Advertisement

Tidak Mampu Nak Sambung Bayar AKPK

4707 Views  ⚫  Asked 3 Years Ago
asked on Sep 12, 2019 at 16:38
by  
edited on Mar 6, 2020 at 14:58
 
Saya sudah dibawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) sejak 4-5 tahun yang lalu, ejak kehilangan pekerjaan/gaji yang tetap. Namun selama itu juga saya bersusah payah untuk bayaran yang AKPK tetapkan sebanyak RM2,550.

Tetapi sejak kebelakangan ini busines saya merundum dan aliran tunai saya sangat terhad. Dan saya rasa tidak mampu lagi untuk meneruskan pembayaran tersebut.
Saya sudah pun juga menggunakan kemudahan yang diberi oleh AKPK "tangguh bayaran 3 bulan" buat kali ke-2. Dan kini tiada lagi peluang untuk saya tangguh bayaran untuk kali ke-3.

Apakah cadangan yang terbaik untuk saya lakukan?
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
3 Answers

answered on Sep 13, 2019 at 00:25
by  
edited Mar 6, 2020 at 14:57
 
Jika Debt Management Programme (DMP) AKPK di tamatkan bermakna urusan seterusnya kepada pihak bank. Berunding dengan bank ini biasanya berkesudahan  meminta kita membuat jumlah pembayaran yang besar. Walaupun pegawainya menunjuk nada simpati namun polisi bank sebenarnya tidak.

Apakah cadangan yang terbaik untuk saya lakukan.
1. Kumpulkan atau senaraikan maklumat maklumat akan apakah kesan terburuk yang akan menimpa kehidupan tuan sekiranya mereka menuntut hutang menerusi tindakan undang undang, walaupun harapan saya agar tuan tidak lah sampai ke tahap itu.

2. Buat atau senaraikan persedian awal untuk menangani setiap kesan kesan itu.
2 found this helpful
Helpful

answered on Oct 25, 2019 at 11:54
by  
edited Mar 6, 2020 at 14:33
 
Saya sudah berada di tahap kritikal di mana sudah tidak sanggup membayar ansuran RM2550 kepada AKPK. Bisnes semakin merundum dan saya tidak tahu bagaimana nak uruskan ansuran ini.

Setelah dinasihati untuk membuat persediaan awal saya telah senaraikan apa yang perlu saya bayar dan apa yang boleh @ terpaksa saya tidak bayar untuk meneruskan kehidupan seterusnya bagi mengelakkan saya di jatuhkan BANKRAP dan tergadai rumah dan kenderaan yang ada.

Tolong beri pandangan kepada saya apakah cara saya ini boleh diguna pakai untuk terus hidup bagi mengurangkan tekanan yang sediada.

ANGGARAN jumlah pinjaman saya saat ini adalah RM200,000. Dalam jumlah tersebut BAKI HUTANG RUMAH RM90,000 dan yang lain nya adalah personal loan dan hutang kredit kad.
Ada orang menasihati saya untuk menjual rumah tersebut dan keuntungan yang dapat boleh selesaikan semua masaalah hutang saya. Tapi kalau saya jual rumah tersebut di mana saya nak dapatkan rumah yang dekat sekitar sekolah anak saya dan perniagaan saya. Dan dengan sewa rumah yang tak menentu akan buat saya lebih tertekan jika terpaksa keluar masuk rumah sewa. Jadi saya ambil keputusan tidak mahu menjualnya.

Pertanyaan saya: Bolehkah saya terus membayar ansuran RUMAH dan ansuran PERSONAL LOAN saya yang nilai nya RM50K++ sahaja untuk elak kan diri saya dijatuhkan BANKRAP? Dan pinjaman lain saya tidak buat pembayaran.
Sebab lain-lain pinjaman saya bawah RM10k-RM15k.

Betulkah dengan cara begini nama saya akan DISENARAI HITAM kan tetapi TIDAK AKAN DI JATUHKAN BANKRAP??

Selama ini saya membayar RM2550 + RM5000 untuk RUMAH, KERETA & lain-lain tanggungan.
Saya sudah TIDAK MAMPU nak tanggung semuanya lagi sekarang. Jadi terpaksa menyerah dengan cara begitu. Bukan tidak mahu membayar hutang setelah 4-5 tahun tanggung tetapi keadaan EKONOMI saya sekarang sangat KRITIKAL.

Mohon tuan/puan nasihati saya lagi. TERIMA KASIH.
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 25, 2019 at 18:43
by  
edited Mar 6, 2020 at 15:00
 
Pertanyaan saya: Bolehkah saya terus membayar ansuran RUMAH dan ansuran PERSONAL LOAN saya yang nilai nya RM50K++ sahaja untuk elak kan diri saya dijatuhkan BANKRAP?
Ya, dan pembayarannya harus lancar. Jika tersekat sekat dan ada tunggakan maka bank pasti menghidu nya sebagai pinjaman yang bermasaalah. 

Bila tunggakan mencapai 3 bulan mereka mungkin tidak berlengah mengambil tindakan menamatkan perjanjian dan menuntut keseluruhan pinjaman tuan.

Dan pinjaman lain saya tidak buat pembayaran.
Sebab lain-lain pinjaman saya bawah RM10k-RM15k.
Ini sepatutnya sebagai tindakan jangka pendek saja untuk membeli masa. 

Tetapi tidak bermakna bank tidak akan mengambil tindakan undang undang untuk menjadikan tuan sebagai Penghutang Penghakiman.

Selain itu terpaksa melayan gangguan pengutip hutang juga mencelarukan fikiran kita.

Betul ke dengan cara begini nama saya akan DISENARAI HITAM kan tetapi TIDAK AKAN DI JATUHKAN BANKRAP??
Ya, betul. Tindakan kebankrapan hanya boleh di lakukan kepada hutang yang melebihi RM50k.

Ada orang menasihati saya untuk menjual rumah tersebut dan keuntungan yang dapat boleh selesaikan semua masaalah hutang saya.
Ini adalah idea yang baik sebenarnya jika tuan sudah dalam keadaan yang amat tersepit. 

Ia membolehkan tuan untuk  membina semula dengan lebih tenang. Rumah juga boleh di beli semula pada lain masa.

Selain itu mungkin tuan harus menjual kereta dan menggunakan kereta lebih ekonomi untuk sementara waktu.
1 found this helpful
Helpful


You must log in to answer this question.

Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.