Advertisement

Harta dan aset apakah yang akan dibekukan setelah seseorang itu jatuh bankrap?

5519 Views  ⚫  Asked 3 Years Ago
asked on Oct 10, 2018 at 04:22
by  
edited on Oct 18, 2018 at 01:57
 
Untuk pencerahan, saya sudah menyemak status di Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) dan mendapati status saya adalah bankrap. Pada 16 Oktober 2018 nanti adalah temujanji pertama saya dengan pegawai Jabatan Insolvensi. Sedikit maklumat dan penerangan telah pun saya dapati daripada thread di dalam forum ini dan ianya sangat membantu. Credit kepada forumer @kiki, @jeff005 & @carriel226 yang telah sedikit sebanyak membantu memberi input maklumat dan seterusnya membuka jalan kepada saya untuk bertindak.

Langkah pertama saya tempoh hari setelah akaun bank disekat, saya pergi ke cawangan bank tersebut untuk bertanyakn dengan lebih lanjut. Setelah mengetahui bank disekat kerana perintah mahkamah tanpa menunggu lebih lanjut saya membuat semakan di JIM dengan membayar duit proses sebanyak RM10 dan dalam tempoh 15 minit kemudian terus mendapat keputusan semakan diri saya telah di bankrapkn oleh salah sebuah bank atas keculasan membayar pinjaman perniagaan yang telah melebihi jumlah RM50K.

Tarikh perintah hukum oleh mahkamah adalah pada 24 September 2018, tarikh akaun bank saya disekat pada 05 Oktober 2018 dan tarikh saya berjumpa dengan JIM pada 08 Oktober 2018. Sehinggakan nombor file untuk case saya pun belum ada lagi di JIM, tetapi atas diplomasi dan perbincangan yang baik dengan staff JIM saya dapat mempercepatkan temujanji pertama dengan pegawai yang dilantik pada 16 Oktober 2018. Ini kerana saya ingin mempercepatkan proses kelulusan untuk membuka akaun bank bagi tujuan pembayaran gaji sebelum hujung bulan nanti.

Baiklah, persoalan saya sekarang ini bagaimana dengan aset saya (kereta) yang masih berbaki 4-5 bulan (nilai pasaran hanya RM10k). Adakah JIM akan menuntutnya bagi tujuan pembayaran kepada pemiutang?

Dan keduanya saya baru teringat ada sesalin geran tanah saya berkongsi nama dengan abang saya (harta pusaka yang telah dibahagikan mengikut faraid) tetapi nama ibu masih diletakkan sebagai pentadbir, dan kemudian baru nama kami dua beradik. Adakah ianya juga akan turut terjejas? Atau bolehkah disaat ini saya menukarkan penama dalam geran tersebut kepada nama ibu saya?

Mohon bantuan dan nasihat daripada sahabat-sahabat sekalian. Terima kasih.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
34 Answers
« Previous   1   2   3   4   Next »  Last »

answered on Nov 7, 2018 at 10:27
by  
edited Dec 11, 2018 at 00:46
 
Update: 

Setelah tempoh 5 hari bekerja, staff bank call saya dan beritahu akaun bank yang lama telah aktif dan boleh digunakan seperti biasa. Company telah serahkan cek atas nama saya untuk gaji dan saya depositkan cek tersebut seperti biasa. Standing instruction (SI) dibuat untuk pemotongan pembayaran sebanyak RM250 kepada pihak JIM bermula 30 November 2018. Syukur alhamdulillah, bermula era baru sebagai seorang bankrupt. ūüėĀ¬†

@jeff005 @kiki @carriel226 special thanks for your advice, opinion and motivation to me to handle in early stage of my bankruptcy.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 7, 2018 at 11:51
by  
edited Dec 11, 2018 at 00:49
 
@Remy

You are welcome. Our experiences varies from person to person. As a team, we share our experiences.

No one can have the same experiences. No one is right or wrong. No one's situation (Judgement Debtor) is the same.

Most important we move on with Life..

Cheers..!!  Enjoying Fatherhood now.. Post your babe pic here..!!

