Advertisement

Saya telah dibankrapkan secara rasminya.

250 Views  ⚫  Asked 3 Months Ago
asked on Feb 9, 2020 at 18:45
by  
edited on Feb 9, 2020 at 19:00
by   Man_81
Saya telah sibankrapkan secara rasminya pada 15hb January yg lalu. Akaun pun telah dibekukan. Saya bercadang untuk hadir ke insolvency pada minggu ini. Saya ada beberapa soalan dan harap mendapat bantuan daripada warga forum. 

1.Bolehkah saya memohon pengurangan bayaran kepada pemiutang yang membangkrapkan saya dan bagaimana dgn bayaran kpd pemiutang lain di mana rekod bayaran adalah cantik.Adakah permohonan bayaran balik boleh distruktur kembali?
-bankrap (bank Rakyat) 
-pemiutang lain (MBSB) 

2.Bagi kakitangan kerajaan adakah perlu saya memaklumkan status saya kepada ketua jabatan? 

Sekian Terima kasih.. Harap ada yg sudi membantu memberikan pencerahan. 
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
3 Answers

answered on Feb 9, 2020 at 22:15
by  
Adakah permohonan bayaran balik boleh distruktur kembali?
Ya, itu lah yang akan dilakukan oleh JIM. Mengumpulkan semua hutang hutang dari para kreditor yang akan memasukan bukti keberhutangan tuan pada JIM walaupun dulu pembayaran adalah cantik.

Kemudian tuan akan di minta melapor Penyataan Pendapatan dan Perbelanjaan. Dari penyata itu JIM akan menentukan jumlah bayaran bulanan. Biasa nya lebih kurang 10% dari gaji.

2.Bagi kakitangan kerajaan adakah perlu saya memaklumkan status saya kepada ketua jabatan? 
Kalau tak di beritahu pun, rasa nya merekà juga akan mengetahui nya kemudiàn kerana JIM mungkin tertakluk untuk memberi notis kepada Perbendaharaan. Boleh tanya JIM akan kebenaran nya.

Lagipun akaun tuan untuk kemasukan gaji  telah di beku. 
Untuk membuka akaun baru  atau mengaktifkan akaun lama tuan perlukàn kebenaran JIM. Kalau tidak berjaya aktifkan akaun lama maka akaun yang baru itu perlu juga di beritahu kepada perbendaraan untuk kemasukan gaji.

Jadi tuan kena lapor diri pada JIM dulu sesegera yang boleh. 
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 24, 2020 at 00:16
by  
Pegawai JIM saya kata, tak beritahu pada sesiapa pun tak apa.Nanti kita boleh bukak satu akaun bank untuk gaji.
Nak minta diskaun boleh tapi dengan fullsettelment.pastu buat la cepat cepat sebab nanti semua hutang lain akan datang cepat.
Sangat memeningkan.
1 found this helpful
Helpful

answered on Mar 6, 2020 at 11:35
by  
Saya baru selesai sesi temukenal di insolvensi hari ni.. Alhamdulillah, dapat pegawai yang ramah dan sangat membantu. Setelah dibuat perkiraan saya perlu bayar rn400 sebulan atas semua total hutang saya. Akaun bank ambil masa dlm seminggu untuk aktifkan balik. 
0 found this helpful
Helpful


You must log in to answer this question.

Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.