Advertisement

Bankruptcy: How to Reply to Respondent Affidavit

537 Views  ⚫  Asked 6 Months Ago
asked on May 1, 2019 at 19:06
by  
edited on May 4, 2019 at 19:59
 
This is the affidavit balasan of the responden:

5. Saya tidak menafikan Perenggan 1 hingga 4 Afidavit Sokongan Perayu tersebut malah saya setelah dinasihati oleh peguamcara saya dan sesungguhnya percaya bahawa Perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam tersebut yang telah diperintahkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi adalah setelah mengambil kira alasan-alasan yang telah dinyatakan oleh Responden dalam Notis Permohonan Responden tersebut berkenaan kelewatan Responden dalam melaksanakan Penghakiman tersebut dan saya percaya Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam telah mengunakan budicaranya dengan wajar dengan membenarkan Notis Permohonan Responden tersebut.

6.  Perenggan 5 dan perenggan 6 Afidavit Sokongan Perayu tersebut adalah dinafikan. Saya dinasihati oleh peguamacara saya bahawa Notis Permohonan Responden tersebut telah diserahkan kepada Perayu pada 27.4.2018 melalui pos berdaftar dan Affidavit Penyampaian telah difailkan oleh Responden pada 4.5.2018. Oleh itu, dakwaan Perayu yang menyatakan bahawa beliau telah menerima dokumen daripada kerani firma guaman Responden pada 4.5.2018 adalah jelas bercanggah. Saya juga telah dinasihati oleh peguamcara saya bahawa bukti pengeposan menunjukkan penyerahan Notis Permohonan Responden tersebut adalah sempurna menurut undang-undang terpakai.

Sesalinan Surat serahan bertarikh 27.4.2018 bersama bukti pengeposan dilampirkan di sini dan ditandakan sebagai “Ekshibit “NAS-1”.

7.  Perenggan 7 hingga perenggan 9 Afidavit Sokongan Perayu tersebut adalah dinafikan. Saya sesungguhnya menyatakan bahawa saya tidak mempunyai pengetahuan berkenaan pengataan Perayu bahawa Notis Permohonan Responden tidak lengkap dan meletakkan Perayu di atas beban bukti kukuh untuk membuktikan kebenarannya. Saya juga dinasihati bahawa peguamcara saya telah menyerahkan sekali lagi sesalinan Notis Permohonan Responden tersebut kepada Perayu dan juga telah memaklumkan tarikh pengurusan kes baru iaitu pada 16.5.2018 melalui surat peguamcara Responden bertarikh 7.5.2018.

Sesalinan Surat serahan bertarikh 7.5.2018 bersama bukti pengeposan dilampirkan di sini dan ditandakan sebagai “Ekshibit “NAS-2”.

8.  Untuk makluman Mahkamah Yang Mulia ini, tarikh pengurusan kes pertama adalah pada 4.5.2018 dan memandangkan Notis Permohonan Responden tersebut telah diserahkan kepada Perayu dan Perayu gagal hadir ke Mahkamah pada 4.5.2018, Hakim Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi telah menangguhkan pendengaran kes tersebut ke 16.5.2018. Hakim Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi tersebut juga ingin memberi peluang kepada Perayu untuk memfailkan Afidavit Jawapan sekiranya Perayu ingin membela diri kepada Notis Permohonan Responden tersebut.

Oleh itu, dakwaan Perayu bahawa beliau hanya menerima Notis Permohonan Responden tersebut yang lengkap pada 18.5.2018 adalah jelas bercanggah kerana Perayu telah dimaklumkan tarikh pengurusan kes baru yang ditetapkan pada 16.5.2018 melalui surat peguamcara Responden bertarikh 7.5.2018 dan Perayu telah hadir ke Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi pada 16.5.2018 berdasarkan surat peguamcara saya.

10.  Oleh itu, dalam apa jua keadaan sekalipun, dakwaan Perayu adalah tidak bermerit dan/atau tidak menjustifikasikan permohonan Perayu untuk merayu kepada Mahkamah Rayuan Malaysia kerana Perayu jelas mempunyai pengetahuan dan telah dimaklumkan dari awal lagi berkenaan Notis Permohonan Responden tersebut dan dakwaan Perayu kini adalah “afterthought” semata-mata dan merupakan satu salah gunaan proses Mahkamah.

