Advertisement

Bankruptcy: How to Reply to Respondent Affidavit

533 Views  ⚫  Asked 6 Months Ago
asked on May 1, 2019 at 19:06
by  
edited on May 4, 2019 at 19:59
 
This is the affidavit balasan of the responden:

5. Saya tidak menafikan Perenggan 1 hingga 4 Afidavit Sokongan Perayu tersebut malah saya setelah dinasihati oleh peguamcara saya dan sesungguhnya percaya bahawa Perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam tersebut yang telah diperintahkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi adalah setelah mengambil kira alasan-alasan yang telah dinyatakan oleh Responden dalam Notis Permohonan Responden tersebut berkenaan kelewatan Responden dalam melaksanakan Penghakiman tersebut dan saya percaya Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam telah mengunakan budicaranya dengan wajar dengan membenarkan Notis Permohonan Responden tersebut.

6.  Perenggan 5 dan perenggan 6 Afidavit Sokongan Perayu tersebut adalah dinafikan. Saya dinasihati oleh peguamacara saya bahawa Notis Permohonan Responden tersebut telah diserahkan kepada Perayu pada 27.4.2018 melalui pos berdaftar dan Affidavit Penyampaian telah difailkan oleh Responden pada 4.5.2018. Oleh itu, dakwaan Perayu yang menyatakan bahawa beliau telah menerima dokumen daripada kerani firma guaman Responden pada 4.5.2018 adalah jelas bercanggah. Saya juga telah dinasihati oleh peguamcara saya bahawa bukti pengeposan menunjukkan penyerahan Notis Permohonan Responden tersebut adalah sempurna menurut undang-undang terpakai.

Sesalinan Surat serahan bertarikh 27.4.2018 bersama bukti pengeposan dilampirkan di sini dan ditandakan sebagai “Ekshibit “NAS-1”.

7.  Perenggan 7 hingga perenggan 9 Afidavit Sokongan Perayu tersebut adalah dinafikan. Saya sesungguhnya menyatakan bahawa saya tidak mempunyai pengetahuan berkenaan pengataan Perayu bahawa Notis Permohonan Responden tidak lengkap dan meletakkan Perayu di atas beban bukti kukuh untuk membuktikan kebenarannya. Saya juga dinasihati bahawa peguamcara saya telah menyerahkan sekali lagi sesalinan Notis Permohonan Responden tersebut kepada Perayu dan juga telah memaklumkan tarikh pengurusan kes baru iaitu pada 16.5.2018 melalui surat peguamcara Responden bertarikh 7.5.2018.

Sesalinan Surat serahan bertarikh 7.5.2018 bersama bukti pengeposan dilampirkan di sini dan ditandakan sebagai “Ekshibit “NAS-2”.

8.  Untuk makluman Mahkamah Yang Mulia ini, tarikh pengurusan kes pertama adalah pada 4.5.2018 dan memandangkan Notis Permohonan Responden tersebut telah diserahkan kepada Perayu dan Perayu gagal hadir ke Mahkamah pada 4.5.2018, Hakim Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi telah menangguhkan pendengaran kes tersebut ke 16.5.2018. Hakim Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi tersebut juga ingin memberi peluang kepada Perayu untuk memfailkan Afidavit Jawapan sekiranya Perayu ingin membela diri kepada Notis Permohonan Responden tersebut.

Oleh itu, dakwaan Perayu bahawa beliau hanya menerima Notis Permohonan Responden tersebut yang lengkap pada 18.5.2018 adalah jelas bercanggah kerana Perayu telah dimaklumkan tarikh pengurusan kes baru yang ditetapkan pada 16.5.2018 melalui surat peguamcara Responden bertarikh 7.5.2018 dan Perayu telah hadir ke Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi pada 16.5.2018 berdasarkan surat peguamcara saya.

10.  Oleh itu, dalam apa jua keadaan sekalipun, dakwaan Perayu adalah tidak bermerit dan/atau tidak menjustifikasikan permohonan Perayu untuk merayu kepada Mahkamah Rayuan Malaysia kerana Perayu jelas mempunyai pengetahuan dan telah dimaklumkan dari awal lagi berkenaan Notis Permohonan Responden tersebut dan dakwaan Perayu kini adalah “afterthought” semata-mata dan merupakan satu salah gunaan proses Mahkamah.

