Advertisement

Proses lelongan rumah untuk bersihkan nama di Jabatan Insolvensi Malaysia

286 Views  ⚫  Asked 9 Months Ago
asked on Jun 30, 2019 at 01:45
by  
edited on Jul 7, 2019 at 00:31
 
Saya telah diistiharkan bankrap sebagai penjamin kereta sebanyak RM50k atas nama saya pada tahun 2012 dan sebelum itu saya ada membeli rumah pada tahun 2010 dengan harga RM114k. Saya telah membayar setiap bulanan sehingga pada akhir tahun 2018 dari RM480 sehingga 2017 RM700 atas penalti pihak bank kerana kelewatan pembayaran. Di akhir tahun 2018, saya tidak membayar bulanan sehingga rumah dilelong pihak bank supaya dapat membersih nama saya di Jabatan Insolvensi Malaysia.

Awal tahun 2019, saya mendapat tahu bahawa pihak berjaya melelong rumah saya sebanyak RM230k. Jika mengikuti pengiraan saya, jika ditolak hutang saya sebagai penjamin RM50k dan hutang rumah pada bank jumlah keseluruhan ada lebih kurang baki lebih daripada RM160k. Tapi pihak bank mengatakan setelah tolak cas-cas servis, penalti dan lain-lain baki jumlah lelongan hanya ada sekitar RM130 belum tolak hutang RM50k sebagai penjamin. Sedangkan pihak bank tidak boleh tuntut pembayaran bulanan dari tahun 2012 sehingga tahun 2018 dibawah akta dan jika pembayaran berlaku maka pihak bank akan memulangkan duit tersebut.

Soalan saya, bagaimana pengiraan lelongan bank dan bolehkah saya menuntut resit jualan atau lelongan rumah dari pihak bank? Apakah perlu saya melantik peguam sekiranya ketirisan berlaku?

Terima kasih.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
1 Answers

answered on Jun 30, 2019 at 15:36
by  
edited Jul 7, 2019 at 00:33
 
saya telah diistiharkan bankrap sebagai penjamin kereta sebanyak RM50k atas nama saya pada tahun 2012
Setelah menjadi bankrap adakah kamu melapor diri pada Jabatan Insolvensi Malaysia untuk urusan pentadbiran kes sebagai seorang bankrap?

jika mengikut pengiraan saya jika ditolak hutang saya sebagai penjamin RM50k dan hutang rumah pada bank jumlah keseluruhan ada lebih kurang baki lebih daripada RM160k.
Bank yang melelong rumah kamu tidak ada kena mengena dengan hutang RM50k yang kamu katakan hutang sebagai penjamin kereta sehingga di bankrapkan.  Hutang RM50k itu sudah berada di bawah kuasa Jabatan Insolvensi Malaysia.

sedangkan pihak bank tidak boleh tuntut pembayaran bulanan dari tahun 2012 sehingga tahun 2018 dibawah akta dan jika pembayaran berlaku maka pihak bank akan memulangkan duit tersebut.
Kenapa pula bank tidak boleh menuntutnya, boleh kamu sebutkan akta yang kamu maksudkan?

Segala baki dari lelongan rumah itu akan di serahkan kepada Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM). 

JIM kemudian akan menolak pula segala hutang hutang yang lain yang telah di buktikan kepada Jabatan Insolvensi oleh para kreditor, sekiranya ada.

soalan saya, bagaimana pengiraan lelongan bank dan bolehkah saya menuntut resit jualan atau lelongan rumah dari pihak bank?
Untuk melelong rumah bank melantik pelelong berdaftar untuk melakukannya. Fi nya juga mahal dengan bermacam macam perincian. 

Bank juga begitu, mempunyai kiraan mereka sendiri pada segala hutang yang tertunggak.

Kamu boleh mohon segala resit dan detail nya dan sebaik nya kamu lakukan melalui Jabatan Insolvensi kerana mereka lah yang mentadbir dan berkuasa melepaskan kamu dari kebankrapan.

apakah perlu saya melantik peguam sekiranya ketirisan berlaku?
Cuba buat rujukan sendiri dulu, bagaimana dan apakah prosidur nya apabila bank melakukan sesuatu lelongan dan fungsi dan perana  Jabatan Insolvensi dalam konteks diri kamu yang masih bankrap untuk pandangan yang lebih jelas.
0 found this helpful
Helpful


You must log in to answer this question.

Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.