Advertisement

Bunuh Tanpa Niat

389 Views  ⚫  Asked 2 Years Ago
asked on Sep 27, 2018 at 21:16
by  
edited on Oct 16, 2018 at 20:04
 
Pada 26 September 2018 sekitar jam 2-3pm saya telah bertengkar dengan seorang warga tua lingkungan 50-60 tahun, dalam pertengkaran mulut tersebut saya menegurnya supaya jangan masuk campur hal rumah tangga saya, dan dia menafikan perkara tersebut hingga pertengkaran mulut menjadi semakin parah membuatkan dia menengking dan saya juga turut menengkin. Kejadian tersebut berlaku di warung makan yang disaksikan dengan 2 orang pekerja warung terbabit berserta seorang kawan pakcik yang mana turut mengenali saya. Akhirnya kawan pakcik tersebut datang meleraikan pertengkaran kami. Tiada body contact dalam pertengkaran tersebut selain daripada pertengkaran mulut.

Pada hari ini 27 September 2018 jam 7:27pm saya dimaklumkan oleh kawan saya (pemilik warung tersebut) yang pakcik tersebut telah meninggal dunia akibat tekanan darah tinggi, beliau juga ada menyatakan yang pakcik tersebut sudah lama mengidap penyakit darah tinggi.

Salah seorang kawan saya (Pemilik kedai runcit) juga ada mengataka yang pada petang kejadian tersebut 26 September 2018 pakcik itu ada datang ke kedainya 2 kali sekitar jam 5pm dan kali keduanya sekitar jam 7-8pm.

Sebaik sahaja saya dimaklumkan berita kematiannya, saya dan kawan saya (pemilik kedai runcit) pergi menziarahi arwah dan masuk kerumahnya untuk melihat jenazah buat kali terakhir dan 2 orang pekerja warung tersebut ada bercerita pada kenalan lain dihadapan saya pada waktu saya menziarahi arwah yang saya adalah PUNCA KEMATIAN ARWAH (akibat pertengkaran pada petang 26 September 2018).

Soalan saya, apakah saya boleh disabitkan dengan kesalahan membunuh tanpa niat mahupun menjadi punca kematian arwah.

Terima Kasih.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
3 Answers

answered on Sep 28, 2018 at 00:07
by  
edited Oct 16, 2018 at 20:06
 
Boleh tolong bagi pendapat pada kes diatas? Jiwa tak tenang dibuatnya.

Terima kasih.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 28, 2018 at 08:42
by  
Soalan saya, apakah saya boleh disabitkan dengan kesalahan membunuh tanpa niat mahupun menjadi punca kematian arwah. Jiwa tak tenang dibuatnya.

Kenapa risau sangat sedangkan polis belum menahan kamu ataupun meminta kamu membuat kenyataan tentang kematian ini.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 28, 2018 at 15:27
by  
edited Oct 16, 2018 at 20:07
 
@jebat

Terima kasih. Risau kalau-kalau esok lusa mahupun minggu depan saya ditangkap. Hari ini selesai solat Jumaat sudah ada jiran-jiran bercakap "pembunuh pun tahu solat Jumaat kah?"
0 found this helpful
Helpful


You must log in to answer this question.

Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.