Advertisement

Bankruptcy: How to Reply to Respondent Affidavit

486 Views  ⚫  Asked 5 Months Ago
asked on May 1, 2019 at 19:06
by  
edited on May 4, 2019 at 19:59
 
This is the affidavit balasan of the responden:

5. Saya tidak menafikan Perenggan 1 hingga 4 Afidavit Sokongan Perayu tersebut malah saya setelah dinasihati oleh peguamcara saya dan sesungguhnya percaya bahawa Perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam tersebut yang telah diperintahkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi adalah setelah mengambil kira alasan-alasan yang telah dinyatakan oleh Responden dalam Notis Permohonan Responden tersebut berkenaan kelewatan Responden dalam melaksanakan Penghakiman tersebut dan saya percaya Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam telah mengunakan budicaranya dengan wajar dengan membenarkan Notis Permohonan Responden tersebut.

6.  Perenggan 5 dan perenggan 6 Afidavit Sokongan Perayu tersebut adalah dinafikan. Saya dinasihati oleh peguamacara saya bahawa Notis Permohonan Responden tersebut telah diserahkan kepada Perayu pada 27.4.2018 melalui pos berdaftar dan Affidavit Penyampaian telah difailkan oleh Responden pada 4.5.2018. Oleh itu, dakwaan Perayu yang menyatakan bahawa beliau telah menerima dokumen daripada kerani firma guaman Responden pada 4.5.2018 adalah jelas bercanggah. Saya juga telah dinasihati oleh peguamcara saya bahawa bukti pengeposan menunjukkan penyerahan Notis Permohonan Responden tersebut adalah sempurna menurut undang-undang terpakai.

Sesalinan Surat serahan bertarikh 27.4.2018 bersama bukti pengeposan dilampirkan di sini dan ditandakan sebagai “Ekshibit “NAS-1”.

7.  Perenggan 7 hingga perenggan 9 Afidavit Sokongan Perayu tersebut adalah dinafikan. Saya sesungguhnya menyatakan bahawa saya tidak mempunyai pengetahuan berkenaan pengataan Perayu bahawa Notis Permohonan Responden tidak lengkap dan meletakkan Perayu di atas beban bukti kukuh untuk membuktikan kebenarannya. Saya juga dinasihati bahawa peguamcara saya telah menyerahkan sekali lagi sesalinan Notis Permohonan Responden tersebut kepada Perayu dan juga telah memaklumkan tarikh pengurusan kes baru iaitu pada 16.5.2018 melalui surat peguamcara Responden bertarikh 7.5.2018.

Sesalinan Surat serahan bertarikh 7.5.2018 bersama bukti pengeposan dilampirkan di sini dan ditandakan sebagai “Ekshibit “NAS-2”.

8.  Untuk makluman Mahkamah Yang Mulia ini, tarikh pengurusan kes pertama adalah pada 4.5.2018 dan memandangkan Notis Permohonan Responden tersebut telah diserahkan kepada Perayu dan Perayu gagal hadir ke Mahkamah pada 4.5.2018, Hakim Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi telah menangguhkan pendengaran kes tersebut ke 16.5.2018. Hakim Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi tersebut juga ingin memberi peluang kepada Perayu untuk memfailkan Afidavit Jawapan sekiranya Perayu ingin membela diri kepada Notis Permohonan Responden tersebut.

Oleh itu, dakwaan Perayu bahawa beliau hanya menerima Notis Permohonan Responden tersebut yang lengkap pada 18.5.2018 adalah jelas bercanggah kerana Perayu telah dimaklumkan tarikh pengurusan kes baru yang ditetapkan pada 16.5.2018 melalui surat peguamcara Responden bertarikh 7.5.2018 dan Perayu telah hadir ke Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi pada 16.5.2018 berdasarkan surat peguamcara saya.

10.  Oleh itu, dalam apa jua keadaan sekalipun, dakwaan Perayu adalah tidak bermerit dan/atau tidak menjustifikasikan permohonan Perayu untuk merayu kepada Mahkamah Rayuan Malaysia kerana Perayu jelas mempunyai pengetahuan dan telah dimaklumkan dari awal lagi berkenaan Notis Permohonan Responden tersebut dan dakwaan Perayu kini adalah “afterthought” semata-mata dan merupakan satu salah gunaan proses Mahkamah.

