Advertisement

Rumah penjamin MARA dikenakan sita

522 Views  ⚫  Asked 2 Years Ago
asked on Nov 30, 2019 at 03:00
by  
edited on Mar 19, 2020 at 15:14
 
Saya adalah penjamin kepada abang ipar saya. Abang ipar saya membuat pinjaman Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebanyak RM27K. Abang ipar saya sudah diistiharkan bankrap. Jadi pihak MARA mencari saya untuk melangsaikan hutang.

Untuk makluman semua, barang dalam rumah saya telah disita. 8 December ini akan dilelong dengan cara lelongan awam. Apa perlu saya buat? Pada mingggu lepas pihak guaman datang kenrumah saya dan masuk ke rumah saya untuk menyenaraikan barang-barang rumah saya yang telah disita. Saya sangat buntu.

Untuk pengetahuan semua, menurut abang ipar saya, pihak MARA tidak boleh mengambil tindakan pada saya kerana pihak MARA sudah pun membuat claim dengan Insolvensi abang ipar saya. Apa tindakan sewajarnya yang saya perlu buat? Saya betul-betul buntu. Lagi seminggu barang-barang rumah akan dilelong.

Saya ingin minta pendapat. Terima kasih yang sudi memberi pandangan.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
1 Answers

answered on Nov 30, 2019 at 09:05
by  
Kamu boleh beli balik barangan-barangan yang perlu pada hari lelongan ataupun sebelum hari lelongan.
0 found this helpful
Helpful


You must log in to answer this question.

Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.