari ke negara lain cepat-cepat lor.

5. WARAN TANGKAP
No brains Bill Collector.
It is only if debtor failed to turn up at Mahkamah for JDS Judgement Debtor Hearing then one will be issued this warrant. Serve only, not "tangkap".. !! 

You are not even a Judgement Debtor yet. Take many months to become one if there is a lawsuit by the lender of the loan.

It is prudent to contact the company DIRECT and make proposal for a restructuring of the repayments schedule based on your ability to service the loan.
4 found this helpful
Helpful

answered on Mar 2, 2020 at 12:34
by  
edited Aug 24, 2020 at 02:37
 
Terima kasih @jeff005 & @virushan sebab sudah memberi penerangan kepada saya.
2 found this helpful
Helpful

answered on Mar 2, 2020 at 12:55
by  
edited Aug 24, 2020 at 02:39
 
@Adiba,

Real sample of petisyen documented inside "mahkamah's records".
Do not be cheated by Whatsapp messages.



Take notes:

1. All originating summons (first filing) must be hardcopy filed in court (No e-Filing).

2. It must have court printed "receipt number" as in (1) above and fees paid plus case number allocated.

3. It must be signed and acknowledged by the Court Registrar (PKP) as in (2).
2 found this helpful
Helpful


You must log in to answer this question.

Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.