11.  Perenggan 10 hingga perenggan 17 Afidavit Sokongan Perayu tersebut adalah dinafikan. Sebaliknya, saya telah dinasihati dan sesungguhnya percaya bahawa Perayu gagal menunjukkan sebarang pembelaan yang bermerit atau munsabah dan juga gagal membangkitkan apa-apa isu serius untuk merayu ke Mahkamah Yang Mulia ini atas sebab-sebab berikut:-

11.1 Saya dinasihati bahawa Permohonan Responden melalui Notis Permohonan Responden tersebut adalah secara ex-parte. Akan tetapi, ia adalah arahan dan juga praktis Mahkamah untuk menyerahkan Notis Permohonan Responden tersebut kepada Perayu supaya Perayu dapat membela diri dan/atau membantah permohonan Responden untuk kebenaran melaksanakan Penghakiman selepas luput enam (6) tahun dari tarikh Penghakiman.

11.2  Peguamcara Responden telah menyerahkan sesalinan Notis Permohonan Responden tersebut kepada Perayu pada 27.4.2018 dan juga telah memaklumkan tarikh pengurusan kes kepada Perayu. Memandangkan Perayu telah hadir ke Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi pada 16.5.2018, ia menunjukkan bahawa Perayu telah menerima surat peguamcara Responden dan kegagalan Perayu untuk memfailkan Afidavit Jawapan jelas menunjukkan bahawa Perayu telah mengaku kepada pengataan Responden dan kesemua pengataan Responden tidak dipertikaikan oleh Perayu (saya merujuk kepada perenggan 11 Alasan Penghakiman Hakim Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi di Ekshibit “BAS-6” Afidavit Sokongan Perayu).

11.3  Tambahan juga, saya dinasihati oleh peguamcara saya bahawa Perayu telah gagal untuk membuat sebarang permohonan perlanjutan masa untuk memfailkan Afidavit Jawapan sekiranya Perayu ingin membela dirinya.

11.4  Saya juga telah dinasihati bahawa Responden juga telah menyatakan dengan terperinci alasan-alasan berkenaan kelewatan dalam melaksanakan Penghakiman tersebut seperti berikut:-

Tarikh Tindakan Responden
28.7.2005     Hartanah Perayu yang telah diserhhakkan kepada Responden telah dilelong bagi harga jualan sebanyak RM10,000.00.
19.3.2010     Penghakiman sebanyak RM68,143.67 setakat 10.10.2004 direkodkan terhadap Perayu.
21.10.2011     Mahkamah Rayuan telah menolak rayuan Perayu melalui permohonan sivil No. W-08-499-2011 dengan kos sebanyak RM3,000.00.
25.4.2014      Tindakan Kebankrapan Pertama yang mana Petisyen Pemiutang telah dibatalkan dengan kos sebanyak RM1,000.00.
15.12.2015     Peguamcara Responden terkini memfailkan Notis Penukaran Peguamcara.

11.5.2016 Tindakan Kebankrapan kedua yang mana Notis Kebankrapan tersebut telah dibatalkan dengan kos sebanyak RM1,500.00.
18.8.2016 & 9.6.2016 Responden berunding dengan Perayu untuk “set-off” jumlah kos yang Responden perlu bayar kepada Perayu dengan jumlah Penghakiman tersebut. Akan tetapi cadangan tersebut ditolak oleh Perayu dan Responden telah membuat bayaran kos tersebut kepada Perayu.

11.5 Saya juga telah dinasihati bahawa Hakim Mahkamah Sesyen Bangi telah meneliti Afidavit Sokongan Responden tersebut dengan mengambil kira alasan-alasan yang dinyatakan oleh Responden berkenaan kelewatan dalam melaksanakan Penghakiman tersebut dan Hakim Mahkamah Sesyen tersebut telah memerintahkan bahawa Responden mempunyai alasan yang wajar dan munasabah untuk melaksanakan Penghakiman tersebut walaupun enam (6) tahun telah tamat dari tarikh Penghakiman tersebut.

