Advertisement

Jual Rumah 2 Nama, Loan 1 (LPPSA). Salah seorang (bankrap) telah meninggal dunia.

272 Views  ⚫  Asked 8 Months Ago
asked on Dec 30, 2019 at 13:18
by  
edited on Apr 19, 2020 at 00:21
 
2003 - pasangan (isteri) dibankrap - pada ketika ini belum bernikah
2008 - beli rumah: 2 nama, loan LPPSA (loan saya)
2010 - bercerai dan hendak jual, sehinggalah bekas isteri meninggal, kes tidak selesai

Status:
- telah berbincang dengan Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM), lawyer
- telah tulis surat kepada LPPSA utk mendapatkan dokumen-dokumen yang diminta oleh Jabatan Insolvensi Malaysia, tetapi tiada respon Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

Perincian kes:
Semasa bekas isteri saya masih hidup, saya cuba batalkan nama bekas isteri, dengan alasan dia bankrap, tidak kompeten untuk tandatangan pernjanjian jual beli rumah, Jabatan Insolvensi Malaysia kata susah dan lain-lain....(tidak menyebelahi saya)

Saya ikut saluran biasa, maksudnya JIM iktiraf pembelian tersebut. Lawyer dan jumla JIM - bincang, kena dapatkan pelbagai dokumen dalam simpanan LPPSA. LPPSA tak reply.

Apa perlu saya buat next step..
Buyer dah ada, orang yang menyewa rumah tersebut.. dari 2010 sehingga kini tidak selesai... JIM dan LPPSA.. masing-masing agensi kerajaan tapi seolah-olah tak faham prosedur kerajaan...(tidak respon surat yang wakil peguam yang saya lantik, dan JIM pula macam tak faham, geran dan lain-lain dokumen dalam simpanan LPPSA)

Rumah: Nilai
Kes bankrap: Jabatan Insolvensi Malaysia Shah Alam.

Nak cari peguam yang boleh uruskan kes ini.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
4 Answers

answered on Dec 30, 2019 at 17:58
by  
edited Dec 30, 2019 at 17:59
by   rara_
Rumah ini tidak akan terjual kerana salah seorang pemilik bersama nya adalah seorang yang bankrap.

Ikut prosidur biasa akta kebankrapan, bank yang memegang kuasa gadaian akan terpaksa menamatkan perjanjian pinjaman dan melelong nya.

Mungkin dalam kes kamu prosidur itu tidak berlaku kerana ini akan mendedahkan kesilapan mereka kerana telah menerima seorang bankrap sebagai pemilik bersama walau pun telah di beri amaran dari awal lagi.

Jika begitu suruh peguam kamu failkan saman terhadap mereka.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 31, 2019 at 09:09
by  
edited Apr 19, 2020 at 00:04
 
Terima kasih!

Mungkin saya perlu buat saman sivil atas kecuaian pihak-pihak yang disebutkan...

Tapi sebelum itu cuba dapatkan pandangan dan bantu Persatuan Pengguna Islam Malaysia, banyak kes-kes yang menzalimi rakyat yang mereka berjaya selesaikan, kadang-kadang di Malaysia ini hanya dengan cara ini sahaja dia akan buka ruang untuk membetulkan kesilapan yang mereka sendiri lakukan.....
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 31, 2019 at 12:12
by  
edited Apr 19, 2020 at 00:04
 
Oleh kerana pemilik bersama telah meninggal dunia (ma'afkan saya, ya) maka cuba kamu buat pertemuan janji dengan Jabatan Insolvensi Malaysia dan bertanya atau memohon akan kemungkinan status kebankrapan nya di discaj mengikut pindaan pada akta kebankrapan terkini.

Jika ini berjaya maka penjualan rumah itu boleh dilakukan.

Izinkan saya bertanya ya, jika tidak keberatan, siapa kah kreditor yang membankrapkan nya dulu?
0 found this helpful
Helpful

answered on Jan 1, 2020 at 16:56
by  
edited Apr 18, 2020 at 23:42
 
Saya terlupa. Institusi kewangan dan institusi tersebut telah bergabung dengan institusi kewangan lain menyebabkan atau telah tidak wujud (saya lupa). Tapi ia adalah yang menyebabkan saya membatalkan hasrat untuk menghubungi / berunding dengan institusi berkenaan pada ketika itu...
0 found this helpful
Helpful


You must log in to answer this question.

Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.