11.  Perenggan 10 hingga perenggan 17 Afidavit Sokongan Perayu tersebut adalah dinafikan. Sebaliknya, saya telah dinasihati dan sesungguhnya percaya bahawa Perayu gagal menunjukkan sebarang pembelaan yang bermerit atau munsabah dan juga gagal membangkitkan apa-apa isu serius untuk merayu ke Mahkamah Yang Mulia ini atas sebab-sebab berikut:-

11.1 Saya dinasihati bahawa Permohonan Responden melalui Notis Permohonan Responden tersebut adalah secara ex-parte. Akan tetapi, ia adalah arahan dan juga praktis Mahkamah untuk menyerahkan Notis Permohonan Responden tersebut kepada Perayu supaya Perayu dapat membela diri dan/atau membantah permohonan Responden untuk kebenaran melaksanakan Penghakiman selepas luput enam (6) tahun dari tarikh Penghakiman.

11.2  Peguamcara Responden telah menyerahkan sesalinan Notis Permohonan Responden tersebut kepada Perayu pada 27.4.2018 dan juga telah memaklumkan tarikh pengurusan kes kepada Perayu. Memandangkan Perayu telah hadir ke Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi pada 16.5.2018, ia menunjukkan bahawa Perayu telah menerima surat peguamcara Responden dan kegagalan Perayu untuk memfailkan Afidavit Jawapan jelas menunjukkan bahawa Perayu telah mengaku kepada pengataan Responden dan kesemua pengataan Responden tidak dipertikaikan oleh Perayu (saya merujuk kepada perenggan 11 Alasan Penghakiman Hakim Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi di Ekshibit “BAS-6” Afidavit Sokongan Perayu).

11.3  Tambahan juga, saya dinasihati oleh peguamcara saya bahawa Perayu telah gagal untuk membuat sebarang permohonan perlanjutan masa untuk memfailkan Afidavit Jawapan sekiranya Perayu ingin membela dirinya.

11.4  Saya juga telah dinasihati bahawa Responden juga telah menyatakan dengan terperinci alasan-alasan berkenaan kelewatan dalam melaksanakan Penghakiman tersebut seperti berikut:-

Tarikh Tindakan Responden
28.7.2005     Hartanah Perayu yang telah diserhhakkan kepada Responden telah dilelong bagi harga jualan sebanyak RM10,000.00.
19.3.2010     Penghakiman sebanyak RM68,143.67 setakat 10.10.2004 direkodkan terhadap Perayu.
21.10.2011     Mahkamah Rayuan telah menolak rayuan Perayu melalui permohonan sivil No. W-08-499-2011 dengan kos sebanyak RM3,000.00.
25.4.2014      Tindakan Kebankrapan Pertama yang mana Petisyen Pemiutang telah dibatalkan dengan kos sebanyak RM1,000.00.
15.12.2015     Peguamcara Responden terkini memfailkan Notis Penukaran Peguamcara.

11.5.2016 Tindakan Kebankrapan kedua yang mana Notis Kebankrapan tersebut telah dibatalkan dengan kos sebanyak RM1,500.00.
18.8.2016 & 9.6.2016 Responden berunding dengan Perayu untuk “set-off” jumlah kos yang Responden perlu bayar kepada Perayu dengan jumlah Penghakiman tersebut. Akan tetapi cadangan tersebut ditolak oleh Perayu dan Responden telah membuat bayaran kos tersebut kepada Perayu.

11.5 Saya juga telah dinasihati bahawa Hakim Mahkamah Sesyen Bangi telah meneliti Afidavit Sokongan Responden tersebut dengan mengambil kira alasan-alasan yang dinyatakan oleh Responden berkenaan kelewatan dalam melaksanakan Penghakiman tersebut dan Hakim Mahkamah Sesyen tersebut telah memerintahkan bahawa Responden mempunyai alasan yang wajar dan munasabah untuk melaksanakan Penghakiman tersebut walaupun enam (6) tahun telah tamat dari tarikh Penghakiman tersebut.

12. Saya menafikan perenggan 18 sehingga perenggan 21 Afidavit Sokongan Perayu tersebut dan sebagai jawapan kepadanya saya mengulangi keseluruhan perenggan 11 di atas.

