Advertisement

Beli motor guna loan syarikat kredit

1001 Views  ⚫  Asked 4 Months Ago
asked on Jun 21, 2018 at 22:07
by   asiah85
edited on Jul 7, 2018 at 02:05
 
Saya ada sedikit masalah yang perlukan pencerahan..

Pada bulan Disember, 2013 saya telah membeli sebuah motosikal menggunakan loan Kedai dengan bayaran bulanan sebanyak RM230 untuk tempoh 4 tahun. Pinjaman ini menggunakan nama saya sebagai peminjam Dan suami sebagai gerentor. Oleh sebab mengalami masalah kewangan, saya sempat bayar ansuran secara consistent sehingga May 2014. Selepas itu, saya tidak lagi membuat bayaran.. Nama saya telah dsenaraikan hitamkan dalam CTOS pada March 2014. Notis penarikan motor tersebut saya terima pada bulan Ogos 2014. Selepas itu saya tidak lagi menerima Surat / panggilan dari pihak kredit sehingga pada penghujung 2017 saya menerima panggilan dari agen pengutip hutang meminta saya menjelaskan bayaran tunggakan sebanyak RM20k++.

Untuk makluman, pada bulan September 2016, saya ada menghubungi pihak kredit meminta jumlah yang perlu saya jelaskan until mengeluarkan nama saya dari CTOS. Pihak kredit memberitahu jumlah yang perlu dijelaskn sebanyak RM11K++ dan perlu djelaskan secara lump sum. Saya ada meminta untuk pengurangan @ officer yang boleh saya berurusan berkaitan pembayaran ini tapi permintaan saya tidak di layan.

Pada bulan April 2017, sekali lagi saya ada menghubungi pihak kredit untuk bertanyakan hal yang sama.. Kali ini jumlah yang perlu di jelaskn telah meningkat menjadi RM14k++. Kali ini, saya ada meminta cara pengiraan interest dan cara pengiraan amount tersebut kerana bagi saya sangat di luar jangkaan tetapi apa yang saya di beritahu, pengiraan adalah melalui sistem computer. Kaedah pengiraan semua di setkan melalui sistem computer. Sekali lagi saya minta untuk berhubung dengan officer yang in charge kes saya tetapi tetap tidak di layan.

Penghujung 2017, saya dan suami menerima panggilan dari agen pengutip hutang meminta kami menjelaskan amount sebanyak RM20k atau tindakan undang-undang akan di lakukan termasuk pembukaan akaun dan di istihar bankrupt.

Oleh kerana, ada sedikit ilmu berkaitan akta kebankrapan saya dapat berhujah dengan agen pengutip hutang berkenaan. Selepas dari itu, bermacam-macam ugutan tindakan undang-undang SMS dikirimkan ke nombor saya dan suami tapi kami biarkan sahaja.

Pada bulan April 2018, suami saya telah pergi sendiri ke syarikat kredit berkenaan until menyelesaikan masalah ini. Pada masa ini, jumlah tunggakan telah menjadi RM29.9K++. Suami ada meminta details untuk jumlah berkenaan tapi hanya screenshot sistem computer yang diberikan. Dan untuk membuat susunan semula pembayaran, pihak kredit meminta suami menjelaskan sebanyk RM10k, dan selebihnya secara ansuran.

Sekali lagi suami meminta berjumpa pegawai yang menguruskn tapi tidak dihiraukan. Suami juga meminta kes nombor yang didaftar di mahkamah (pihak agen pengutip hutang ada hantar SMS bagitau nama dah didaftar di Mahkamah Shah Alam) supaya senang kami semak status kerana takut apa-apa legal letter tidak dapat kami terima kerana telah berpindah pada tahun 2015 tapi pihak kredit tidak dapat memberikan maklumat yang kami minta.

Melalui screenshot sistem tersebut, jumlah tunggakan motor itu RM10k++, lebihan RM19.9k++ adalah interest. Dalam sistem juga memaparkan tarikh penarikan motor di buat adalah pada bulan Ogos 2014, padahal tiada penarikan di buat ke atas motor tersebut sehingga sekarang.

Pada hari ini, kami menerima SMS mberitahu akaun suami akan dbekukan berkuatkuasa esok 22 Jun 2018. Walaupn kami tau hanya adalah ugutan tetapi perasaan risau tetap ada.

