Advertisement

TIDAK BAYAR AKPK, DI SENARAI HITAM ATAU DIJATUHKAN BANKRUP?

83 Views  ⚫  Asked 2 Months Ago
asked on Oct 25, 2019 at 12:08
by  
Saya sudah berada di tahap kritikal di mana sudah tidak sanggup membayar ansuran RM2550 kepada AKPK. Biz semakin merundum dan saya tidak tahu bagaimana nak uruskan ansuran ini.

Setelah dinasihati untuk membuat persediaan awal saya telah senaraikan apa yang perlu saya bayar dan apa yang boleh @ terpaksa saya tidak bayar untuk meneruskan kehidupan seterusnya bagi mengelakkan saya di jatuhkan BANKRUP dan tergadai rumah dan kenderaan yang ada.

Tolong beri pandangan kepada saya apakah cara saya ini boleh diguna pakai untuk terus hidup bagi mengurangkan tekanan yang sediada.

ANGGARAN jumlah pinjaman saya saat ini adalah RM200,000. Dalam jumlah tersebut BAKI HUTANG RUMAH RM90,000 dan yang lain nya adalah personal loan dan hutang kredit kad.
Ada orang menasihati saya untuk menjual rumah tersebut dan keuntungan yang dapat boleh selesaikan semua masaalah hutang saya. Tapi kalau saya jual rumah tersebut di mana saya nak dapatkan rumah yang dekat sekitar sekolah anak saya dan perniagaan saya. Dan dengan sewa rumah yang tak menentu akan buat saya lebih tertekan jika terpaksa keluar masuk rumah sewa. Jadi saya ambil keputusan tidak mahu menjualnya.

Pertanyaan saya : Boleh ke saya terus membayar ansuran RUMAH dan ansuran PERSONAL LOAN saya yang nilai nya RM50K++ sahaja untuk elak kan diri saya dijatuhkan BANKRUP? Dan pinjaman lain saya tidak buat pembayaran.
Sebab lain-lain pinjaman saya bawah RM1Ok-RM15k.

Betul ke dengan cara begini nama saya akan DISENARAI HITAM kan tetapi TIDAK AKAN DI JATUHKAN BANKRUP??

Selama ini saya membayar RM2550 + RM5000 untuk RUMAH, KERETA & lain-lain tanggungan.
Saya sudah TIDAK MAMPU nak tanggung semuanya lagi sekarang. Jadi terpaksa menyerah dengan cara begitu. Bukan tidak mahu membayar hutang setelah 4-5 tahun tanggung tetapi keadaan EKONOMI saya sekarang sangat KRITIKAL.

Mohon tuan/puan nasihati saya lagi. TERIMA KASIH.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]

Know someone who can answer? Share a link to this question via email, Twitter, or Facebook.


You must log in to answer this question.

Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.