12. Saya menafikan perenggan 18 sehingga perenggan 21 Afidavit Sokongan Perayu tersebut dan sebagai jawapan kepadanya saya mengulangi keseluruhan perenggan 11 di atas.

13.  Merujuk kepada perenggan 22 dan perenggan 23 Afidavit Sokongan Perayu tersebut, saya sesungguhnya percaya bahawa Hakim Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi dan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam telah mengunakan budibicaranya dengan wajar dan betul dengan membenarkan Notis Permohonan Responden tersebut atas tindakan- tindakan yang telah diambil oleh Responden seperti yang dinyatakan di perenggan 11 di atas sejak Penghakiman tersebut.

14.  Tambahan pula, saya dinasihati bahawa tindakan ini tidak perlu dihantar balik ke Mahkamah Sesyen pendengaran inter-parte penuh memandangkan Perayu tidak mempunyai satu rayuan yang bermerit.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
41 Answers
« Previous   1   2   3   4   5   Next »  Last »

answered on May 4, 2019 at 15:07
by  
berchanggahan

Just a small comment..
The correct spelling is bercanggahan.
0 found this helpful
Helpful

answered on May 4, 2019 at 15:09
by  
edited May 4, 2019 at 20:53
 
The Jurat:

Berkenaan dengan afidavit oleh
Deponen xxx Dikrarkan pada……….
….……………….2019 di………………
….…………… (terjemahan tidak 
Diperlukan )
                                                                                  Dihadapan saya,
 
 
                                                                                …………………………….
                                                                           Pesuruhanjaya Sumpah
 
 
 
 
Afidavit Sokongan Lanjutan 1 ini difailkan oleh xxxx, Perayu yang dinamakan di atas, yang mempunyai alamat penyampaian di xxxx, Selangor.
Tel: 01xxxxxx
 
0 found this helpful
Helpful

answered on May 4, 2019 at 15:11
by  
edited May 4, 2019 at 20:54
 
@kiki,

Though your comment is small, but contribution is great, thank you.
0 found this helpful
Helpful

answered on May 5, 2019 at 07:31
by  
edited May 28, 2019 at 19:34
 
( terjemahan tidak diperlukan )

This phrase is not required.
It is only required if a lawyer drafted the Affidavit for you.
0 found this helpful
Helpful

answered on May 5, 2019 at 17:53
by  
edited May 28, 2019 at 19:36
 
@vkpc,

( terjemahan tidak diperlukan )
This phrase is not required.


Noted.
0 found this helpful
Helpful

answered on May 5, 2019 at 17:58
by  
edited May 28, 2019 at 19:37
 
@vkpc,

No, Respondent just exhibited a BORANG KIRIMAN BANYAK BARANG-BARANG BERDAFTAR" which showed that the registered post was posted to me on 27.4.2018 

Because the despatch man was not wearing Pos Malaysia uniform, hence I thought he was from the bank.
0 found this helpful
Helpful

answered on May 6, 2019 at 14:52
by  
edited May 28, 2019 at 19:38
 
Dear All,

With the help of lead Avenger Notalawyer assisted by other Avengers, I have filed my Afidavit Lanjutan 1 at the Court of Appeal and have also served a copy to the bank, all done within 1 day. 
0 found this helpful
Helpful

answered on May 11, 2019 at 10:36
by  
Did RHB Bank reply your 2nd affidavit at the Court of Appeals?
0 found this helpful
Helpful

answered on May 12, 2019 at 14:10
by  
edited May 28, 2019 at 19:39
 
@vkpc,

So far no reply yet from the bank.
0 found this helpful
Helpful

answered on May 12, 2019 at 14:41
by  
edited May 28, 2019 at 19:40
 
@vkpc, 

Did RHB Bank reply your 2nd affidavit at the Court of Appeals?
The affidavit lanjutan served on RHB on 6 May 2019. Last day to reply is 20 May, 2019.
0 found this helpful
Helpful


« Previous   1   2   3   4   5   Next »  Last »

You must log in to answer this question.

Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.