Saya ingin meminta pandangan yang arif tentang kes macam ini.. apa yang saya boleh lakukan?

P.S. Dalam agreement tiada di nyatakan interest terlewat bayar.. hanya interest pinjaman sebanyk 18% setahun sahaja.

Sekiranya saya dikenakan tindakan undang-undang, boleh kah saya fight untuk interest tersebut?

Sekian.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
9 Answers

answered on Jun 21, 2018 at 23:13
by   Bosses
Post copy of agreement here for clarity.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 22, 2018 at 07:54
by   jebat
edited Jul 7, 2018 at 02:07
 
Pada bulan Disember, 2013 saya telah membeli sebuah motosikal menggunakan loan Kedai dengan bayaran bulanan sebanyak RM230 untuk tempoh 4 tahun.

Jika pengutip hutang kol lagi, tanya mereka adakah kedai tersebut memiliki lesen meminjam dan minta WhatsApp imej lesen tersebut.

Kedai yang tiada lesen meminjam tidak boleh mengambil tindakan Mahkamah dan tidak boleh membangkrapkan sesiapa.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 22, 2018 at 07:57
by   asiah85
edited Jun 22, 2018 at 07:59
by   asiah85


Enclosed the copy of the agreement
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 22, 2018 at 08:04
by   asiah85
edited Jul 7, 2018 at 02:09
 
Ini pula screenshot dari sistem..




Pihak kredit tidak dapat memberikan details untuk setiap items..semua di setkan melalui sistem.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 22, 2018 at 20:41
by   kiki
Berdasarkan agreement motor ini bukan di beli melalui 'loan kedai'.

Syarikat kredit memang di ketahui mengenakan interest yang amat tinggi.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 22, 2018 at 23:04
by   jebat
Harga motor RM 6 ribu lebih sahaja, kenapa tak beli dengan wang tunai?
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 22, 2018 at 23:53
by   asiah85
edited Jul 7, 2018 at 02:14
 
@kiki

Saya sedia maklum interest yang dikenakan adalah sebanyak 18% per annum. Yang menjadi tanda tanya adalah % utk caj terlewat bayar dan caj-caj lain yang dikenakan ke dalam akaun pinjaman saya. Bila saya bertanyakan kepada pegawai di syarikat kredit berkenaan, mereka tidak dapat memberikan jawapan.. jawapan yang sering saya terima ianya telah disetkan/auto calculate dari sistem.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 23, 2018 at 00:03
by   asiah85
edited Jul 7, 2018 at 02:23
 
@jebat

Pada masa itu kami tidak memiliki duit cash yang secukupnya untuk membeli motor secara tunai.

Motor tersebut kami beli untuk kegunaan suami saya untuk ulang alik ke tempat kerja dimana masa kerjanya kadang bermula dari 5 pagi hingga ke 11 malam dan pengangkutan awam hanya bus sahaja yang terdapat di sekitar kawasan tempat tinggal kami yang mana waktu operasinya tidak memungkinkan suami saya dapat menggunakan nya.

Adakah solution yang boleh dicadangkan oleh @jebat untuk masalah ini kerana pihak kredit seakan-akan tidak memberikan ruang untuk kami menyelesaikan masalah ini mengikut kemampuan kami. Setiap rundingan hanya menjelaskan kami perlu melunaskan semua jumlah tunggakan termasuk caj-caj yang berkaitan seperti screenshot di atas.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 23, 2018 at 01:31
by   kiki
edited Jul 7, 2018 at 02:25
 
yang menjadi tanda tanya adalah % untuk caj terlewat bayar dan caj-caj lain yang dikenakan ke dalam akaun pinjaman saya. 

Cadangan saya..

Kamu buat persediaan awal.
Baca semula terma perjanjian itu termasuk mana mana yang bercetak halus.
Buat perkiraan kamu sendiri berdasarkan terma agreement itu.

Kemaskini kan alamat terkini kamu di syarikat kredit itu.

Jika peguam mereka hantar surat tuntutan dan kemudian writ saman dari mahkamah kemudian nanti, kamu boleh lawan atas jumlah yang tiada dalam terma perjanjian.
 
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.