Advertisement

Personal loan More than 6 years

130 Views  ⚫  Asked 2 Months Ago
asked on Dec 25, 2019 at 07:53
by  
Saya ada buat pinjaman peribadi sebanyak 5k dari cimb bank. Dah lebih 6 tahun saya x bayar. Baru2 ni ada collecter call saya maklumkan bahawa hutang saya sudah 84k termasuk intetst. Saya di beri tawaran pengurangan sekiranya saya mendepositkan rm1500 dan installment sebanyak rm500 selama 20 bulan bermula dec 2019. Sekiranya saya gagal membayar deposit rm1500 tu mereka akan istiharkan saya bankrup c.. Saya mohon pencerahan
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
6 Answers

answered on Dec 25, 2019 at 13:08
by  
Dah lebih 6 tahun saya x bayar.

Bila kali terakhir buat pembayaran?

Umur puan berapa?
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 25, 2019 at 19:18
by  
Berumur 47 tahun. Last bayaran pada 2007. Ada masalah keluarga pd ketika tu. Baru-baru ni pihak kutipan buat pangillan talipon ke tempat kerja. Jika saya di istiharkan bankrup adakah rumah saya akan dilelong dan wang  KWSP saya dibekukan? 
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 25, 2019 at 21:24
by  
Last bayaran pada 2007. 

Pastikan puan tidak buat apa apa pembayaran walaupun Rm1.
Nanti ia boleh membatalkan kelebihan had masa yang ada pada puan.

Baru-baru ni pihak kutipan buat pangillan talipon ke tempat kerja. 

Ini bukan bank tapi agensi pengutip hutang. Apabila bank memberi senàrai nama pada agensi untuk pengutipan, nama² yang sudah sepatutnya lupus juga tersenarai. Kerana nama nama itu tidak akan terpadam dari sistem.

Tak perlu layan sekiranya ada panggilan atau ugutan dari pengutip hutang.

Tetapi sekiranya dapat surat yang sah dari pihak lawyer untuk ke mahkamah jangan biarkan pula. Kerana kelebihan Akta Had Masa itu perlu di ajukan sebagai alasan pembelaan.

Agensi juga sekarang dah pandai buat macam² surat palsu. Tapi kita sentiasa boleh semak akan keabsahan nya.

So.. jangan bimbang ya puan. Anak puan ada berapa orang.. ya?
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 26, 2019 at 06:39
by  
Anak 3. Yg sulung berumur 21 tahun baru habis diploma kedua 16 tahun ke 3 berumur 7 tahun. Baru2 ni saya terima SMS mengatakan dari pihak CIMB BANK BAHAGIAN PERUNDANGAN SAMAN DAN BANKRUPSI memaklumkan bahawa ni peringatan terakhir dari pihak bank sebelum tindakan seterusnya dilakukan. Tarikh terakhir 27 dec 2019..
Ingin bertnya sekiranya betul adakah rumah saya akan dilelong. Rumah saya telah habis bayar cuma geran sahaja belum saya keluarkan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 26, 2019 at 10:38
by  
Ingin bertnya sekiranya betul adakah rumah saya akan dilelong. Rumah saya telah habis bayar cuma geran sahaja belum saya keluarkan.
Sekira nya seseorang itu jatuh bankrap ketika pinjaman perumahan nya masih lagi ada maka bank yang memegang hak gadaian pada pinjaman itu akan menamatkan perjanjian dan melelong nya.Ini adalah pasti.

Tetapi sekiranya seseorang itu jatuh bankrap dan ia mempunyai rumah yang telah habis di bayar maka harta nya (rumah) itu dan lain lain harta akan terletak di bawah budibicara Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM).

JIM boleh memilih melelong nya atau memilih tidak melelong nya bergantung pada situasi dan keadaan pada fikiran mereka.

Baru2 ni saya terima SMS mengatakan dari pihak CIMB BANK BAHAGIAN PERUNDANGAN SAMAN DAN BANKRUPSI memaklumkan bahawa ni peringatan terakhir dari pihak bank sebelum tindakan seterusnya dilakukan. Tarikh terakhir 27 dec 2019..

Proses kebankrapan tidak semudah atau secepat hanya dengan hantaran SMS oleh agensi.

Bank melalui firma guaman mereka perlu membuat tuntutan dan membuktikan sesuatu hutang itu di mahkamah terlebih dahulu sebelum tindakan kebankrapan diambil. Maka di sini lah puan akan menggunakan akta had masa itu menolak tuntutan itu.

Semua proses ini tidak boleh dilakukan melalui sms. Segala surat resmi yang di hantar perlu di pos menggunakan pos berdaftar.

Terdapat banyak kes yang serupa situasi puan di forum ini jika puan mengambil sedikit masa untuk meneroka dan membaca nya.

Diharap segala jawapan² diatas dan sebelum telah dapat membantu puan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 26, 2019 at 13:07
by  
Terima kasih kerana membantu saya.
0 found this helpful
Helpful


You must log in to answer this question.

Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.