11.  Perenggan 10 hingga perenggan 17 Afidavit Sokongan Perayu tersebut adalah dinafikan. Sebaliknya, saya telah dinasihati dan sesungguhnya percaya bahawa Perayu gagal menunjukkan sebarang pembelaan yang bermerit atau munsabah dan juga gagal membangkitkan apa-apa isu serius untuk merayu ke Mahkamah Yang Mulia ini atas sebab-sebab berikut:-

11.1 Saya dinasihati bahawa Permohonan Responden melalui Notis Permohonan Responden tersebut adalah secara ex-parte. Akan tetapi, ia adalah arahan dan juga praktis Mahkamah untuk menyerahkan Notis Permohonan Responden tersebut kepada Perayu supaya Perayu dapat membela diri dan/atau membantah permohonan Responden untuk kebenaran melaksanakan Penghakiman selepas luput enam (6) tahun dari tarikh Penghakiman.

11.2  Peguamcara Responden telah menyerahkan sesalinan Notis Permohonan Responden tersebut kepada Perayu pada 27.4.2018 dan juga telah memaklumkan tarikh pengurusan kes kepada Perayu. Memandangkan Perayu telah hadir ke Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi pada 16.5.2018, ia menunjukkan bahawa Perayu telah menerima surat peguamcara Responden dan kegagalan Perayu untuk memfailkan Afidavit Jawapan jelas menunjukkan bahawa Perayu telah mengaku kepada pengataan Responden dan kesemua pengataan Responden tidak dipertikaikan oleh Perayu (saya merujuk kepada perenggan 11 Alasan Penghakiman Hakim Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi di Ekshibit “BAS-6” Afidavit Sokongan Perayu).

11.3  Tambahan juga, saya dinasihati oleh peguamcara saya bahawa Perayu telah gagal untuk membuat sebarang permohonan perlanjutan masa untuk memfailkan Afidavit Jawapan sekiranya Perayu ingin membela dirinya.

11.4  Saya juga telah dinasihati bahawa Responden juga telah menyatakan dengan terperinci alasan-alasan berkenaan kelewatan dalam melaksanakan Penghakiman tersebut seperti berikut:-

Tarikh Tindakan Responden
28.7.2005     Hartanah Perayu yang telah diserhhakkan kepada Responden telah dilelong bagi harga jualan sebanyak RM10,000.00.
19.3.2010     Penghakiman sebanyak RM68,143.67 setakat 10.10.2004 direkodkan terhadap Perayu.
21.10.2011     Mahkamah Rayuan telah menolak rayuan Perayu melalui permohonan sivil No. W-08-499-2011 dengan kos sebanyak RM3,000.00.
25.4.2014      Tindakan Kebankrapan Pertama yang mana Petisyen Pemiutang telah dibatalkan dengan kos sebanyak RM1,000.00.
15.12.2015     Peguamcara Responden terkini memfailkan Notis Penukaran Peguamcara.

11.5.2016 Tindakan Kebankrapan kedua yang mana Notis Kebankrapan tersebut telah dibatalkan dengan kos sebanyak RM1,500.00.
18.8.2016 & 9.6.2016 Responden berunding dengan Perayu untuk “set-off” jumlah kos yang Responden perlu bayar kepada Perayu dengan jumlah Penghakiman tersebut. Akan tetapi cadangan tersebut ditolak oleh Perayu dan Responden telah membuat bayaran kos tersebut kepada Perayu.

11.5 Saya juga telah dinasihati bahawa Hakim Mahkamah Sesyen Bangi telah meneliti Afidavit Sokongan Responden tersebut dengan mengambil kira alasan-alasan yang dinyatakan oleh Responden berkenaan kelewatan dalam melaksanakan Penghakiman tersebut dan Hakim Mahkamah Sesyen tersebut telah memerintahkan bahawa Responden mempunyai alasan yang wajar dan munasabah untuk melaksanakan Penghakiman tersebut walaupun enam (6) tahun telah tamat dari tarikh Penghakiman tersebut.

12. Saya menafikan perenggan 18 sehingga perenggan 21 Afidavit Sokongan Perayu tersebut dan sebagai jawapan kepadanya saya mengulangi keseluruhan perenggan 11 di atas.

13.  Merujuk kepada perenggan 22 dan perenggan 23 Afidavit Sokongan Perayu tersebut, saya sesungguhnya percaya bahawa Hakim Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi dan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam telah mengunakan budibicaranya dengan wajar dan betul dengan membenarkan Notis Permohonan Responden tersebut atas tindakan- tindakan yang telah diambil oleh Responden seperti yang dinyatakan di perenggan 11 di atas sejak Penghakiman tersebut.

14.  Tambahan pula, saya dinasihati bahawa tindakan ini tidak perlu dihantar balik ke Mahkamah Sesyen pendengaran inter-parte penuh memandangkan Perayu tidak mempunyai satu rayuan yang bermerit.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
41 Answers
« Previous   1   2   3   4   5   Next »  Last »

answered on May 3, 2019 at 17:36
by  
Use this Affidavit.
Send final document image to Avengers Malaysia for checking.
File it quickly.