13.  Merujuk kepada perenggan 22 dan perenggan 23 Afidavit Sokongan Perayu tersebut, saya sesungguhnya percaya bahawa Hakim Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi dan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam telah mengunakan budibicaranya dengan wajar dan betul dengan membenarkan Notis Permohonan Responden tersebut atas tindakan- tindakan yang telah diambil oleh Responden seperti yang dinyatakan di perenggan 11 di atas sejak Penghakiman tersebut.

14.  Tambahan pula, saya dinasihati bahawa tindakan ini tidak perlu dihantar balik ke Mahkamah Sesyen pendengaran inter-parte penuh memandangkan Perayu tidak mempunyai satu rayuan yang bermerit.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
41 Answers
« Previous   1   2   3   4   5   Next »  Last »

answered on May 12, 2019 at 18:45
by  
edited May 28, 2019 at 19:42
 
@notalawyer, @jeff005, @kiki & others,

How about we fix May 25 - 26, 2019 to practice submission for the coming Court of Appeal hearing of my leave application?

  
0 found this helpful
Helpful

answered on May 14, 2019 at 16:48
by  
edited May 28, 2019 at 19:44
 
Dear All, 

My fight with creditor:

2012  First bankruptcy prosiding, I managed to set aside the Creditor Petition.

2015  Second bankruptcy prosiding, I managed to set aside the Bankruptcy Notice.

2019  Third bankruptcy prosiding, this is the toughest, the creditor is going all out to get me bankrupt, they are very careful and make no mistake. The Creditor Petition was issued and I still do not find any good grounds to set aside the Creditor Petition.
0 found this helpful
Helpful

answered on May 14, 2019 at 19:26
by  
edited May 28, 2019 at 19:46
 
Dear All

AFIDAVIT KEBENARAN PENYATAAN DALAM PETISYEN

Saya, XXXX adalah seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan mempunyai alamat XXXX sesungguhnya berikrar dan mengatakan seperti berikut:-

1. Saya adalah Ketua Seksyen di Jabatan Litigasi & Pemulihan bagi XXX Bank Berhad dan saya diberi kuasa untuk mengikrar Afidavit ini bagi pihak Pemiutang Penghakiman, bahawa pernyataan-pernyataan di dalam Petisyen tersebut adalah benar mengikut pengetahuan saya sendiri.
0 found this helpful
Helpful

answered on May 14, 2019 at 19:56
by  
edited May 28, 2019 at 20:02
 
PETISYEN PEMIUITANG
 
Kami, BANK BERHAD beralamat di xxx dengan ini mempetisyen kepada Mahkamah supaya satu Perintah Kebankrapan Atas Petisyen Pemiutang dibuat berhubung HARAPAN BESAR yang beralamat di XX dan menyatakan seperti berikut:-

1. Bahawa Penghutang tersebut adalah berdomisil di Selangor atau dalam mana-mana negeri atau dalam tempoh setahun sebelum tarikh pengemukaan Petisyen ini telah lazimnya bermastautin atau mempunyai rumah kediaman atau tempat perniagaan dalam Selangor atau adalah dalam tempoh yang sama adalah seorang ahli firma atau pekongsi yang telah menjalankan perniagaan dalam Selangor melalui seorang pekongsi atau pekongsi-pekongsi atau seorang ejen atau pengurus.

2. Bahawa HARAPAN BESAR  tersebut adalah dengan adil dan sebenarnya terhutang kepada kami wang berjumlah RM184,104.98 di bawah Penghakiman yang diperolehi oleh kami di Mahkamah Sesyen di Bandar baru Bangi Saman No. : 5X-XXX-2004 bertarikh 19/3/2010.
 
3. Bahawa kami atau mana-mana orang bagi pihak kami tidak memegang sebarang cagaran ke atas Penghutang tersebut, atau apa-apa ke atas mana-mana bahagiannya, untuk pembayaran jumlah wang tersebut.

4. Bahawa HARAPAN BESAR  dalam tempoh enam (6) bulan sebelum tarikh pengemukaan petisyen ini telah melakukan perbuatan kebankrapan berikut iaitu HARAPAN BESAR tersebut telah gagal sebelum 21/2/2019 memenuhi kehendak-kehendak Notis Kebankrapan bertarikh 25/1/2019 yang telah diserahkan ke atas HARAPAN BESAR tersebut secara penyampaian ke diri pada 13/2/2019 dan oleh itu telah melakukan kebankrapan pada 21/2/2019.

