Advertisement

Penyelewengan Perubatan: Kecuaian ataupun tidak?

502 Views  ⚫  Asked 3 Years Ago
asked on May 12, 2018 at 22:35
by  
edited on May 18, 2018 at 17:39
 
Saya inginkan penjelasan, haruskah saya menyaman pihak hospital, dan adakah ini dipanggil kecuaian?

1. Ke hospital sebab sakit untuk bersalin. Doktor 1st check jalan. Doktor cakap puan balik dulu sebab jalan belum buka. Tunggu check jantung baby dalam 30 minit. Doktor 2nd datang check, katannya jalan sudah 2cm, puan kena admit.

2. Admit wad masuk hari kedua. Pada 6am doktor nak check semula jalan. 1st doktor check cakap 3cm. 2nd doktor check cakap 2cm. Dah bergaduh dua doktor tadi.. Last doktor first suruh call husband untuk sign surat untuk masukkan ubat ikut jalan bawah sebab katanya jalan baru buka 2cm. Dah settel sign semua. Tunggu sampai petang masih belum masukkan ubat. Sampailah keesokan pagi doktor datang melawat. Ehh belum bersalin. Dah mula panas hati. Saya terangkan apa yang doktor 1st tu cakap. Doktor 2nd cakap insyallah, hari ini awak bersalin. Informed semula famly. (tanpa scan baby saya. Hampir 3 hari di wad makan dan minum.)

3. 8.30 ke labour room. Mula masukkan ubat semua.. proses semua.. mula bertarung nyawa untuk melahirkan hampir putus nyawa. Luka di tangan kiri dan tangan sebab pegang besi untuk proses meneran. Hampir beberapa jam bayi saya makin lemah. Proses paksaan berlaku. Suami kena halau keluar. Mula paksa lahir guna vaccum. Masih kena guna tenaga saya. Jantung baby makin lemah. Final proses menggunakan forcep. Menarik kepala bayi saya keluar. Akhirnya bayi saya keluar, tanpa tangisan. Terus masuk nicu tanpa azan.

4. Disebabkan pihak hospital tidak scan semasa saya berada di wad. Bayi saya lahir dengan berat 4.04kg. Semua yang terlibat terkejut dan memberi alasan ‘tak sangka bayi besar’ disebabkan oleh itu anak saya kena sawan masa lahir tak boleh bernafas sendiri. Pendarahan dalam otok, air berlebihan dalam kepala disebabkan oleh vaccum. Bentuk mangkuk vaccum ada sampai hari ini. Luka didahi, kelopak mata kiri akibat bilah forcep yang tajam. Kena mendapat rawatan di hospital sehingga anak 3 tahun atau lebih..

5. Bolehkah saya menyaman pihak terbabit?
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
1 Answers

answered on May 13, 2018 at 10:43
by  
bayi saya lahir dengan berat 4.04kg...
Kenapa tidak buat ultra-sound scan di klinik doktor semasa check-up sebelum masuk hospital?

Berapakah umur anak sekarang?

Adakah apa-apa kecacatan pada anak sekarang?
0 found this helpful
Helpful


You must log in to answer this question.

Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.