Advertisement

Tak mampu bayar loan Ambank. Apa saya perlu buat?

229 Views  ⚫  Asked 8 Months Ago
asked on Nov 8, 2018 at 02:19
by  
edited on Nov 28, 2018 at 21:25
 
Saya ada loan dengan Ambank pada 2009/2010. After 2012, gaji saya berkurangan dan tak mampu nak bayar.

Saya ada bercadang nak bayar semula tapi bukan dalam masa terdekat. Maybe 2 tahun lagi. Tahun ini saya dapat panggilan dari agensi kutip hutang. Terkejut juga sebab dah lama saya tak dapat call dari agent.

Agent ada minta saya bayar. Mula-mula RM2500, saya cakap saya tak mampu. Kemudian dia bagitahu saya RM100 pun tak apa sebab nak semak samada akaun saya aktif atau tak. Saya maklum pada agent saya tak ada nombor akaun bank. Dia balas nanti dia akan SMS. Sampai sekarang saya tak dapat SMS tu.

Semalam abang saya message bagitahu saya dapat surat berdaftar. Saya syak itu dari Ambank. Apa saya perlu buat? Perlu ke saya ke Ambank untuk berbincang? Sebab untuk kes ini AKPK tak ambil.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
2 Answers

answered on Nov 8, 2018 at 15:41
by  
edited Nov 28, 2018 at 21:27
 
Semalam abang saya message bagitahu saya dapat surat berdaftar. Saya syak itu dari Ambank. Apa saya perlu buat?
Paparkan di sini surat berdaftar itu untuk semakan.

Perlu ke saya ke Ambank untuk berbincang?
Kalau tidak ada duit nak buat pembayaran, bank tidak mahu bincang kosong.

Sebab untuk kes ini AKPK tak ambil.
Mengapa AKPK tak mahu ambil kes ini?
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 10, 2018 at 09:58
by  
edited Nov 28, 2018 at 21:29
 
@kiki

Paparkan di sini surat berdaftar itu untuk semakan.
Silap. Rupanya dari bank lain. Tapi dah selesaikan semalam.

Kalau tidak ada duit nak buat pembayaran, bank tidak mahu bincang kosong. 
Selepas perbincangan dengan AKPK. Saya dah ada duit untuk bayar dengan Ambank.

Mengapa akpk tak mahu ambil kes ini?
Sebab akaun Ambank berstatus tindakan undang-undang. Saya baru semak CCRIS tadi, di situ tulis perintah penghakiman.
0 found this helpful
Helpful


You must log in to answer this question.

Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.