Advertisement

Tidak bayar AKPK, di senarai hitam atau dijatuhkan bankrap?

359 Views  ⚫  Asked 10 Months Ago
asked on Oct 25, 2019 at 12:08
by  
edited on Aug 16, 2020 at 18:46
 
Saya sudah berada di tahap kritikal di mana sudah tidak sanggup membayar ansuran RM2550 kepada AKPK. Bisnes semakin merundum dan saya tidak tahu bagaimana nak uruskan ansuran ini.

Setelah dinasihati untuk membuat persediaan awal saya telah senaraikan apa yang perlu saya bayar dan apa yang boleh @ terpaksa saya tidak bayar untuk meneruskan kehidupan seterusnya bagi mengelakkan saya di jatuhkan BANKRUP dan tergadai rumah dan kenderaan yang ada.

Tolong beri pandangan kepada saya apakah cara saya ini boleh diguna pakai untuk terus hidup bagi mengurangkan tekanan yang sediada.

ANGGARAN jumlah pinjaman saya saat ini adalah RM200,000. Dalam jumlah tersebut BAKI HUTANG RUMAH RM90,000 dan yang lainnya adalah personal loan dan hutang kredit kad.
Ada orang menasihati saya untuk menjual rumah tersebut dan keuntungan yang dapat boleh selesaikan semua masaalah hutang saya. Tapi kalau saya jual rumah tersebut di mana saya nak dapatkan rumah yang dekat sekitar sekolah anak saya dan perniagaan saya. Dan dengan sewa rumah yang tak menentu akan buat saya lebih tertekan jika terpaksa keluar masuk rumah sewa. Jadi saya ambil keputusan tidak mahu menjualnya.

Pertanyaan saya: Bolehkah saya terus membayar ansuran RUMAH dan ansuran PERSONAL LOAN saya yang nilai nya RM50K++ sahaja untuk elak kan diri saya dijatuhkan BANKRAP? Dan pinjaman lain saya tidak buat pembayaran.
Sebab lain-lain pinjaman saya bawah RM10k-RM15k.

Betul ke dengan cara begini nama saya akan DISENARAI HITAM kan tetapi TIDAK AKAN DI JATUHKAN BANKRAP??

Selama ini saya membayar RM2550 + RM5000 untuk RUMAH, KERETA & lain-lain tanggungan.
Saya sudah TIDAK MAMPU nak tanggung semuanya lagi sekarang. Jadi terpaksa menyerah dengan cara begitu. Bukan tidak mahu membayar hutang setelah 4-5 tahun tanggung tetapi keadaan EKONOMI saya sekarang sangat KRITIKAL.

Mohon tuan/puan nasihati saya lagi. Terima kasih!
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
3 Answers

answered on Jan 24, 2020 at 01:29
by  
edited Aug 16, 2020 at 18:49
 
@Aslin72,

Idea itu bagus. Puan selesaikan sahaja hutang yang atas RM50k dahulu. Yang kecil-kecil itu puan bayar asalkan akaun dia bergerak. Mereka selalu marah kalau akaun itu statik sahaja. Kena elakkan diri dari bankrap sebab susah bankrap ini.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jan 24, 2020 at 08:04
by  
edited Aug 16, 2020 at 18:50
 
Kena elakkan diri dari bankrap sebab susah bankrap ini.

@ReenaIbrahim,
Bagaimana pula  dengan status anda dengan MARA?
1 found this helpful
Helpful

answered on Feb 24, 2020 at 00:28
by  
edited Aug 16, 2020 at 18:53
 
@rara_,

Pening kepala... Hahaha! Banyak benda yang buat serabut.

Duit kumpul dah separuh dari hutang tapi sekarang kalau bayar pun, bank tak boleh bagi diskaun kalau tak bayar full. Mara pula kata tak boleh diskaun, ada pihak kata boleh.
Jadi sekarang 3 creditors ini kira hutang saya termasuk interest dekat RM100k. 

Setelah fikir-fikir, bayar sahaja lah RM100 itu. Dah tak cukup semangat nak buat full settlement. Macam teraniaya pun ada. Tapi my mistake, tanggung sajalah.
Pastu semua pihak pun berdalih-dalih, maklumlah kita orang biasa. Sabar sajalah.
0 found this helpful
Helpful


You must log in to answer this question.

Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.