Advertisement

Hutang Kad Kredit

456 Views  ⚫  Asked 5 Months Ago
asked on Nov 15, 2018 at 16:36
by  
edited on Dec 9, 2018 at 01:36
 
Saya ada hutang kredit kad dengan Maybank. Saya ada tunggakan dan hampir 4 bulan saya tak bayar. Sebelum ini saya buat pembayaran melalui AKPK, tetapi sebab ada masalah kewangan saya berhenti AKPK dan ini menyebabkan saya terpaksa bayar sendiri hutang-hutang saya. Hari ini 15 November 2018 ada legal firm call saya yang surat saman dari Maybank akan dikeluarkan pada saya pada 5 petang ini. Saya sudah call Maybank untuk buat rundingan saya nak bayar sikit-sikit start hujung bulan ini tetapi pihak Maybank bagitahu saya mereka tidak boleh buat apa-apa sebab arahan surat legal sudah dikeluarkan, pihak legal firm juga bagitahu saya jika hendak selesaikan luar mahkamah saya perlu bayar RM14K hari ini juga. Saya tiada wang bagaimana nak bayar. Pihak Maybank bagitahu saya bayar 50% petang ini mungkin mereka akan tarik balik surat ini.

Jadi sekarang saya nak tanya bagaimana keadaan saya sekarang? Adakah selepas ini saya perlu ke mahkamah untuk buat rayuan?

Ataupun saya tetap bayar duit kredit card saya seperti biasa biarpun surat mahkamah telah keluar.

Tolong saya takut.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
24 Answers
 1   2   3   Next »  Last »

answered on Nov 15, 2018 at 18:06
by  
edited Dec 9, 2018 at 01:45
 
tolong saya takut
Tolong jangan takut, berhutang bukan satu perbuatan jenayah. Berjuta juta orang lain juga mempunyai hutang. Tidak masuk jel kerana hutang.

legal firm call saya yang surat saman dari Maybank akan dikeluarkan pada saya pada 5 ptg ini.
Tidak mengapa, jika sudah terima surat itu poskan di sini untuk semakan.

pihak Maybank bagitahu saya bayar 50% petang ini mungkin mereka akan tarik balik surat ini. 
Berapakah keseluruhan hutang kad kredit kamu?

jadi sekarang saya nak tanya bagaimana keadaan saya sekarang? 
Tidak ada apa yang akan berlaku terhadap kamu. Bertenang lah.

adakah selepas ini saya perlu ke mahkamah untuk buat rayuan? 
Kamu kena tetapkan minda bahawa pergi mahkamah itu adalah jauh lebih baik dari melayan ugutan bukan bukan  dari pengutip hutang.

saya tetap bayar duit kredit card saya seperti biasa biarpun surat mahkamah telah keluar. 
Kalau pembayaran masih boleh di terima oleh bank, boleh, bayar saja macam biasa.  
1 found this helpful
Helpful

answered on Nov 16, 2018 at 11:12
by  
edited Dec 9, 2018 at 02:28
 
Terima kasih @kiki,

pihak Maybank bagitahu saya bayar 50% petang ini mungkin mereka akan tarik balik surat ini.
Hutang saya hampir RM14K

Hari ini pihak collecter call saya bagitahu mereka tidak hantar surat lagi mereka tanya adakah boleh mereka hantar ataupun saya nak bayar separuh dulu RM7K dan mereka bagi masa sampai 27 November 2018 ini.

Mereka seolah-olah mengugut saya pula dan cuba menakutkan saya tentang bayaran denda yang lagi banyak dan asyik ulang cakap dgn saya hutang saya dah la banyak RM14K campur denda lagi banyak dan saya akan di blacklist.

legal firm call saya yang surat saman dari Maybank akan dikeluarkan pada saya pada 5 petang ini.
Adakah saya patut bagi diaorang pos sahaja surat saya tu? Dan terima sahaja tindakan yang Maybank keluarkan
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 16, 2018 at 11:28
by  
edited Dec 9, 2018 at 02:27
 
Adakah saya patut bagi diaorang pos sahaja surat saya tu? Dan terima sahaja tindakan yang Maybank keluarkan

Dalam fikiran kamu, apakah jenis tindakan yang akan dikeluarkan/diambil oleh Maybank?
1 found this helpful
Helpful

answered on Nov 16, 2018 at 12:28
by  
edited Dec 9, 2018 at 02:28
 
Hari ini pihak collecter call saya bagitahu mereka tidak hantar surat lagi mereka tanya adakah boleh mereka hantar ataupun saya nak bayar separuh dulu RM7K dan mereka bagi masa sampai 27 November 2018 ini.

Suruh saja mereka hantar surat itu. Tak mengapa, jangan bimbang. Terma mahkamah akan jauh lebih baik daripada kamu sentiasa saja di ugut oleh pengutip hutang.
1 found this helpful
Helpful

answered on Nov 17, 2018 at 04:47
by  
edited Dec 9, 2018 at 02:29
 
Terima kasih @jebat,

Dalam fikiran kamu, apakah jenis tindakan yang akan dikeluarkan/diambil oleh Maybank?
Dalam fikiran saya, mungkin saya kena tindakan mahkamah dan blacklist.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 17, 2018 at 04:50
by  
edited Dec 9, 2018 at 02:42
 
Suruh saja mereka hantar surat itu. Tak mengapa, jangan bimbang. Terma mahkamah akan jauh lebih baik daripada kamu  sentiasa saja di ugut oleh pengutip hutang
Jadi saya patut terima surat itu terlebih dahulu?

Baik kiki terima kasih. Saya jadi panik sekarang. Asyik memikirkan nak cari duit bayar hutang ini sahaja.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 17, 2018 at 11:29
by  
edited Dec 9, 2018 at 02:43
 
Jadi saya patut terima surat itu terlebih dahulu?

Bukan terlebih dahulu, maksud nya kalau mereka kata nak beri.. kamu kata akan terima saja lah. 

legal firm call saya yang surat saman dari Maybank akan dikeluarkan pada saya pada 5 petang ini.

Sudah terima?..poskan isi kandung nya di disini untuk semakan.
1 found this helpful
Helpful

answered on Nov 17, 2018 at 12:45
by  
edited Dec 9, 2018 at 02:44
 
Dalam fikiran saya mungkin saya kena tindakan mahkamah dan blacklist.

Nama kamu sudah dah lama di blacklist walaupun jika kamu jelaskan hutang sepenuhnya.

Pada fikiran kamu, apakah akan terjadi kepada kamu selepas tindakan Mahkamah diambil?
1 found this helpful
Helpful

answered on Nov 17, 2018 at 18:34
by  
edited Dec 9, 2018 at 02:47
 
Sudah terima?..poskan isi kandung nya di disini untuk semakan.

Belum terima, @kiki. Jika sudah terima saya akan tunjuk kamu untuk semakan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 17, 2018 at 18:36
by  
edited Dec 9, 2018 at 02:50
 
Pada fikiran kamu, apakah akan terjadi kepada kamu selepas tindakan Mahkamah diambil?
Saya tak tahu. Tapi mungkin saya akan ada masalah dengan bank. Harap-harap tak jejaskan bank pinjaman rumah saya. Saya takut.
0 found this helpful
Helpful


 1   2   3   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.