Advertisement

Hutang Kad Kredit: Sedang membuat bayaran tiap-tiap bulan tapi tiba-tiba dipaksa bank untuk membayar keseluruhan hutang

621 Views  ⚫  Asked 2 Years Ago
asked on Feb 18, 2020 at 01:28
by  
edited on Aug 8, 2020 at 02:06
 
Saya mempunyai hutang tertunggak kad kredit dengan CIMB seperti di bawah:
Jumlah had kredit = RM16,000.
Jumlah penggunaan campur interest = RM16,000.
Tahun akhir penggunaan = 2012.

Selepas jumlah penggunaan dan interest mencapai RM16,000 bank telah membatalkan penggunaan kad kredit tersebut.

Disebabkan tidak mempunyai pekerjaan tetap sejak bulan September tahun 2010, dengan pendapatan yang tak menentu (maksima pendapatan hanya RM500/bulan) dan tanggungan keluarga seorang isteri yang tak bekerja dan 3 orang anak, saya tidak mampu membuat bayaran bulanan akaun kad kredit tersebut sehingga hujung tahun 2017.

Disebabkan sudah ada kerja tetap sejak bulan April 2017, saya pergi sendiri berjumpa pegawai Bank CIMB untuk berbincang berkaitan jadual pembayaran bulanan mengikut kadar RM100 yang saya mampu.
Bermula Disember 2017, saya mula membuat bayaran bulanan yang mampu sebanyak RM100/bulan setiap bulan hingga sekarang Januari 2020. Jumlah bayaran selama 26 bulan ialah RM2,600.

Tiba-tiba bermula bulan ini 7 Februari 2020, saya telah mendapat satu surat dari bank memaksa saya menjelaskan keseluruhan hutang yang terkumpul disebabkan interest bulanan dan penalti berjumlah RM43,258.08 dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat tersebut. Sekiranya tidak jelaskan suatu tindakan undang-undang akan diambil oleh pihak bank terhadap saya.

1. Apakah yang harus saya lakukan?

2. Saya tidak mempunyai keupayaan untuk membayar lebih daripada RM100/bulan jauh sekali tiada kemampuan untuk menjelaskan sebanyak RM43,258.08 sedangkan jumlah hutang saya yang sebenar hanyalah RM16,000 termasuk interest bank dan sudah pun membayar sebanyak RM2,600. Baki yang sepatutnya tinggal adalah RM13,400 sahaja.
Adakah pihak bank akan dapat membuat mahkamah mengisytiharkan bankrap terhadap saya?

3. Sekiranya diisytiharkan bankrap, majikan akan memberhentikan saya dari kerja lalu boleh mengakibatkan kehidupan ahli keluarga yang bergantung sepenuhnya  dengan pendapatan saya dari majikan sekarang akan terjejas seperti sewa rumah, makan minum,sekolah anak-anak dan lain-lain keperluan bulanan. Ini kerana polisi syarikat yang saya kerja sekarang  tidak menerima orang yang telah diisytiharkan bankrap untuk bekerja di syarikat tersebut.

4. Adakah saya patut berjumpa dengan AKPK untuk mendapatkan khidmat bantuan untuk masalah ini?

5. Kaedah yang dilakukan oleh bank tersebut merupakan suatu kezaliman yang menyebabkan orang yang susah akan bertambah susah.
Patutkah saya membuat laporan polis untuk perkara ini?

Khidmat nasihat daripada pihak Tuan amatlah diharapkan.

Terima kasih.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
1 Answers

answered on Feb 18, 2020 at 14:07
by  
edited Aug 8, 2020 at 02:12
 
1. Apakah yang harus saya lakukan?
Buat persedian awal untuk menghadapi segala keadaan yang lebih buruk yang mungkin berlaku atau jika sesuatu itu tidak berlaku saperti apa yang tuan harapkan.

2. Adakah pihak bank akan dapat membuat mahkamah mengisytiharkan bankrap terhadap saya?
Jumlah had minima untuk kebankrapan adalah RM50k. 

Meneliti dari jumlah tuntutan bank itu sebanyak RM43,258.08, dengan kemungkinan fi guaman yang mungkin belum di masukàn lagi dalam tuntutan, kemungkinan tindakan kebankrapan oleh bank adalah tinggi.

3. ..polisi syarikat yang saya kerja sekarang tidak menerima orang yang telah diisytiharkan bankrap untuk bekerja di syarikat tersebut.
Polisi mereka memang sudah tersedia ada sebelum kita diterima kerja lagi. 

Tapi untuk syarikat swasta polisi ini sentiasa boleh berubah dan di ubah dengan mudah dan serta merta. 

Hampir semua syarikat berpolisi begitu tapi masih membenarkan pekerja yang bankrap meneruskan pekerjaan mereka.

4. Adakah saya patut berjumpa dengan AKPK untuk mendapatkan khidmat bantuan untuk masalah ini?
Ini juga satu pilihan untuk mengelak dari dibankrapkan.

Tapi perlu di ingat jika diterima oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) pembayaran semula bulanan adalah agak tinggi juga.. kemungkin melebihi 10% dari gaji dan tertakluk juga pada jumlah hutang keseluruhan.

Seseorang bankrap yang membayar balik hutàng melalui Jabatan Insolvensi akan lebih lega dari AKPK kerana akan dibenarkan membayar semula mengikut kemampuan berdasarkan deklarasi Pendapatan dan Perbelajaan nya. 

Kemungkinan untuk bayar RM100 seperti dalam kes tanggungan tuan adalah tinggi.

Tuan boleh berjumpa AKPK untuk runding cara atau bantuan khidmat nasihat mengenai masaalah tuan tanpa semestìnya menyertai program pentadbiran kes dengan AKPK.

5. Kaedah yang dilakukan oleh bank tersebut merupakan suatu kezaliman
Kaedahnya memang kelihatan zalim tapi kaedah ini sudah kita semua ketahui sebelum kita menerima tawaran mereka dan sebelum kita ditimpa musibah.

Ketika tuan sepatut nya membayar pada kadar minima 5% dari RM16,000 iaitu sebayak RM800 tuan hanya membayar RM100 sahaja selama 2 tahun. Adakah tuan mempunyai surat hitam putih dari mereka menyàtakan mereka (bank) bersetuju dengan jumlah RM100 tuan?

Mereka tidak bersetuju sebenarnya tapi hanya memberi masa jika tuan akan membuat bayaran lebih tinggi.

Bagaimanapun tuan boleh menyemak dan bertanya dengan mereka bagaimana jumlah RM43k itu di perolehi.

Patutkah saya membuat laporan polis untuk perkara ini?
Polis bukan agensi yang tepat jika mahu mengadu mengenai hutang atau kaedah perkiraan yang dilakukan oleh bank. 

Adu lah pada agensi yang lebih tepat ia itu pada Bank Negara sekiranya tuan memamg yakin pihak bank telah melakukan kesilapan atau kesalahan atau atas sifat kezaliman mereka sekalipun.
1 found this helpful
Helpful


You must log in to answer this question.

Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.