Bertarikh pada 30 APR 2018, 2019

Ditandatangani oleh XXXXXX Pengurus Pempetisyen sebagai Pegawai Pempetisyen/ejen yang diberikan kuasa di bawah meterainya:

Ditandatangani oleh Pempetisyen di hadapan saya

Tandatangan saksi: XXXXX
0 found this helpful
Helpful

answered on May 14, 2019 at 23:14
by  
edited May 28, 2019 at 20:04
 
AFIDAVIT SOKONGAN LANJUTAN 2
(Menyokong Notis Usul Untuk Memohon Kebenaran Merayu)
 
 
Saya, harapan besar  (NO. K/P : xxxxxxx), seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan beralamat xxxxx xxxx Selangor dengan sesungguhnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:
 
[1] Saya ialah Pemohon yang dinamakan di atas.
 
[2] Segala fakta yang dideposkan di sini adalah benar dalam pengetahuan peribadi saya dan / atau daripada dokumen-dokumen yang saya mempunyai akses kepadanya melainkan jika dinyatakan sebaliknya.

[3]  Merujuk kepada Perintah bertarikh 19.12.20xx yang diberikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, menolak rayuan saya terhadap keseluruhan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen.

Sesalinan Perintah bertarikh 19.12.2018 dilampirkan di sini dan ditandakan sebagai Ekshibit “xxx-1”.
 
Berkenaan dengan Afidavit oleh
Deponen bernama xxxxxxxx
Diikrarkan pada……………………..2019
Di…………………………..
(terjemahan tidak diperlukan)
                                                                          Di hadapan saya,
0 found this helpful
Helpful

answered on May 18, 2019 at 15:12
by  
edited May 28, 2019 at 20:06
 
@notalawyer, @vkpc,

Thank you for the valuable advice, now I am clearer about the grounds to submit during Court of Appeal hearing of my leave application.

This third blow (bankruptcy proceeding) is the hardest, all the effort put in by the Bank is evidence that the bank is very committed to get me bankrupt. In times of this, I cannot stand alone, and it is at this time that @notalawyer volunteered his help. 
0 found this helpful
Helpful

answered on May 25, 2019 at 16:49
by  
REASONS TO STAY CREDITOR'S PETITION :

BELOW IS THE DECISION OF THE PKP ALLOWING APPLICATION TO STAY CP PROCEEDING :

Alasan secara ringkas adalah seperti berikut: (1) Bidangkuasa Mahkamah untuk menggantung suatu prosiding kebankrapan dinyatakan di dalam Seksyen 97, Akta Insolvensi 1967: "The court may at any time, for sufficient reason, make an order staying the proceedings under a bankruptcy petition, either altogether or for a limited time, on such terms and subject to conditions as the court thinks just."
 
(2) Di dalam kes Re Rosli Abdul Kadir; Ex p Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd [2008] 5 CLJ 691; YA Tan Sri Ramly telah membezakan antara "sufficient reason" dan "special circumstances dan memutuskan bahawa JD cuma perlu menunjukkan kepada Mahkamah bahawa ada sebab-sebab yang mencukupi di dalam permohonan penggantungan prosiding sementara menunggu rayuan.
 
(3) Di dalam kes ini, JD telah pun memfailkan pengenepian BN yang mana telah ditolak oleh Mahkamah ini pada 30-10-2018. Seterusnya, JD telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah ini di Mahkamah Tinggi yang juga telah ditolak pada 20-02-2019. JD kemudiannya telah membuat rayuan terhadap keputusan Hakim MT di Mahkamah Rayuan pada 12-03-2019. Maka, prosiding penggantungan ini adalah untuk menggantung pendengaran CP sementara menunggu pelupusan rayuan di Mahkamah Rayuan. Mahkamah juga bersetuju dengan hujahan JD bahawa memandangkan rayuan terhadap keputusan PKP yang menolak permohonan pengenepian BN oleh JD, maka perbuatan kebankrapan masih belum dapat ditentukan.
 
