Advertisement

Hutang Easy RHB tak berbayar selama 6 tahun

13499 Views  ⚫  Asked 3 Years Ago
asked on Oct 11, 2018 at 10:49
by  
edited on Oct 17, 2018 at 05:58
 
Masalah saya ada buat loan dengan Easy RHB untuk tolong kawan buat bisnes tapi kawan tu lari. Seingat saya pada tahun 2011 saya buat loan tu kawan saya ada buat pembayaran 2, 3 kali sahaja. Jumlah pinjaman sebanyak RM6000. Nama saya pun dah blacklist sebab loan tu. Tapi pada 10 Oktober 2018 saya dapat panggilan dari debt collector kata nak sita barangan rumah. Lepas tu tarikh last kawan saya bayar pada tahun 2012 & kini sudah 2018 hampir 6 tahun hutang tak berbayar langsung. Sebab baik sangat tolong kawan, last-last  kena batang hidung.

Nak tanya apa perlu saya buat? Nak bayar tak mampu sebab gaji pun kecil lepas tu nak buat loan pun dah ada rekod dalam CCRIS. Macam mana ni.... Boleh kah saya bankrap sebab hutang RM6000 tak bayar 6 tahun lepas?
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
17 Answers
« Previous   1   2   Next »

answered on Oct 24, 2018 at 18:11
by  
edited Oct 26, 2018 at 03:10
 
1) Saya ada dapat call tadi dari K****** Partner & Co. Mengatakan jumpa pinjam saya sekarang RM25k tapi diaorang kata kalau boleh buat bayar RM8k diaorang akan tutup akaun saya & clear Nama saya dari blacklist. Boleh ke macam tu? 

Tawaran pengutip hutang hanya manis mulut tidak muktamat. 

2) Sedangkan Bayaran akhir dibuat pada Jan 2012 & sekarang Oct 2018 langsung tiada bayaran. Jadi adakah dia jadi hutang lapuk? 

Ya

3) Adakah hutang yang lebih 6 tahun boleh dituntut..

Ada bank yang cuba cuba tuntut di mahkamah atas harapan kamu tidak melawan nya di mahkamah. 

& dia buat pembayaran atas desakan oleh pihak debt collector? 

Kalau buat bayaran, umur hutang sudah jadi tidak melebihi 6 tahun. 

4) Adakah akta had masa tak boleh dipakai sebab pihak debt collector. 

Kalau kes di bawa ke mahkamah bukan oleh pengutip hutang tapi oleh bank. Memang mereka tidak peduli atau apa akta pun.

Kata hutang wajib di bayar & akta tu tak boleh buat apa2 pada diaorang & tanya butiran data peribadi saya dekat tempat kerja? 

Semua pengutip hutang  berkata begitu. Mereka akan cuba melakukan apa saja supaya kamu buat bayaran, mereka dapat komisen. Kemuncak nya bila hutang tidak bayar, sepatutnya di tuntut di mahkamah, bukan begitu?

5) Apa tindakan yang perlu saya buat atas semua masalah dia atas?

Belajar  main 'tarik tali' dan 'sorok sorok' dengan pengutip hutang.
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 24, 2018 at 18:11
by  
Kenapa masih mahu dengar penipuan dan pembohongan pengutip hutang. 
Letak telepon saja.

Terima kasih....
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 23, 2018 at 13:00
by  
edited Dec 11, 2018 at 23:24
 
Saya ada buat pinjaman dengan EASY LOAN RHB dalam RM25K awal tahun ini, sebelum ini tak ada tunggakan malah saya ada bayar untuk 3 bulan straight, tapi sekarang saya ada tunggakan selama 3 bulan disebabkan ada sedikit masalah kewangan. Saya ada banyak terima mesej berupa ugutan tindakan undang-undang, then hari ini terima mesej yang menyatakan pegawai kutipan akan datang ke premis. Persoalannya memang akan ada kah pegawai akan datang ke rumah? Niat saya bukan tak nak bayar cuma lambat saja.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 13, 2018 at 21:32
by  
edited Dec 19, 2018 at 01:57
 
Saya ada tunggakkan Easy RHB loan selama 2 bulan.

RM0.00 RHB. Peringatan terakhir! Sila jelaskn minima RM80.64 hari ini utk pembatalan notis guaman.
Saya nak tanya saya tertunggak RM508 sahaja mana datang RM80.64 tu? Dan saya tak mampu nak bayar hari ini. Apa perlu saya buat?
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 26, 2018 at 13:46
by  
edited Jan 17, 2019 at 05:31
 
Saya ada membuat pinjaman bersama easy RHB. Kali terakhir bayaran pada 2016 atas sebab masalah kesihatan. Hari ini pihak bank call saya dan meminta bayaran sebanyak RM2000 sebelum jam 4 petang. Jika tidak pihak bank dan mahkamah akan datang ke alamat yang saya gunakan (alamat rumah emak ayah) untuk menyerahkan surat dan menyita rumah. Bila saya beritahu saya tiada di alamat tersebut pihak bank beritahu mereka akan mengunci pintu rumah mak ayah saya. Betulkah mereka boleh buat begitu? Hutang saya hanya RM7000 lebih. Terima kasih.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jan 22, 2019 at 04:44
by  
edited Jan 28, 2019 at 06:11
 
I pinjam RM3k dari RHB. Sebab hilang kerja lambat bayar. I sudah settle semua tapi bila I check CTOS, ada legal case atas saya dari RHB. Macam mana nak clearkan?
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 14, 2021 at 23:00
by  
Jadi adakah dia jadi hutang lapuk?
Betul lapuk jika tiada Saman sebelum ini.
Kalau ada saman macam mana ye?
Tahun 2016.
Saya pun baru tau sebab tengok dalam notification Ctos.
0 found this helpful
Helpful


« Previous   1   2   Next »

You must log in to answer this question.

Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.