Advertisement

Nama digunakan untuk pinjaman rumah joint nama mengakibatkan permohonan loan dan kad kredit ditolak

114 Views  ⚫  Asked 5 Months Ago
asked on May 26, 2019 at 03:25
by  
edited on May 28, 2019 at 20:59
 
Saya ada soalan tentang pinjaman rumah under joint name. Situasinya macam ini.. kakak saya beli rumah dan buat joint nama dengan saya untuk dapat loan maksimum. Harga rumah dalam RM500k+ dan tenure 35 tahun. Dalam agreement, nama saya no. 1 dan banker cakap no 1 atau 2 tak beri apa-apa makna pun dan loan adalah 50-50 antara kami berdua tapi loan parking (RM50k+) full under nama saya. Tetapi saya tak bayar satu sen pun sebab kakak saya yang bayar sebab rumah itu dibeli untuk dia sahaja. Malangnya segala permohonan loan bank atau kad kredit saya ditolak atas alasan komitmen terlalu tinggi. Tetapi kakak saya tidak bermasaalah untuk memohon kad kredit.

Soalan saya seperti berikut: 
1. Adakah kedudukan nama dalam loan akan beri kesan untuk buat loan yang lain? 
2. Saya tak membayar langsung pinjaman rumah tersebut. Bolehkah saya membuat apa-apa surat yang menyatakan loan rumah ditanggung 100% oleh kakak saya untuk proses pinjaman yg lain? 
3. Bolehkah saya menukar kedudukan nama dalam loan kepada no. 2 dan kakak saya di no. 1?
4. Adakah cara lain untuk nyatakan yang loan rumah itu dibayar 100% oleh kakak saya dan memudahkan saya buat pinjaman yang lain?

Harap dapat menjawab soalan saya. Terima kasih.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
1 Answers

answered on May 28, 2019 at 11:45
by  
edited May 28, 2019 at 21:01
 
Maybe gaji kakak besar, so takde masaalah nak apply credit card etc. It is about DSR-debt service ratio. Ini sekadar pendapatan (bukan nasihat keewangan, saya tak bertangungawab atas pendapatan ini) - Buat satu surat sewa. Maksudnya kakak sewa rumah dengan awak. Dia pula masuk kan duit dalam akaun awak. Buat dalam 3 bulan. So income awak akan meningkat. Tapi maybe awak kena bayar cukai pendapatan extra (sebab pendapatan naik)
0 found this helpful
Helpful


You must log in to answer this question.

Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.