AFIDAVIT SOKONGAN LANJUTAN 1 
          (Menyokong Notis Usul Untuk Memohon Kebenaran Merayu)
 
Saya, HARAPAN BESAR (NO. K/P : XXXXXX-XX-XXXX),
seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan beralamat xxxx
Selangor dengan sesungguhnya berikrar dan menyatakan seperti berikut :
 
[1]  Saya ialah Pemohon yang dinamakan di atas.

[2]  Merujuk kepada dokumen Track n Trace Pos Malaysia bagi surat berdaftar (dirujuk sebagai Ekshibit “HARAPAN-2” dalam Afidavit Sokongan yang diikrarkan pada 28 Dec 2018 ) yang mempunyai Nombor Tracking : RD035331XXXMY. 
Sesalinan keputusan Track n Trace tersebut dilampirkan dan ditandakan sebagai Ekshibit “TAN1”.

[3] Keputusan Track n Trace menunjukkan bahawa surat berdaftar tersebut dihantar pada 04 May 2018, berchanggahan dengan dakwaan responden bahawa surat tersebut dihantar pada 27 April 2018.
     
[4] Keputusan Track n Trace menunjukkan bahawa surat berdaftar tersebut diterima oleh   saya pada 05 May 2018, sekaligus mengukuhkan dakwaan saya bahawa Hakim Mahkamah Sesyen tidak memberi saya 14 hari yang mandatori untuk menjawab afidavit di dalam surat tersebut.

[5] Bukti dokumen Track n Trace ini adalah bukti kukuh yang tidak boleh disangkal oleh sesiapa.

[6] Dengan ini saya dengan rendah diri memohon supaya kebenaran merayu dibenarkan.
0 found this helpful
Helpful

answered on May 3, 2019 at 17:53
by  
edited May 4, 2019 at 20:42
 
Is the content too brief, need to add more elaboration?
0 found this helpful
Helpful

answered on May 3, 2019 at 18:55
by  
edited May 4, 2019 at 20:42
 
@notalawyer,

I wish to clarify the following:

[3] Keputusan Track n Trace menunjukkan bahawa surat berdaftar tersebut dihantar pada 04 May 2018, berchanggahan dengan dakwaan responden bahawa surat tersebut dihantar pada 27 April 2018.

The 04 May 2018, is the date that the surat berdaftar dihantar kepada Harapan Besar, the penerima surat, on the same day, the Pos Malaysia despatch man returned and reached Pos Malaysia at 17:35, this tally with my earlier affidavit statement that I received the letter on 4.5.2018 at about 4.3opm.

[4] Keputusan Track n Trace menunjukkan bahawa surat berdaftar tersebut diterima oleh saya pada 05 May 2018

It is not true that I received it on 05 May, 2018, it is 04 May 2018.

@notalawyer,

Thank you for the prompt reply, "A friend in need is a friend indeed".
0 found this helpful
Helpful

answered on May 3, 2019 at 22:37
by  
Is the content too brief, need to add more elaboration ?
Keep it simple.

Third Draft

AFIDAVIT SOKONGAN LANJUTAN 1 
   (Menyokong Notis Usul memohon Kebenaran Merayu)
 
Saya, HARAPAN BESAR (NO. K/P : XXXXXX-XX-XXXX),
seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan beralamat xxxx
Selangor dengan sesungguhnya berikrar dan menyatakan seperti berikut :
 
[1]  Saya ialah Pemohon yang dinamakan di atas.

[2]  Merujuk kepada dokumen Track n Trace Pos Malaysia bagi surat berdaftar (dirujuk sebagai Ekshibit “HARAPAN-2” dalam Afidavit Sokongan yang diikrarkan pada 28 Dec 2018 ) yang mempunyai Nombor Tracking : RD035331XXXMY. 
Sesalinan keputusan Track n Trace tersebut dilampirkan dan ditandakan sebagai Ekshibit “TAN1”.

[3] Keputusan Track n Trace menunjukkan bahawa surat berdaftar tersebut dihantar pada 03 May 2018, berchanggahhan dengan dakwaan responden bahawa surat tersebut dihantar pada 27 April 2018.
     
[4] Keputusan Track n Trace menunjukkan bahawa surat berdaftar tersebut diterima oleh   saya pada 04 May 2018, sekaligus mengukuhkan dakwaan saya bahawa Hakim Mahkamah Sesyen tidak memberi saya 14 hari yang mandatori untuk menjawab afidavit di dalam surat tersebut.

[5] Bukti dokumen Track n Trace ini adalah bukti kukuh yang tidak boleh disangkal oleh sesiapa.

