Advertisement

Pembekuan akaun bank

1491 Views  ⚫  Asked 9 Months Ago
asked on Jul 13, 2018 at 10:24
by  
edited on Jul 26, 2018 at 02:20
 
Apa akan jadi sekiranya dapat mesej akaun bank akan dibekukan serta merta tanpa notis? Duit untuk keluar masuk dah tak boleh pakai kah bank itu? And apa akan jadi sekiranya hutang melebihi RM30k. Thank you.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
5 Answers

answered on Jul 13, 2018 at 15:16
by  
edited Aug 24, 2018 at 04:46
 
Apa akan jadi sekiranya dapat mesej akaun bank akan dibekukan serta merta tanpa notis?

Siapa yang sampaikan mesej.. bank atau debt collector?

Duit untuk keluar masuk dah tak boleh pakai kah bank itu?

Kalau akaun di bekukan.. begitulah jadi nya.. duit tak boleh masuk dan keluar.

And apa akan jadi sekiranya hutang melebihi RM30k.

Jika berlengah kemungkinan dengan pertambahan interest akan menjadi melebihi RM50k dan boleh dibankrapkan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 15, 2018 at 14:47
by  
edited Aug 24, 2018 at 04:46
 
@kiki.. apa maksud awak bank atau debt collector?
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 18, 2018 at 13:01
by  
edited Aug 24, 2018 at 04:48
 
Kebiasaannya bank akaun dibeku adalah disebabkan oleh muflis. Pergi check di Malaysia Department of Insolvency (MDI) atau Jabatan Insolvensi. Jangan takut, issue kecil saja.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 15, 2018 at 22:43
by  
edited Dec 10, 2018 at 19:40
 
Apa tindakan yang perlu saya buat sekiranya collecter yang beritahu akaun akan dibekukan? Masalah saya, kereta dijual kepada si A tapi dia tak bayar bulanan sehingga tertunggak RM30k. Kereta tersebut kami ambil semula dari si A dan serah kepada bank. Saya telah dihubungi oleh collecter supaya buat pembayaran untuk tahan kes supaya akaun saya tak dibekukan. Boleh beri pencerahan. Terima kasih.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 15, 2018 at 23:50
by  
edited Dec 10, 2018 at 19:48
 
Apa tindakan yang perlu saya buat sekiranya collecter yang beritahu akaun akan dibekukan?
Tak perlu buat apa apa. Dia cakap sesuka hati, apa yang kamu boleh buat?

Masalah saya, kereta dijual kepada si A tapi dia tak bayar bulanan sehingga tertunggak RM30k.
Kamu dah jual kereta, owner baru si A tak bayar mengapa pula kamu yang bermasaalah?
Kamu jual secara "sambung bayar"..? 

Kereta tersebut kami ambil semula dari si A dan serah kepada bank. 
Jadi.. apa bank lakukan pada kereta itu. Lelong? Berapa pula baki pinjaman? Kena ambil tahu kedudukan. Melebihi RM50k sudah tahap bahaya. 

Saya telah dihubungi oleh collecter supaya buat pembayaran untuk tahan kes supaya akaun saya tak dibekukan.
Kalau akaun bank sama bank dengan loan kereta itu mungkin mereka boleh sengaja sengaja bekukan. Tapi kalau bank lain, untuk bekukan akaun perlu perintah mahkamah.

Pernah kamu terima surat dari lawyer bank?
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.