Advertisement

Saman Tunggakan Sewa

88 Views  ⚫  Asked 1 Month Ago
asked on Nov 12, 2019 at 13:07
by  
Hai.
Syarikat saya (Sdn Bhd) telah mendapat saman dari shopping kompleks pada 16/10/2019 sebab tak bayar tunggakan sewa sebanyak RM9000 dan di minta hadir ke mahkamah pada 13/11/2019.

Saya dah failkan notis kehadiran di mahkamah pada 17/10/2019 selepas baca di forum ini. Thanks!

Kami memang bercadang nak bayar tunggakan tersebut. Tetapi ada kerugian di sebabkan oleh plaintif. Antara kerugiannya :

1. Sebelum di halau keluar dari permis, kami di arahkan tutup selama 2 minggu kemudian dipanggil untuk buka permis semula dan dibenarkan berniaga.

2. Pernah ditutup suis letrik selama 3 hari dan habis barang-barang fresh yang dalam freezer semuanya rosak.

3. Selepas dihalau kekaur, Plaintif tahan permis saya (kiosk) selama 8 bulan. Saya tak boleh berniaga (ditempat lain) dan tak ada pendapatan.

Soalan saya, adakah sebab-sebab tersebut boleh menjadi pebelaan saya di mahkamah nanti?

Agak-agak bolehkah saya memdapat pengurangan bayaran?

Terima Kasih
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
9 Answers

answered on Nov 12, 2019 at 22:14
by  
Antara kerugiannya :
1. Sebelum di halau keluar dari permis, kami di arahkan tutup selama 2 minggu kemudian dipanggil untuk buka permis semula dan dibenarkan berniaga.
2. Pernah ditutup suis letrik selama 3 hari dan habis barang-barang fresh yang dalam freezer semuanya rosak.
3. Selepas dihalau keluar, Plaintif tahan permis saya (kiosk) selama 8 bulan. Saya tak boleh berniaga (ditempat lain) dan tak ada pendapatan.
Soalan saya, adakah sebab-sebab tersebut boleh menjadi pembelaan saya di Mahkamah nanti?


Kalau ikut keadaan yang diceritakan diatas, kamu cuba boleh buat Tuntutan Balas ( Counter Sue ).
Tuntutan Balas ini mesti di masukkan di dalam dokumen Kenyataan Pembelaan dan Tuntutan Balas, iaitu ditambah dibawah Kenyataan Pembelaan kamu.

Jika amaun tuntutan balas yang menang melebihi tuntutan plaintif, plaintif perlu bayar kamu bakinya.

Kamu tidak boleh Bertindak Sendiri kerana defendan adalah sebuah syarikat.
Syarikat mesti diwakili peguam.
Kamu boleh hadir di Mahkamah ( sebagai manager atau director ) untuk meminta masa mencari peguam.
Peguam kamu akan memberi nasihat seterusnya.
1 found this helpful
Helpful

answered on Nov 13, 2019 at 22:11
by  
@william chan

Saya telah hadir ke mahkamah pagi tadi.
Puan memberi saya tempoh sehingga 3 minggu untuk mendapatkan peguam. Dan peguam perlu failkan pembelaan dalam masa 14 hari selepas tarikh tersebut.

Peguam plaintif telah memohon JID kepada defenden kerana tidak memberi salinan memorendum kehadiran kepadanya. My bad! Tetapi Puan tidak terima permohonannya kerana saya telah failkan memo kehadiran lebih awal dan saya berikan alasan, saya tidak tahu prosedur tersebut. Fuhh!!

Sebaik keluar dari mahkamah, saya terus berjumpa dengan peguam yang saya kenal.

Menurut peguam, saya tak ada bukti tuntutan (dalam bentuk doc) jadi pembelaan agak sukar. 

Oh ya, FYI, syarikat (defenden) sudah 2 tahun tidak aktif dan dalam proses penutupan.
Jadi peguam cadangkan penggulungan dan abaikan notis saman tersebut. Apa pendapat anda?
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 14, 2019 at 17:28
by  

Menurut peguam, saya tak ada bukti tuntutan (dalam bentuk doc) jadi pembelaan agak sukar. 


Sahabat peguam tu tak tau nak generate document..?
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 14, 2019 at 18:36
by  
Jadi peguam cadangkan penggulungan dan abaikan notis saman tersebut. Apa pendapat anda?

Jangan terlalu percaya kepada nasihat peguam.

Ini bergantung kepada amaun Authorised Capital and amaun Paid Up Capital syarikat Sdn Bhd kamu.

Jika amaun Authorised Capital adalah RM 50,000 dan amaun Paid Up Capital hanya RM 30,000, ini bermakna ada lagi maksimum RM 20,000 yang boleh dituntut dari semua pemegang saham melalui Writ Saman yang baru. ( selepas penghakiman diperolehi )
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 14, 2019 at 20:37
by  
Jangan terlalu percaya kepada nasihat peguam. 

Ini bergantung kepada amaun Authorised Capital and amaun Paid Up Capital syarikat Sdn Bhd kamu. 


Peguam beritahu, syarikat yang kena saman bukan pengarah. Syarikat sudah 2 tahun tak aktif.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 14, 2019 at 20:41
by  
Sahabat peguam tu tak tau nak generate document..?

Boleh ya?
Semangat saya nak dapatkan pengurangan bayaran (bersebab) terus merudum bila peguam cakap susah nak dapatkan pembelaan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 14, 2019 at 20:52
by  
Ada beberapa soalan.

1. Bagaimana saya nak cari peguam yang biasa bab hutang? Rasanya sahabat peguam saya banyak buat hartanah.

2. Jika saya masih belum jumpa peguam, apakah saya perlu failkan notis kehadiran sendiri?

3. Jika saya tidak dapat hire peguam disebaban syarikat tiada pendapatan dan tiada aset, apakah tindakan yang perlu dilakukan?
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 14, 2019 at 22:07
by  
2. Jika saya masih belum jumpa peguam, apakah saya perlu failkan notis kehadiran sendiri?

Notis Kehadiran sudah pun difailkan, kenapa nak failkan lagi?
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 15, 2019 at 11:12
by  
Notis Kehadiran sudah pun difailkan, kenapa nak failkan lagi?

Notis Kehadiran diketepikan oleh Puan. Kena failkan sekali lagi.
0 found this helpful
Helpful


You must log in to answer this question.

Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.