Advertisement

Akan difailkan kebankrapan. Apa yang perlu saya lakukan?

182 Views  ⚫  Asked 5 Months Ago
asked on May 24, 2019 at 20:41
by  
edited on May 26, 2019 at 20:52
 
Saya mempunyai hutang pinjaman pribadi dari Bank Rakyat yang tertunggak selama 18 bulan atas sebab kehilangan kerja dan akaun pinjaman saya juga telah dibatalkan. Pihak bank meminta saya membayar keseluruhan baki pinjaman sebanyak RM70 ribu namun saya tidak mampu. Setelah saya mendapat kerja semula dan berpendapatan lebih kurang dari sebelum kehilangan kerja, saya berunding dengan pihak bank dan bersetuju membayar RM700 sebulan sehingga saya dapat menyelesaikan keseluruhannya.

Saya telah membuat pembayaran tersebut tanpa ada masalah lewat selama 3 tahun. Saya juga telah memohon penjadualan semula pinjaman namun ditolak. Minggu ini pihak bank telah menghubungi saya agar menjelaskan keseluruhan sebanyak RM46,200 setelah diberi pengurangan dari jumlah asal RM52,000 dan sekiranya saya ingkar akan difailkan kebankrapan serta merta minggu hadapan. Saya telah merayu tapi mereka tetap akan meneruskannya. Apa yang saya perlu buat sekarang ini sebab agak mustahil untuk mengadakan jumlah wang yang cukup besar itu dalam masa yang begitu singkat sekarang ini?

Terima kasih.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
7 Answers

answered on May 25, 2019 at 00:37
by  
Bank yang mana ni?
Ada dapat surat tuntutan dari lawyer bank tak?
0 found this helpful
Helpful

answered on May 25, 2019 at 00:41
by  
edited May 26, 2019 at 21:56
 
dan sekiranya saya ingkar akan difailkan kebankrapan serta merta minggu hadapan. 
Pernahkah kamu di saman atas pinjaman yang sama ini sebelum nya?

Saya juga telah memohon penjadualan semula pinjaman namun ditolak... 
Membaca profile kamu, saya ingin memberi respons ataupun pilihan seperti berikut..

Kamu boleh saja menganggap status kebankrapan itu sebagai satu penjadualan semula malah dengan pembayaran bulanan yang jauh lebih rendah.

Sebagai seorang bankrap kamu masih meneruskan pekerjaan kamu sekarang walaupun telah di jatuhkan sebagai seorang bankrap. 

Apa yang saya perlu buat sekarang ini sebab agak mustahil untuk mengadakan jumlah wang yang cukup besar itu dalam masa yang begitu singkat sekarang ini. 
Kalau tak boleh jumlah penuh, boleh tak kamu adakan satu jumlah yang akan memjadikan jumlah pinjaman itu menjadi tidak melebihi dari RM50k dan buat pembayaran melalui CDM. 

Dalam kes kamu ini RM52+K - RM50+k = RM2~2.5k  lebih kurang
(Sentiasa pastikan jumlah tidak melebihi RM50k).

Nota:
Mengikut Akta Insolvensi 2017 seseorang itu tidak oleh dibankrapkan sekiranya hutang nya tidak melebihi RM50k.
0 found this helpful
Helpful

answered on May 25, 2019 at 12:28
by  
edited May 26, 2019 at 21:59
 
Bank yang mana ni? 
Ada dapat surat tuntutan dari lawyer bank tak?


Bank Rakyat.
Surat tuntutan pada permulaan kes sahaja selepas tu sehingga hari ini tiada surat dihantar hanya call dan SMS sahaja.
0 found this helpful
Helpful

answered on May 25, 2019 at 12:31
by  
edited May 26, 2019 at 21:58
 
Pernahkah kamu di saman atas pinjaman yang sama ini sebelum nya? 

Ada sekali surat saman dihantar sebelum ini lbh kurang 3 tahun lepas. Selepas itu saya buat bayaran RM700 sehingga sekarang dan tiada surat saman dikeluarkan lagi setakat ini. 
0 found this helpful
Helpful

answered on May 25, 2019 at 12:36
by  
Sebagai seorang  bankrap  kamu masih meneruskan pekerjaan kamu sekarang walaupun telah di jatuhkan sebagai seorang  bankrap.  

Sekiranya terus bekerja bagaimana dengan pembayaran gaji sebab akaun bank sedia ada bakal ditutup. 
0 found this helpful
Helpful

answered on May 25, 2019 at 23:40
by  
edited May 26, 2019 at 22:02
 
Ada sekali surat saman dihantar sebelum ini lbh kurang 3 tahun lepas. Selepas itu saya buat bayaran RM700 sehingga sekarang dan tiada surat saman dikeluarkan lagi setakat ini.
Kemungkinan ketika itu kamu sudah di jatuhkan penghakiman sebagai Penghutang Penghakiman (Judgement Debtor)

Sekiranya terus bekerja bagaimana dengan pembayaran gaji sebab akaun bank sedia ada bakal ditutup. 
Jika seseorang itu jatuh bankrap dia perlu melapor diri di Jabatan Insolvensi Malaysia.
Dengan kebenaran Jabatan Insolvensi Malaysia, dia boleh membuka akaun untuk kemasukan gaji.

Tetapi jika dia mempunyai sedang membayar pinjaman rumah, pinjaman itu pasti di tamatkan oleh kreditor dan rumah akan dilelong. Adakah kamu sedang membayar pinjaman rumah..?

Sebaik nya sebelum mereka mengambil tindakan kebankrapan dan sementara akaun masih belum beku kamu usahakan supaya jumlah hutang itu tidak melebihi RM50K.
0 found this helpful
Helpful

answered on May 26, 2019 at 18:43
by  
Tetapi jika dia mempunyai sedang membayar pinjaman rumah, pinjaman itu pasti di tamatkan oleh kreditor dan rumah akan dilelong. Adakah kamu sedang membayar pinjaman rumah..? 

Saya hanya ada hutang 2 buah kereta sahaja
0 found this helpful
Helpful


You must log in to answer this question.

Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.