Kawan pernah gunakan nama saya untuk beli kereta pada tahun 2006. Pada tahun 2010 kereta dah kena tarik dan di lelong oleh pihak bank. Baki lelongan ialah RM3k+ masa itu. Saya ada mendapat surat dari mahkamah pada tahun itu dan telah hadir ke mahkamah. Saya mengaku berhutang kerana saya tak tahu nak buat apa dan takut dengan surat mahkamah itu. Kemudian peguam yang mewakili bank suruh saya pergi ke finance bank untuk bbincang macam mana nak melunaskan baki lelongan itu. Saya dah pergi sana tapi jawapan orang di sana adalah mereka tak tahu. Tak ada rekod dengan mereka. Mereka suruh hubungi ibu pejabat d KL tapi masa itu saya sudah buntu nak buat apa. Hubungi tak dapat-dapat. Saya biarkan saja.
Sehingga pada tahun 2017 kalau tak silap, saya ada dapat panggilan dari pihak bank katanya suruh saya bayar RM3k saja sebab nama saya terpilih kerana ada promosi tahun itu. Tapi saya tak ada duit sebanyak itu untuk membayar. Jadi saya biarkn saja.
Sehinggalah semalam saya dapat panggilan dari seseorang menanyakan kenapa saya tak hadir di mahkamah pagi semalam. Saya tak dapat apa-apa surat yang menyuruh saya hadir di mahkamah pada tarikh tersebut. Dia ada bagitau surat di hantar ikut alamat IC yang bermaksud di kampung saya di Sarawak sedangkan saya duduk d Johor. Katanya, oleh kerana saya tak hadir mahkamah, satu surat waran tangkap sudah dikeluarkan. Dan akan ada 2 orang pegawai datang rumah untuk sita barang-barang saya. Dia ada suruh saya bayar RM1k. Dia bagi tempoh sehingga Isnin. Bulan-bulan dia suruh bayar RM250. Katanya baki butang saya sekarang RM7k.
Apa patut saya buat dalam situasi ini? Saya memang tak ada duit nak bayar cash. Lebih-lebih lagi dia minta RM1k sehingga Isnin ini.
Betulkah saya boleh di tangkap dan barang-barang di rumah boleh di sita.
Hutang kereta sudah melebihi 6 tahun. Bolehkah saya ditangkap dan barangan rumah disita?
2838 Views • Asked 3 Years Ago
edited on Apr 5, 2020 at 21:50
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
7 Answers
edited Apr 5, 2020 at 17:22
Oleh kerana saya tak hadir mahkamah, satu surat waran tangkap sudah dikeluarkan. Dan akan ada 2 org pegawai datang rumah untuk sita barang-barang saya.
Hanya ugutan kosong, biasanya dari pengutip hutang.
Cuba dapatkan surat yang dikatakan dari mahkamah itu dan paparkan disini untuk pencerahan.
Hanya ugutan kosong, biasanya dari pengutip hutang.
Cuba dapatkan surat yang dikatakan dari mahkamah itu dan paparkan disini untuk pencerahan.
0 found this helpful
Helpful
edited Apr 5, 2020 at 17:16
Saya tak dapat surat mahkamah yang terbaru itu..
Macam mana saya nak pastikan jika betul-betul ada surat mahkamah?
Haruskah saya pergi semula ke bank dan bertanya mengenai tunggakkn itu. Adakah mereka akan terima sekiranya saya ingin membayar mengikut kemampuan saya stiap bulan. Kalau nak bayar sekali gus memang tak mampu.

edited Apr 5, 2020 at 17:14
Macam mana saya nak pastikan jika betul-netul ada surat mahkamah?
Oleh kerana kes kanu di Sarawak, klik pautan di bawah dan semak dengan menggunakan nombor mykad kamu.
http://www.highcourt.sabah.sarawak.gov.my/
Kemudian tekan butang 'Sarawak' (untuk kes di Sarawàk) dan sebagainya.
Adakah mereka akan terima sekiranya saya ingin membayar mengikut kemampuan saya setiap bulan.
Jangan bayar selagi tidak ada kepastian atau hitam putih dan pastikan segala urusan perlu terus pada pihak bank dan bukan pihak ketiga.
Jangan bimbang pada ugutan pengutip hutang. Tidak ada penyitaan yang akan berlaku.

1 found this helpful
Helpful
edited Apr 5, 2020 at 17:14
Kes saya sebenarnya d Johor Bahru.. finance bank tempat sign dulu pun dekat Johor Bahru. Tapi menurut orang yang kol saya semalam, surat mahkamah di hantar ke almat kampung saya. Yang pada dulunya alamat di IC saya sebab saya belum tukar alamat tapi masa sign beli kereta dulu semua alamat surat mnyurat pakai alamat Johor Bahru.
Tapi saya hairan kenapa mereka boleh tahu tempat kerja part time saya sebelum ini. (Tapi sekarang dah berhenti, jadi suri rumah sepenuh masa) dia siap tanya. Awak kerja di E*** kan? Saya jawab dah berhenti. Saya cuma buat part time.
Terima kasih @_rara atas info.
Tapi saya hairan kenapa mereka boleh tahu tempat kerja part time saya sebelum ini. (Tapi sekarang dah berhenti, jadi suri rumah sepenuh masa) dia siap tanya. Awak kerja di E*** kan? Saya jawab dah berhenti. Saya cuma buat part time.
Terima kasih @_rara atas info.
0 found this helpful
Helpful
edited Apr 5, 2020 at 17:14
Saya sudah klik pautan di atas.. Saya klik bahagian 'Search Cases'.. Pakai nama dengan nombor IC tapi tak keluar apa-apa... cuma loading terus.
0 found this helpful
Helpful
edited Apr 5, 2020 at 17:15
Kes saya sebenarnya d Johor Bahru.. finance bank tempat sign dulu pun dekat Johor Bahru.
Kalau begitu tak perlu lah cari di mahkamah Sarawak.
Kalau pengutip hutang call, kamu minta saja nombor kes mahkamah. Dari nombor kes itu nanti boleh ditentukan samada kes sahih atau palsu.
Jangan bimbang, tidak ada tangkapan atau penyitaan akan berlaku.
Kes kamu dah luput sebenarnya. Sudah melebihi 6 tahun.

edited Apr 5, 2020 at 17:07
@rara_
Saya pun ingin bertanya. Kerana hutang kad kredit saya yang tidak terbayar 4 bulan. Semalam saya kena dihubungi dan mereka bagitau rumah saya akan disita sebap tak bayar. Mahkamah sudah keluarkan order pink paper. Tapi saya tidak pernah terima surat dari mahkamah tapi tiba-tiba mahu disita. What should I do? Is it true, mereka akan sita dengan cepat tanpa apa-apa makluman dari mahkamah?

You must log in to answer this question.
Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.
Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.