(4) Seperti yang Mahkamah telah jelaskan di dalam kes Re Rosli Abdul Kadir, ujian yang bagi penggantungan pelaksanaan dan penggantungan prosiding kebankrapan adalah berbeza. "[17] We believe it is important to be reminded of the different considerations at play. In an application for stay of enforcement or execution of judgment, the test should rightly by 'special circumstances.' This has long been the abiding test - see Kosma Palm Oil Mill Sdn Bhd & Ors v. Koperasi Serbausaha Makmur Bhd [2003] 4 CLJ 1; [2004] 1 MLJ 257; Ming Ann Holdings Sdn Bhd v. Danaharta Urus Sdn Bhd [2002] 3 CLJ 380; [2002] 3 MLJ 49. That, however, is not the test for a stay of bankruptcy proceedings. The test as enunciated in s. 97 itself is the provision of sufficient reason."
 
(5) Mahkamah seterusnya merujuk kepada kes Mahkamah Tinggi, dimana Mahkamah telah membenarkan penggantungan prosiding kebankrapan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan. Di dalam kes tersebut, Mahkamah menyatakan bahawa: "[7] Bankruptcy proceedings are provided to facilitate recovery of a sum due on a proper judgment, but should not be a procedural avenue to be raised in terrorem against a judgment debtor who has not fully exhausted his rights of appeal. Seeing that bankruptcy proceedings have disastrous consequences to a person's life and livelihood, the court's judicial discretion should, I feel, be properly considered against the full circumstances of the case at hand and not be made merely dependent mechanistically on whether there has been a stay I feel, be properly considered against the full circumstances of the case at hand and not be made merely dependent mechanistically on whether there has been a stay of execution on the judgment. The issue in this connection is thrown in sharper relief when the present speed in the disposal of appeals by the Court of Appeal is considered. The fixing of the hearing date for the appeal was a matter of time, when the application for stay came before this court. It would not have resulted in any undue prejudice to the judgment creditor if it be made to patiently wait for a short duration for the appeal to be heard and disposed."
 
(6) Di samping itu, JC juga tidak akan diprejudIskan sekiranya penggantungan prosiding kebankrapan. Hal ini kerana JC masih lagi boleh meneruskan dengan prosiding pelaksanaan dan penguatkuasaan selain prosiding kebankrapan.
 
(7) Bagi menyokong alasan tersebut, Mahkamah merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan: "[21] ... the stay of the bankruptcy proceedings will not restrain the judgment creditor from proceeding with any other form of execution or enforcement that is available to the judgment creditor. Where bankruptcy proceedings are stayed or postponed, the judgment creditor is not deprived the ‘fruits of litigation’. Quite aside from the fact that this is specific power granted by Parliament, to which the Courts must give heed, the Court has also taken into consideration the effect and impact of an adjudication order and a receiving order are quite extensive. It disqualifies the judgment debtor from holding public office and practising in various professions, carrying on business alone or in partnership or by way of a company. Even maintaining actions would generally require prior sanction of the Director General of Insolvency. The bankrupt’s movements overseas are also curtailed. [22] Hence, the general impact of the bankruptcy proceedings cannot be overstated. This explains the specific enactment of both the power and the test within the Bankruptcy Act on this matter of stay. 
 
 
0 found this helpful
Helpful

answered on May 25, 2019 at 16:54
by  
edited May 28, 2019 at 20:26
 
Question:

The Penolong Kanan Pendaftar (PKP) cannot make a current decision that contradicts his previous decision, right?
0 found this helpful
Helpful

answered on May 26, 2019 at 07:01
by  
TO CHALLENGE A BANKRUPTCY NOTICE :

Per Abdul Hamid Mohamad FCJ [1a] Where a judgment debtor wishes only to show cause against a creditor's petition, all he has to do is to file a notice in Form 16 (under r. 117) of the Rules specifying the statements in the petition which he intends to deny or dispute. The requirement of filing a summons-in-chambers supported by an affidavit under r. 18(1) of the Rulesappears to apply only in respect of a challenge to a bankruptcy notice and not a bankruptcy petition. Consequently, the debtor in the instant appeal, having filed a notice of intention to oppose the creditor's petition, would not have to file a summons-in-chambers. 
0 found this helpful
Helpful

answered on May 30, 2019 at 08:26
by  
edited Jun 20, 2019 at 23:58
 
@harapan besar,

Avengers HQ has put 70% success probability on your Court of Appeals hearing today against RHB.

Good Luck!
0 found this helpful
Helpful


« Previous   1   2   3   4   5   Next »  Last »

You must log in to answer this question.

Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.