Advertisement

Akaun bank dibekukan selepas rakan memasukkan wang yang di pinjam peribadi sebagai pembayaran

1570 Views  ⚫  Asked 3 Years Ago
asked on Aug 21, 2019 at 11:04
by  
edited on Nov 24, 2019 at 17:03
 
Suami ada meminjamkan sejumlah wang kepada rakannya, kemudian dia meminta rakannya membayar wang tersebut dengan memasukkan wang kedalam akaun bank suami saya. Namun dua hari selepas itu suami telah menerima satu surat daripada pihak bank mengatakan bahawa ada pihak yang telah melaporkan telah tersalah memasukkan sejumlah wang yang sama kedalam akaun suami dan meminta suami untuk datang bagi memulangkan wang tersebut sedangkan wang itu merupakan bayaran daripada rakan suami kepada suami. Apakah yang perlu suami saya lakukan?
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
6 Answers

answered on Aug 21, 2019 at 12:38
by  
edited Nov 24, 2019 at 17:04
 
@Dkeyh,

Akuan bank kamu sudah dibekukan? Kamu ada pilihan lain? Pergi bank dan memahami apa-apa cerita yang sebenarnya.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 21, 2019 at 13:41
by  
Buat masa sekarang suami masih belum pergi ke bank, kerana dia ingin mencuba mendapatkan kepastian adakah dia masih boleh mendapatkan wang di dalam akaun tersebut..
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 21, 2019 at 14:12
by  
edited Nov 24, 2019 at 17:06
 
Tak faham anda.

Wang itu tak halal? Dari sumber haram? Tak pergi bank hal beku ni takkan selesai. Mana kamu di sini tahu sumber wang tersebut dan bukti di belakang? Siapa salah masuk? Pekerja bank salah masuk? Atau orang lain salah masuk?
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 23, 2019 at 03:54
by  
edited Nov 24, 2019 at 17:07
 
Pada minggu lalu rakan suami telahpun memindahkan RM8,000 ke dalam akaun suami bagi membayar wang yang telah beliau pinjam daripada suami saya sebelum ini. Namun begitu 2 hari selepas wang tersebut masuk kedalam akaun bank, suami telah pun menerima surat daripada pihak bank menyatakan bahawa beliau diminta untuk datang ke bank bagi mengembalikan wang sebanyak RM8,000 yang telah d salah masukkan kedalam akaun suami. Suami bingung kenapa dia harus mengembalikan wang itu sedangkan wang tersebut adalah wang beliau.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 23, 2019 at 11:44
by  
edited Nov 24, 2019 at 17:08
 
Suami bingung kenapa dia harus mengembalikan wang itu sedangkan wang tersebut adalah wang beliau..

Bank tidak ada kena mengena dengan urusan hutang oleh rakan kepada suami puan. 

Adakah puan bersetuju ada kemungkinan rakan suami puan telah bertukar fikiran setelah dia memindahkan wang nya ke akaun suami puan lalu melaporkan kepada pihak bank bahawa dia telah tersilap memasukan wang ke akaun suami puan untuk mendapatkan wang itu semula?

Bank hanya mengambil tindakan berdasarkan aduan yang sahih.

Mengapa tidak suami puan berjumpa dengan rakannya untuk mengesahkan samada rakannya itu telah membuat laporan tersilap memindahkan wangnya ke akaun suami puan?
1 found this helpful
Helpful

answered on Aug 23, 2019 at 12:52
by  
edited Nov 24, 2019 at 17:11
 
@Dkeyh,

Kita di sini menjawab soalan kamu mengikut tajuk dan kontent yang di pamerkan di atas.

akuan bank dibekukan
memulangkan wang tersebut
Ini bermaksud suami sudah memindah wang keluar. Oleh demikian, bank akan membekukan akaun sementara supaya menyelesaikan rayuan tersebut.

Pergi bank dan tunjukkan bukti yang wang masuk adalah "repayment" of loan dengan Wasap, Wechat, messaging handphone, email atau surat pinjaman.

Suami tidak payah bayar balik jika kamu ada "evidence". Satu polis repot boleh di bukakan.
1 found this helpful
Helpful


You must log in to answer this question.

Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.