Advertisement

Bagaimana mendapat pekerjaan yang syarat mesti tidak bankrap?

219 Views  ⚫  Asked 7 Months Ago
asked on Oct 25, 2019 at 00:14
by  
edited on Mar 9, 2020 at 14:13
 
Bagaimana untuk mendapatkan pelepasan bankrapsi di sebabkan syarat mendapat pekerjaan mesti bebas dari bankrap?
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
1 Answers

answered on Oct 25, 2019 at 00:59
by  
edited Mar 9, 2020 at 14:13
 
Bagaimana untuk mendapatkan pelepasan bankrapsi..

* Terdapat tiga cara untuk menamatkan status kebankrapannya iaitu:

(a) Membuat permohonan pembatalan ke mahkamah dengan alasan hutang telah dijelaskan sepenuhnya / tidak sepatutnya diisytiharkan bankrap;

(b) Membuat permohonan pelepasan ke mahkamah pada bila-bila masa tertakluk kepada syarat yang dikenakan oleh mahkamah. MdI perlu mengemukakan laporan kes yang menyatakan kelakuan dan kerjasama bankrap kepada Jabatan;

(c) Membuat permohonan pelepasan kepada KPI untuk pelepasan melalui Sijil Ketua Pengarah Insolvensi di bawah Seksyen 33A Akta Kebankrapan 1967. Permohonan hanya boleh dibuat sekiranya pentadbiran kes kebankrapan telah dijalankan selama lima tahun selain memenuhi kriteria dan syarat-syarat yang lain.

..di sebabkan syarat mendapat pekerjaan mesti bebas dari bankrap?

* Sekiranya anda diisytiharkan bankrap, ia tidak akan menafikan hak untuk meruskan pekerjaan sekarang ataupun mendapat pekerjaan baru. Bagaimanapun, ianya tertakluk kepada terma dan syarat di dalam kontrak pekerjaan majikan, sebagai contoh, sekiranya syarat menyatakan perlu memaklumkan majikan mengenai status kebankrapan, anda hendaklah memaklumkan kepada majikan akan status tersebut.

* Jawapan di atas adalah dipetik dari segmen 'soalan lazim' laman sesawang:
Jabatan Insolvensi Malaysia.
0 found this helpful
Helpful


You must log in to answer this question.

Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.