Yours too..  here's mind.. to be fair & square.. me at the Court Complex Duta KL.. circa Sept 2016. Hehe.. Me & my 3 shades of color old faithful junk of 24 year old..

0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 15, 2018 at 16:49
by  
edited Dec 11, 2018 at 00:51
 
@ Remy_

Saya ingin bertanya. 

Setelah kamu melalui beberapa proses dan aturan pentadbiran kes dengan JIM, ada atau tidak JIM menetapkan jumlah sasaran sumbangan (target contribution) sebagai memenuhi keperluan pelepasan automatik  selepas 3 tahun?

Jika ada, harap tidak keberatan memberitahu jumlah RM nya.
Ataupun berapakah peratusan nya dari jumlah hutang yang di failkan (Proof of Debt) oleh kreditor.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 26, 2018 at 14:29
by  
edited Jan 21, 2019 at 04:59
 
I'm curious.

Bila kita sudah diisytiharkan bankrap, sepatutnya dalam CCRIS macam mana laporannya? Because I am already a bankrupt and I still see there is one creditor which keeps counting the payment delay (ruangan yang tanda 0,0,0 for every month tu).. Last time I checked it was around 54 if I am not mistaken.

What should I do with it? I already put all of my debts on my Statement of Debts during first time meeting with Official Assignee (OA), and it seems that these one entity macam tak peduli saja.. keeps counting berapa lama I tak bayar.

Should I be worried? I'm afraid nanti when I am bebas dari bankrap, this creditor pula ambil kesempatan and bankrapkan saya again.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 26, 2018 at 16:05
by  
edited Jan 21, 2019 at 05:01
 
@Kenj

Bila kita sudah diisytiharkan bankrap, sepatutnya dalam CCRIS macam mana laporannya?
Jika bank telah fail POD (PROOFS OF DEBT) kepada Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM), ia akan dinyatakan di bahagian 'LGL STS' dalam laporan CCRIS.

‚ÄĘ LGL STS
Indicates the legal action status of your account if it is in default. The bank can know the action taken such as <10> Summon/Writ files, <11> Judgement Order, <12> Bankruptcy, <17> Winding Up order, <18> Auction, <20> Receivership / Section 176, <12> Settled / Discharged, etc.

Should I be worried? I'm afraid nanti when I am bebas dari bankrap, this creditor pula ambil kesempatan and bankrapkan saya again.
Hubungi Official Assignee (OA) anda dan tanya beliau sama ada bank yang dinyatakan telah menfailkan POD atau belum. Anda juga boleh hubungi bank dan tanya status akaun anda.
2 found this helpful
Helpful

answered on Jan 28, 2019 at 02:50
by  
edited Mar 2, 2019 at 00:59
 
Saya nak tanya.. Adakah kereta di atas nama si bankrap akan ditarik oleh pihak Jabatan Insolvensi Malaysia? Ini kerana itulah satu-satunya harta yang saya ada. Kereta saya adalah kereta Myvi yang loannya masih berbaki RM23K++ dan setiap bulan saya membayarnya RM510. Maybank telah membekukan akaun personal saya kerana saya telah diisytiharkan bankrap oleh Bank Rakyat dan telah diiklankan pada 16 Januari 2019.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jan 28, 2019 at 22:10
by  
edited Mar 2, 2019 at 01:02
 
@Nurkasih

saya telah diisytiharkan bankrap oleh Bank Rakyat dan telah diiklankan pada 16 Januari 2019.
Apakah kandungan iklan tersebut? Bilakah anda patut menghadiri ke Mahkamah untuk kes ini?

Terdapat 2 jenis iklan a) Notis Kebankrapan  b) Creditors Petition. Pengiklanan ini adalah sebagai cara "substituted service" sebab bank tidak dapat mengubungi anda. 
Iklan tersebut tidak bermakna anda sudah diisytiharkan bankrap.

