Advertisement

Semak Kes dan Ekstrak Dokumen Mahkamah Secara Online (e-Filing Kehakiman)

1086 Views  ⚫  Asked 11 Months Ago
asked on Mar 30, 2019 at 22:59
by  
edited on Mar 30, 2019 at 23:45
by   rara_
Dibawah ini adalah pautan (link) untuk Portal e-Kehakiman.

https://ecourt.kehakiman.gov.my/

Apabila anda klik pautan itu anda akan dipaparkan dengan laman sesawang seperti berikut. 

 
 

Bagaimanapun tumpuan anda sebagai orang awam atau orang kebanyakan (layman) yang mungkin telah di kaitkan dengan tindakan mahkamah adalah pada bahagian sisi kanan laman tersebut.
Lihat paparan imej berikut di bawah.

(Laman ini boleh di ubah kepada Bahasa Inggeris atas pilihan masing masing)


 
Pintasan

Di bawah tajuk Pintasan (Shortcuts) terdapat beberapa ikon yang membawa beberapa tajuk berikut.

Bagaimanapun ulasan diberikan hanya pada perkara penting dalam konteks orang kebanyakan di forum ini.

1. CMS

2. Arahan Amalan/Pekeliling

3. Aduan & maklum Balas.

4. e-Filing

Bahagian ini lah yang banyak kaitan nya dengan orang kebanyakan yang mungkin telah diambil tindakan mahkamah tetapi tidak kepastian dan segan atau curiga untuk bertanya.

Ia memaparkan jadual kausa tindakan yang membawa maklumat seperti tarikh pendengaran dan perincian berkaitan yang telah disediakan oleh mahkamah. Rujuk imej format carian Senarai Kausa (Cause List) di bawah..



4.1 Menyemak Kausa Tindakan.

Katalah anda hanya mengetahui tarikh perbicaraan itu dan inginkan pengesahkan nya sendiri tanpa mahu merujuk ke pejabat peguam ataupun mahkamah ataupun sesiapa pun kerana malu atau tidak yakin.

(i) Di kolum Lokasi Mahkamah itu anda pilih mahkamah yang berkenaan.

(ii) Isikan tarikh nya dengan menggunakan ikon kalendar yang di sediakan di situ. Kemudian klik pada butang Carian di bawah nya.

(iii) Kolum untuk Kumpulan, Nama, Kategori dan Nombor Kes tidak di isi pun tidak mengapa.

(iv) Kemudian anda akan dipaparkan dengan Senarai Kausa. Dari senarai panjang itu anda skrol kebawah untuk mencari jika nama anda sebagai defendan ada tersenarai.

Penting: Pastikan anda mengisi lokasi mahkamah yang tepat mengikut mahkamah di mana saman di keluarkan.

4.2. Menyemak Kausa Tindakan spesifik.

Sekiranya anda mengetahui Nombor Kes dan ingin menyemak kes itu secara spesifik..

(i) Di kolum Lokasi Mahkamah itu pilih mahkamah yang berkenaan. Gunakan tanda anak panah yang tersedia.

(ii) Isikan Nombor Kes di kolum tersebut (dan abaikan kolum tarikh). Kemudian klik butang Carian di bawah itu. Kolum untuk Kumpulan, NamaTarikh boleh di abaikan.

(iii) Kemudian anda akan dipaparkan dengan kes individu tersebut secara susunan kronologi nya.

Perhatian: 
Nombor kes perlu di isi dengan tepat. Sekiranya tidak tepat server tidak dapat mengesan lalu akan mengeluar notis sebagai.. ‘’No Record Shown’’ (Tiada Dalam Rekod)

5. Muat Turun / Borang.

6. Hubungi Kami.

7. e-Lelong.

8. Soalan Lazim.

9. Galeri e-Kehakiman.
 
 
Perkhidmatan Awam

Di bawah tajuk Perkhidmatan Awam (Public Service) terdapat 9 perkara yang membawa pengertian mengikut tajuk nya masing masing.
 
1. Senarai Kausa.
(Sama saperti perkara 4.1, format tidak mempunya ruang untuk pengisian Nombor Kes)
 
2. Borang permohonan Biro Perkhidmatan

3. Ekstrak Dokumen Secara online.
( Kod pengekstrakan di nyatakan pada resit setelah pembelian tiket untuk Carian Fail)

4. Pembayaran Secara Online bagi Pemfailan Fi  Biro Perkhidmatan.

5. Pembelian Tiket Untuk Carian Fail Online.
(Bayaran secara online sebanyak RM8 di kenakan untuk tujuan ini? 

6. Carian Fail Online.
(Carian Fail memerlukan anda membeli tiket terlebih dahulu)  

7. Pengesahan Dokumen.

8. Pesuruhjaya Sumpah.

9. Carian Rujukan ID bagi Firma Peguam.
 
Nota:
Perkhidmatan e-Filing di atas adalah untuk Semenanjung Malaysia. 

Untuk mereka di Sabah dan Sarawak pautan e-Filing adalah seperti di bawah..

http://www.highcourt.sabah.sarawak.gov.my/

Format lebih mudah kerana seseorang itu boleh menyemak kes dengan mengisikan Nombor MyKad  sahaja.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
5 Answers

answered on Mar 31, 2019 at 12:50
by  
edited Apr 9, 2019 at 00:46
 
Sangat terbaik. Usaha murni. Tahniah dan terima kasih.
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 29, 2019 at 22:14
by  
Untuk step no. 3 Ekstrak Dokumen Online, tak tahu link mana guna untul beli tiket. Saya dah cuba step no. 5 beli tiket Carian File Online tapi boleh guna untuk Carian File Online step no. 6 sahaja. Jadinya, tiket untuk step. 3 kena beli di mana? 
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 29, 2019 at 22:52
by  
Jadinya, tiket untuk step. 3 kena beli di mana? 
Mungkin telah berlaku perubahan, maka kena beli dari Kaunter Pendaftaran Mahkamah.
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 29, 2019 at 23:12
by  
The website is so lame. It's like browsing 1995 website on Netscape Navigator. I wonder which company got the contract 😬
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 30, 2019 at 11:52
by  
edited Oct 30, 2019 at 12:30
by   airan
I contacted the system support team and they said only legal firm or person who performed the filing can extract the documents. So basically that feature Ekstrak Dokumen Online are meant for lawyer/person who performed the filing. After perform filing, you will get an extraction code. That code can be used for Ekstrak Dokumen Only. Don't waste your money purchasing the ticket at Purchasing of Ticket for Online File Search like me. I was try and error.

Ekstrak Dokumen Online:

Next


For clarity on Conducting File Search Online feature:

First, purchase ticket at Purchasing of Ticket for Online File Search. Next, perform search at Conducting File Search Online. That's it easy peasy.

Please keep in mind, there's a separate ticket price based on document type (Document/Minutes) and Jurisdiction list. 
- For Document, one ticket is sufficient.
- For Minutes, one ticket for one date. If you want to download Minutes for 3 dates, purchase 3 tickets. Easy revenue stream huh
- Before download Minutes, you must get approval from Registrar first. 
Magistrate Court RM8
Session Court RM8
High Court RM12
Court of Appeal RM30
Federal Court RM30

*pricing as of 30th October 2019
... 

0 found this helpful
Helpful


You must log in to answer this question.

Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.