Advertisement

Saya buntu baru terima notis bankrap mohon bantuan nasihat

211 Views  ⚫  Asked 4 Months Ago
asked on Jan 11, 2020 at 12:40
by  
edited on May 1, 2020 at 23:35
 


Salam. Saya baru terima notis ini, itupun melalui pemberitahuan dalam account CTOS yang telah lama saya daftar. Saya ingin mohon nasihat dan pandangan tuan/puan berkenaan:

1. Apakah maksud notis ini?
2. Saya bercadang memulangkan kereta kepada pihak bank. Adakah langkah ini diterima?
3. Adakah saya telah disahkan bankrap? Jika belum mohon pandangan tuan/puan apakah langkah yang pertama dan segera yang saya patut lakukan unduk mengelakkan disahkan bankrap?
4. Di dalam notis tersebut tiada tarikh untuk saya pergi ke mahkamah. Bagaimana saya nak tahu yang saya perlu hadir ke mahkamah jika ada perbicaraan berkenaan notis ini?

Untuk pengetahuan jumlah anggaran hutang dengan public bank dalam RM55k dan saya amat berminat jika ada cara untuk menyelesaikan selain dari tindakan bankrap. Saya buntu.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
2 Answers

answered on Jan 12, 2020 at 01:55
by  
edited May 1, 2020 at 23:37
 
1. Apakah maksud notis ini?
Maksud notis ini ada satu tindakan mahkamah untuk membankrapkan kamu telah diambil oleh pemiutang penghakiman terhadap kamu sebagai penghutang penghakiman.

Setelah dari seawal peringkat notis tuntutan di mahkamah rendah sehingga lah ke peringkat notis kebankrapan di keluarkan oleh mahkamah tinggi masih tidak ada respon atau kamu dapat di kesan secara kediri melalui alamat yang berdaftar dengan mereka lalu mereka nemohon kepada mahkamah untuk serahan atau penyampaian secara ganti melalui iklan di surat khabar selain penampalan di papan notis mahkamah. 
Jadi itulah iklan notis kebankrapan yang kamu lihat telah tersiar di akhbar.

Apabila tersiar ia menjadi saringan mudah buat CTOS untuk mendaftar nya dalam rekod mereka dibawah akaun kamu dengan mereka (CTOS).

2. Saya bercadang memulangkan kereta kepada pihak bank. Adakah langkah ini diterima?
Kenapa mahu memulangkan kereta?
Apa masaalah sebenar nya?
 
Adakah pembayaran kereta ini yang di tuntut oleh mereka sehingga mereka mengambil tindakan ini.

Jika benar, setelah sampai peringkat ini mereka (bank kreditor) biasanya akan hanya menerima pembayaran penuh sebagai cadangan penyelesaian untuk menarik balik tindakan. Pastilah jumlah nya sudah melebihi RM50k.

3. Adakah saya telah disahkan bankrap? Jika belum mohon pandangan tuan/puan apakah langkah yang pertama dan segera yang saya patut lakukan unduk mengelakkan disahkan bankrap?
Hari ini belum lah lagi. 

Tapi jika kamu baca kandungan notis dalam iklan itu ia memberikan kamu masa selama 14 hari bermula  dari 9 Jan 2020 itu untuk memfailkan afidavit sebagai pembelaan mengapa tindakan ini tidak boleh diambil terhadap kamu.

Jika tiada juga respon dari kamu dalam masa itu maka kamu sudah di anggap sebagai sudah melakukan satu perbuatan kebankrapan maka si pemiutang akan memohon pula kepada mahkamah untuk mengeluarkan satu petisyen pemiutang terhadap kamu. 

Pada perbicaraan petisyen pemiutang itu sekiranya kamu tidak hadir atau pun hadir tetapi tiada pembelaan maka pada hari itu lah mahkamah akan jatuhkan hukum kepada kamu sebagai seorang bankrap.

4. Didalam notis tersebut tiara tarikh untuk saya pergi ke mahkamah. Bagaimana saya nak tahu yang saya perlu hadir ke mahkamah jika ada perbicaraan berkenaan notis ini?

Semua notis untuk kamu hadir pada setiap peringkat sebelum ini telah dihantar ke alamat kamu yang berada dalam rekod mereka.

Notis untuk kamu hadir pada tarikh seterus nya adalah pada peringkat petisyen pemiutang yang ketika ini belum ditentukan lagi sementara menunggu tamatnya proses notis kebankrapan itu dulu.

Kamu boleh dapatkan dokumen yang telah lepas untuk meneliti segala perincian nya seperti amaun yang dituntut dan sebagai nya dengan cara memohon nya dari kaunter pendaftaran mahkamah dengan sedikit bayaran fee dengan menggunakan nombor kes saperti sudah sedia tertera pada pada notis dan semua dokumen-dokumen yang lain.
1 found this helpful
Helpful

answered on Jan 12, 2020 at 09:11
by  
edited May 1, 2020 at 23:36
 
2. Saya bercadang memulangkan kereta kepada pihak bank. Adakah langkah ini diterima?

Berapakah nilai anggaran kereta itu sekarang?

Mengikut Akta Sewa Beli, bank mesti terima balik jika kamu pulangkan.

Walaupun kereta dipulangkan, kamu masih boleh dibankrapkan, jadi fikir baik-baik.
0 found this helpful
Helpful


You must log in to answer this question.

Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.