Maybank telah membekukan akaun personal
MBB hanya "freeze" bank akaun anda sebab notis kebankrapan dipaparkan dalam surat khabar. Loan kereta dengan MBB juga?

adakah kereta di atas nama si bankrap akan ditarik oleh pihak Jabatan Insolvensi Malaysia?
Baca balik semua di atas, nasihat dan keterangan di berikan kepada @Remy. Anda mesti pastikan anda sudah di bankrapkan. Pergi Mahkamah terdekat buat carian kes anda dahulu. 
Anda masih bekerja sekarang?

Baca juga kes @Muhamad 
https://www.lawyerment.com/answers/questions/13137/pembayaran-penuh-untuk-dilepaskan-dari-status-bankrup
0 found this helpful
Helpful

answered on Jan 29, 2019 at 20:00
by  
edited Mar 2, 2019 at 01:06
 
@carriel226

Saya sudah semak status saya di laman web Jabatan Insolvensi Malaysia dan membayar RM10 untuk menyemak status saya dan mendapati saya belum dibankrapkan.

Berkenaan dengan iklan tersebut saya tidak ada apa-apa info berkenaan dengannya kerana saya menetap di Melaka bersama suami manakala segala surat menyurat dihantar di rumah nenek saya ini kerana rumah nenek saya taman jadi surat menyurat amat senang dihantar kecuali rumah saya tika waktu dahulu.

Semuanya saya tahu setelah MBB menghantar surat pembekuan bank kerana ya betul kata anda creditors petition dari Bank Rakyat dan loan kereta saya adalah loan dari MBB juga tetapi di dalam surat pembekuan akaun itu tidak pula ia nyatakan nombor akaun kereta saya dibekukan hanya tertera akaun personal sahaja. Ini kerana loan kereta saya bayar setiap bulan. Jika mahu berunding dengan pihak bank yang saya buat loan personal (Bank Rakyat dan CIMB Bank) dengan anak yang masih kecil dan menyusu badan penuh amat sukar untuk saya spend time lama berada di luar rumah. Dan saya tidak mampu untuk membayar dalam jumlah yang tinggi kerana saya adalah seorang suri rumah dan suami pula hanya peniaga kecil kecilan sahaja.

Patutkan saya melaporkan diri sahaja kepada pihak Jabatan Insolvensi Malaysia? Saya berasa amat risau berkenaan dengan kereta saya kerana ia adalah satu satunya kenderaan saya bersama suami untuk bergerak. Adakah ia akan ditarik? Bantulah saya untuk pengetahuan loan-loan personal ini semua adalah semasa saya bekerja dahulu dari 2011-2016.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jan 29, 2019 at 21:08
by  
@Nurkasih

Kes anda masih di peringkat petisyen pemiutang. Tetapi ini adalah peringkat terakhir sebelum dibankrapkan. Jika benar-benar tidak dapat membayar RM50K (atau lebih). Hadiri prosiding mahkamah, dibankrapkan dan kemudian lapor diri di JIM, buat bayaran bulanan kepada JIM dan meminta izin untuk menggunakan kereta tersebut sebagai kereta keluarga yang berada di bawah nama anda.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jan 30, 2019 at 03:15
by  
edited Mar 2, 2019 at 01:08
 
@carriel226

Terima kasih di atas segala nasihat dan info berguna anda nyatakan. Bolehkah sekiranya saya terus melaporkan diri kepada pihak Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) walaupun saya masih belum dibankrapkan? Ini kerana saya berada di Melaka dan prosiding mahkamah semestinya di area Kuala Lumpur. Untuk berulang alik beberapa kali akan menggunakan banyak kos. Selain itu dengan pembekuan akaun personal MBB saya yang bermula pada 16 Januari 2019, saya takut sekiranya jika saya menunggu prosiding mahkamah dan mengambil masa yang lama, kereta tersebut akan ditarik dan saya tiada kenderaan untuk digunakan. Adakah lebih baik sekiranya saya terus melaporkan diri ke Jabatan Insolvensi Malaysia? Bolehkah begitu?
0 found this helpful
Helpful


« Previous   1   2   3   4   Next »  Last »

You must log in to answer this question.

Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.