[6] Dengan ini saya dengan rendah diri memohon supaya kebenaran merayu dibenarkan.
0 found this helpful
Helpful

answered on May 3, 2019 at 22:44
by  
edited May 4, 2019 at 20:46
 
DALAM MAHKAMAH RAYUAN DI PUTRAJAYA
        (BIDANG KUASA RAYUAN)
        PERMOHONAN SIVIL NO : 08-xxx-xx/2018
                     
Antara
HRAPAN BESAR                                                             ………Pemohon
(NO. K/P : XXXXXX-10-6103 / XXXXX)
                                                 
Dan

APEX BANK BERHAD                                                                  ………..Responden
(No.Syarikat XXXX-M)                                           

(Dalam perkara Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam, Dalam Negeri Selangor Darul  Ehsan, Malaysia)
Rayuan Sivil No. BA-XXX-XX-0X/2018
                              
Antara

HARAPAN BESAR                                                                                ……….Perayu
(NO. K/P : XXXXXXX)                                                  Dan

APEX BANK BHD                                                                     ……….Responden
(No. Syarikat:XXXX-M)                                               

(Dalam perkara Dalam  Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi Dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, Malaysia)
Saman No. XX-XXX-200X

Antara

APEX
Syarikat: xxx-M)

Dan

HARAPAN BESAR                                                                               ……….Defendan   
(NO. K/P : XXXXXXX)
                                                          


AFIDAVIT SOKONGAN LANJUTAN 1 
(Menyokong Notis Usul Untuk Memohon Kebenaran Merayu)
 
Saya, HARAPAN BESAR (NO. K/P : XXXXXX-XX-XXXX), seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan beralamat xxxx Selangor dengan sesungguhnya berikrar dan menyatakan seperti berikut :
 
[1]  Saya ialah Pemohon yang dinamakan di atas.

[2]  Merujuk kepada dokumen Track n Trace Pos Malaysia bagi surat berdaftar (dirujuk sebagai Ekshibit “HARAPAN2” dalam Afidavit Sokongan yang diikrarkan pada 28 Dec 2018 ) yang mempunyai Nombor Tracking : RD035331XXXMY.
Sesalinan keputusan Track n Trace tersebut dilampirkan dan ditandakan sebagai Ekshibit “TAN1”.

[3] Keputusan Track n Trace menunjukkan bahawa surat berdaftar tersebut dihantar kepada saya pada 04 May 2018, berchanggahan dengan dakwaan Responden bahawa surat tersebut diserahkan kepada saya pada 27 April 2018.
     
[4] Keputusan Track n Trace menunjukkan bahawa surat berdaftar tersebut diterima oleh saya pada 04 May 2018, sekaligus mengukuhkan dakwaan saya bahawa Hakim Mahkamah Sesyen tidak memberi saya 14 hari yang mandatori untuk menjawab afidavit yang terkandung dalam surat berdaftar tersebut.

[5] Bukti dokumen Track n Trace ini adalah bukti kukuh yang tidak boleh disangkal oleh sesiapa.

[6] Dengan ini saya dengan rendah diri memohon supaya kebenaran merayu dibenarkan.
0 found this helpful
Helpful

answered on May 3, 2019 at 22:49
by  
edited May 4, 2019 at 20:47
 
@notalawyer,

If the above sokongan lanjutan 1 is acceptable, I shall file it on Monday.

Hope to hear your further feedback before filing.
0 found this helpful
Helpful

answered on May 4, 2019 at 07:38
by  
edited May 4, 2019 at 20:49
 
Looks good except,

a. Jurat is missing

b. For the third title,  it should be

APEX Bank ......................... Pemohon
Harapan Besar .................. Responden

because the Bank is the one applying for leave to execute.
0 found this helpful
Helpful

answered on May 4, 2019 at 10:48
by  
edited May 4, 2019 at 20:50
 
@harapan besar,

Here is your strategy for your upcoming hearing.

With the help of Avengers Malaysia, your chances of obtaining leave to appeal is around 75%. With this in mind, it may be a good idea to request for the Written Grounds of Judgement from the High Court judge next week.  (to avoid delays in compiling the Appeal Record)

Once your leave (permission) is granted, you file your Notice of Appeal together with a Certificate of Urgency to make the bank lawyers kelam kabut.
0 found this helpful
Helpful

answered on May 4, 2019 at 11:21
by  
edited May 4, 2019 at 20:50
 
@notalawyer,

Thank you, will give a more detailed answer later.
0 found this helpful
Helpful

answered on May 4, 2019 at 15:05
by  
edited May 4, 2019 at 20:52
 
@notalawyer,

Julat missing, noted, I shall insert it.

Certificate of urgency, good idea.

75% chance: Luckily your timely wakening advice, otherwise, I would have focused on a different line of arguments.

Do hope everything turn out well and we can have a hurray celebration.
0 found this helpful
Helpful


« Previous   1   2   3   4   5   Next »  Last »

You must log in to answer this question.

Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.