Advertisement

Disaman dan dipanggil naik mahkamah kerana kemalangan yang dilakukan oleh pihak ketiga

2245 Views  ⚫  Asked 2 Years Ago
asked on Oct 1, 2018 at 10:33
by  
edited on Oct 17, 2018 at 00:09
 
Merujuk kepada perkara di atas, saya ingin mendapatkan nasihat berkaitan situasi yang dialami. Saya telah mendapat surat panggilan untuk ke mahkamah pada November 2018. Ia berkaitan tuntutan saman yang terhadap diri saya berkaitan satu kes kemalangan yang berlaku pada 2016. Berikut adalah perincian:

1. Kereta (loan) adalah di atas nama saya tetapi dipandu oleh isteri.
2. Semasa kejadian, kereta dipandu oleh kawan kepada isteri (RI), dengan persetujuan isteri saya tetapi tanpa pengetahuan saya.
3. Semasa kejadian, difahamkan RI telah diminta oleh mangsa untuk penyelesaian luar.
4. RI bersetuju.
5. Kos kerosakan kereta saya ditanggung sepenuhnya oleh RI.
6. Isteri saya juga telah mendapatkan maklumbalas dari pihak insuran kereta berkaitan tindakan yang perlu dilakukan. Menurut pihak insuran, tiada laporan polis perlu dilakukan kerana tidak melibatkan sebarang kematian, serta tiada tuntutan insuran yang ingin dilakukan

Selang setahun, saya mendapat surat dari insuran kereta yang menyatakan terdapat tuntutan berkaitan kemalangan ini. Kami (saya dan isteri) telah bekerjasama dengan pihak insuran dengan memberikan segala perincian yang diperlukan dan turut mendapat kerjasama dari RI.

2 bulan yang lalu, saya difahamkan yang pihak insuran akan menanggung tuntutan yang dibuat oleh oleh keluarga mangsa, dan saya tidak terlibat langsung dalam kes ini. Ini berikutan maklumbalas yang diterima dari RI yang menyatakan pihak insuran kereta sedang berhubung dengan beliau berkaitan kes ini.

Bagaimanapun, bulan lalu saya telah menerima surat dari peguambela/peguamcara berkaitan tuntutan dari keluarga mangsa. Saya tidak tahu adakah ia merujuk kepada tuntutan yang sama yang diuruskan oleh insuran kereta saya atau tuntutan berasingan. Minggu lalu saya telah menerima surat panggilan ke mahkamah oleh peguambela/peguamcara tersebut.

Memandangkan semua urusan sebelum ini dilakukan oleh isteri saya, saya tidak mengetahui perincian berkaitan kes ini. Saya memohon maklumbalas dari semua berkaitan perkara yang perlu diketahui serta tindakan yang perlu dilakukan.

Terima kasih.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
3 Answers

answered on Oct 1, 2018 at 11:10
by  
Paparkan imej Writ Saman dan Kenyataan Tuntutan di sini.

Adakah mangsa menuntut pampasan untuk kecederaan kepada dirinya?

Adakah mangsa membuat lapuran polis tentang kemalangan?

Siapakah yang bersalah dalam kemalangan ini?

3. Semasa kejadian, difahamkan RI telah diminta oleh mangsa untuk penyelesaian luar.
4. RI bersetuju.

Berapakah amaun yang dibayar oleh RI kepada mangsa?
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 1, 2018 at 12:46
by  
edited Oct 17, 2018 at 00:12
 
Maklumbalas:

Paparkan imej Writ Saman dan Kenyataan Tuntutan di sini
Saya cuma mempunyai surat dari pihak peguam berkaitan mangsa ingin membuat tuntutan.

Adakah mangsa menuntut pampasan untuk kecederaan kepada dirinya?
Saya percaya mangsa telah menuntut pampasan melalui tuntutan yang dikemukakan kepada pihak insuran kereta. Oleh itu saya tidak faham berkaitan surat yang dihantar terus kepada saya.

Adakah mangsa membuat lapuran polis tentang kemalangan?
Tidak pasti. Saya tidak pernah dipanggil oleh pihak polis berkaitan perkara ini untuk memberi keterangan.

Siapakah yang bersalah dalam kemalangan ini?
Saya tak pasti. Berdasarkan penerangan dari RI, mangsa yang bersalah kerana membawa motor secara melulu.

Berapakah amaun yang dibayar oleh RI kepada mangsa
Saya tidak pasti. Semua urusan dilakukan diluar pengetahuan saya dan tanpa kehadiran diri saya.
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 1, 2018 at 14:45
by  
edited Oct 17, 2018 at 00:12
 
Saya cuma mempunyai surat dari pihak peguam berkaitan mangsa ingin membuat tuntutan.

Paparkan imej surat peguam tersebut untuk pencerahan.
0 found this helpful
Helpful


You must log in to answer this question.

Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.