Advertisement

Hutang dan penyitaan harta benda

236 Views  ⚫  Asked 6 Months Ago
asked on May 18, 2018 at 17:29
by   Sueicez123
edited on May 30, 2018 at 01:30
 
Saya mendapat panggilan dari mahkamah mengenai kes hutang yang tertunggak 3 bulan. Di mana satu writ saman akan dikeluarkan serta merta pada hari ini pukul 4 petang dimana 2 orang wakil peguam dan 2 orang polis akan datang ke kediaman saya dan makcik saya (merupakam guarantor) untuk menampal notis berwarna merah untuk sita rumah dan harta benda saya. Saya juga dimaklumkan bahawa semua akaun saya akan dibekukan dan harta benda saya akan dirampas termasuk makcik saya yang merupakan guarantor. Saya tidak menerima apa-apa notis dari pihak mahkamah serta dimaklumkan tentang perkara. Tiada tempoh diberikan kepada saya juga.

Untuk makluman saya membuat personal loan dan total berjumlah RM6457, dan tunggakan saya adalah sebanyak 3 bulan dimana last pembayaran dibuat pada March 2018. Saya tahu kesilapan lambat bayar sebab saya akan jelaskan pada cukup bulan ini. Untuk membatalkan saman tersebut saya dikehendaki melangsaikan semua hutang saya atau bayar separuh dari hutang tersebut pada hari ini juga. Mana saya nak cari jumlah sebanyak itu?

Betulkan tindakan penyitaan ke atas rumah dan harta saya boleh dibuat sebegitu rupa.  Bukankah pihak mahkamah perlu panggil saya untuk berbincang sebelum membuat apa-apa tindakan terhadap harta benda saya juga makcik saya?  Nilai rumah harta benda saya lebih dari jumlah hutang keselurihan. Apakah nasihat yang boleh diberikan kepada saya dalam hal ini?
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
1 Answers

answered on May 18, 2018 at 20:39
by   jebat
edited May 30, 2018 at 01:32
 
Apakah nasihat yang boleh diberikan kepada saya dalam hal ini?  

Mahkamah tak telefon orang, itu satu penipuan pengutip hutang sahaja.
Abaikan. Tak payah angkat talipon.
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.