Advertisement

Bayaran Singer Tertunggak

13406 Views  ⚫  Asked 2 Years Ago
asked on Jan 16, 2020 at 10:55
by  
edited on May 5, 2021 at 03:21
 
Saya ada beli motosikal dari Singer, tapi atas nama saudara saya. Harga motosikal tersebut RM3300, bulanan RM155. Tapi atas faktor masalah kewangan, saya tidak dapat membayar bulanan tersebut. Bulan November 2019, saya dapat panggilan dari satu syarikat 'debt collector' yang mengatakan saya perlu membayar jumlah keseluruhan motosikal tersebut tapi saya tak tak mampu. Ejen syarikat tersebut minta saya bayar separuh dari jumlah keseluruhan. Saya minta tempoh dan setelah beberapa hari saya dapat bayar separuh dari bayaran keseluruhan. Baki lagi separuh saya minta untuk buat bayaran semasa dapat gaji bulan 12, malangnya bos tempat saya kerja beritahu gaji akan masuk lewat antara 15 Januari - 20 Januari 2020. Ejen syarikat itu minta saya buat pembayaran sebelum pukul 11.59pm 15 Januari. Saya telah beritahu ejen tersebut yang gaji saya masuk minggu depan, tapi tidak diterima. Sekarang ni saya buntu, tak tahu apa yang saya perlu buat.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
17 Answers
« Previous   1   2   Next »

answered on Jan 30, 2020 at 10:59
by  
Boleh ke mereka 'burn' payment saya yang sebelum ni?
Kalau kamu ada bukti pembayaran macamana pula mereka boleh 'burn' kan pembayaran sebelum nya?
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 18, 2020 at 16:09
by  
edited May 5, 2021 at 04:07
 
Hari ini saya sudah berbincang dengan branch manager Singer. Dia benarkan saya membayar balik baki RM2360 itu secara ansuran mengikut perjanjian semasa mula-mula dulu. Tetapi agen tu terus menghubungi saya dan paksa bayar keseluruhan juga. Selalunya pihak Singer akan menghubungi saya, dan nombor telefon hq singer akan naik di handphone saya, tetapi sejak minggu lepas, saya terima panggilan dari hidden number dan mendakwa mereka adalah dari HQ Singer.
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 18, 2020 at 16:42
by  
edited May 5, 2021 at 04:08
 
Hari ini saya sudah berbincang dengan branch manager Singer. Dia benarkan saya membayar balik baki RM2360 itu secara ansuran mengikut perjanjian semasa mula-mula dulu.
Pemegang gadaian (Singer) dah beri persetujuan jadi sah lah tidak ada kes nak sita atau kena ke mahkamah.

Tetapi agen tu terus menghubungi saya dan paksa bayar keseluruhan juga. 
Agen pengutip hutang ini taķ puas hati sebenarnya usaha mereka menakutkan kamu telah gagal. Merekà tak dapat komisen lumayan. 
Agen pengutip hutang mana ada kuasa untuk mohon sita atau bawak kes ke mahkamah.

Kalau kamu teruskàn pembayaran ansuran itu dengan lancar dan pembayaran di terima maka kalau agen pènghutang itu call dan ugut kamu pun ugut nak saman mereka ke mahkamah.
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 18, 2020 at 18:06
by  
Mesej terbaru diterima

Perhatian.!!. Kami dari unit repo akan hadir ke alamat kediaman anda untuk jalan Waran Wss iaitu waran sitaan dan lelongan barang2 dalam kediaman anda untuk dapatkan ganti rugi dari pihak Ibu Pejabat Singer (M) Sdn Bhd. Kediaman anda akan dikunci sementara waktu untuk kerja2 pengiraan barang didalam kediaman. Kerjasama pihak anda amat diperlukan. Hubungi pihak saya semula untuk keterangan lanjut. Terima kasih.

Puan Marina Osman.
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 18, 2020 at 18:59
by  
untuk dapatkan ganti rugi dari pihak Ibu Pejabat Singer (M) Sdn Bhd. 
Kamu reply mesej tu kalaunak dapat ganti rugi dari Singer kena sita Singer lah.

Mesej itu hanya kenyataan kosong. 

Masaalah kamu sudah selesai dengan persetujuan pihak Singer. 

Saya tidak akan respon lagi pada thread ini. Kerana ia akan berulang ulang perkara yang sama. Terima kaseh.

Selamat Maju Jaya.
2 found this helpful
Helpful

answered on Feb 18, 2020 at 19:43
by  
Another debt collector pretending to be a borrower.
Just ignore.
0 found this helpful
Helpful

answered on May 12, 2020 at 14:20
by  
edited May 5, 2021 at 04:11
 
Dalam borang, pihak Singer ada minta orang-orang rujukan, bukannya penjamin. Hari ini ada salah seorang dari rujukan memberitahun saya, agen kutipan hutang telah senarai hitamkan namanya. Dia beritahu saya tidak boleh buat sebarang loan kerana namanya telah disenarai hitamkan. Soalan saya, boleh kah Singer atau agen kutipan hutang tu buat nama rujukan itu disenarai hitamkan? 
0 found this helpful
Helpful


« Previous   1   2   Next »

You must log in to answer this question.

Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.