Advertisement

Hutang Easy RHB tak berbayar selama 6 tahun

13498 Views  ⚫  Asked 3 Years Ago
asked on Oct 11, 2018 at 10:49
by  
edited on Oct 17, 2018 at 05:58
 
Masalah saya ada buat loan dengan Easy RHB untuk tolong kawan buat bisnes tapi kawan tu lari. Seingat saya pada tahun 2011 saya buat loan tu kawan saya ada buat pembayaran 2, 3 kali sahaja. Jumlah pinjaman sebanyak RM6000. Nama saya pun dah blacklist sebab loan tu. Tapi pada 10 Oktober 2018 saya dapat panggilan dari debt collector kata nak sita barangan rumah. Lepas tu tarikh last kawan saya bayar pada tahun 2012 & kini sudah 2018 hampir 6 tahun hutang tak berbayar langsung. Sebab baik sangat tolong kawan, last-last  kena batang hidung.

Nak tanya apa perlu saya buat? Nak bayar tak mampu sebab gaji pun kecil lepas tu nak buat loan pun dah ada rekod dalam CCRIS. Macam mana ni.... Boleh kah saya bankrap sebab hutang RM6000 tak bayar 6 tahun lepas?
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
17 Answers
 1   2   Next »  Last »

answered on Oct 11, 2018 at 13:43
by  
Boleh ke saya bankrap sebab hutang RM6000 tak bayar 6 tahun lepas?

Tak boleh, sebab amaun minima untuk menjadi bankrap adalah RM50,000
2 found this helpful
Helpful

answered on Oct 11, 2018 at 14:39
by  
edited Oct 17, 2018 at 05:59
 
Betul kah hutang lebih 6 tahun tak boleh dituntut & dibawa naik mahkamah?
Kalau RM6000 boleh ke dia pergi sampai RM25000 kalau tak bayar dalam tempoh 6, 7 tahun?
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 11, 2018 at 15:55
by  
Betul ke hutang lebih 6tahun tak boleh dituntut & dibawa naik mahkamah?
Betul, kalau belum disaman, selepas 6 tahun dari tarikh bayaran akhir, tidak boleh disaman lagi.
Ini termaktub di dalam Akta Had Masa.

Kalau RM6000 boleh ke dia pergi sampai RM25000 kalau tak bayar dalam tempoh 6,7 tahun?
Mengikut Akta Had Masa, faedah boleh ditambah sampai 6 tahun sahaja selepas
tarikh bayaran akhir.
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 18, 2018 at 14:55
by  
Adakah hutang dari Feb 2012 hingga oct 2018 dikira sudah lapuk?
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 18, 2018 at 17:24
by  
Adakah hutang dari Feb 2012 hingga oct 2018 dikira sudah lapuk?

Adakah Feb 2012 itu adalah kali terakhir kamu membuat pembayaran?
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 18, 2018 at 17:33
by  
edited Oct 26, 2018 at 03:12
 
Saya ada pinjaman RHB easy loan.. Oktober 2016 saya ada buat loan sebanyak RM4000.. kalau tak silap sebanyak 4 kali sahaja saya dah bayar.. lepas tu saya ada masalah kewangan.. sampai sekarang tunggakan tersebut masih belum dilunaskan.. ada juga agen beberapa kali call suruh bayar.. hari ni mereka ada hantar mesej ingin datang ke rumah utk menyerahkan surat tuntutan.. dengan masalah kewangan yang saya hadapi, ditambah pula tuntutan dari agen semakin memeningkan kepala saya.. sebelum ni mereka ada call dan saya ada minta tempoh untuk menyelesaikan hutang yang masih tertunggak.. adakah barangan saya akan disita atau adakah saya akan dianggap muflis ?
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 18, 2018 at 17:51
by  
adakah barangan saya akan disita atau adakah saya akan dianggap muflis ?

Tidak.
Hutang mesti lebih RM50k baru boleh muflis.
Bank tak suka sita barang walaupun agen ugut demikian.
Ini adalah kerana barangan susah dijual dan kena beri statement barangan sita kepada kamu setiap kali lelongan dijalankan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 18, 2018 at 20:47
by  
edited Oct 26, 2018 at 03:04
 
Adakah Feb 2012 itu adalah kali terakhir kamu membuat pembayaran?

Ya. Feb 2012 bayaran terakhir yang pernah kawan saya buat atas pinjaman pakai nama saya.

Cuma sekarang ni pihak debt collector tak habis-habis mengganggu saya. Sedangkan saya dah CCRIS. Saya tahu silap saya sebab nak membantu kawan saya tapi dia lari & tak dapat dijejaki. Setahu saya kalau dari Feb 2012 hingga Oct 2018 sudah lebih 6 tahun. Jadi boleh ke pihak bank @ Agen collector nak tuntut & bawa kes ni ke mahkamah? Sebab kalau nak bayar memang tak mampu. Lepas tu siap kata nak sita barang rumah.
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 24, 2018 at 15:51
by  
edited Oct 26, 2018 at 03:11
 
1) Saya ada dapat call tadi dari K***** Partner & Co. Mengatakan jumpa pinjam saya sekarang RM25k tapi diaorang kata kalau boleh buat bayar RM8k diaorang akan tutup akaun saya & clear Nama saya dari blacklist. Boleh ke macam tu?

2) Sedangkan Bayaran akhir dibuat pada Jan 2012 & sekarang Oct 2018 langsung tiada bayaran. Jadi adakah dia jadi hutang lapuk?

3) Adakah hutang yang lebih 6 tahun boleh dituntut & dia buat pembayaran atas desakan oleh pihak debt collector?

4) Adakah akta had masa tak boleh dipakai sebab pihak debt collector. Kata hutang wajib di bayar & akta tu tak boleh buat apa-apa pada diaorang & tanya butiran data peribadi saya dekat tempat kerja?

5) Apa tindakan yang perlu saya buat atas semua masalah dia atas?

Lagi pun niat nak tolong orang last-last kena tipu dengan orang lain pakai nama kita.
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 24, 2018 at 17:44
by  
edited Oct 26, 2018 at 03:07
 
Jadi adakah dia jadi hutang lapuk?
Betul lapuk jika tiada Saman sebelum ini.

4) Adakah akta had masa tak boleh dipakai sebab pihak debt collector kata hutang wajib di bayar & akta tu tak boleh buat apa-apa pada diaorang.
Kenapa masih mahu dengar penipuan dan pembohongan pengutip hutang.
Letak telepon saja.
0 found this helpful
Helpful


 1   2   Next »  Last »

You must log in to answer this question.

Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.