Advertisement

Settelment tunggakan dengan bank untuk membatalkan kes bankrap

1949 Views  ⚫  Asked 1 Year Ago
asked on Mar 30, 2018 at 05:02
by  
edited on Apr 24, 2018 at 15:25
 
Saya telah di isytihar muflis pada 20 Mac 2018 tetapi pihak Insolvensi memberi saya peluang menyelesaikan kes dengan pihak bank. Saya telah membayar tunggakan selama 8 bulan beserta yuran guaman pada Bank Rakyat. Sekarang pihak bank ingin menarik kembali status bankrap dengan menyuruh lawyer membatalkan kes bankrap saya.

Adakah saya akan bebas dari status bankrap? saya adalah seorang penjawat awam.. masih bekerja dan bulan ini baru keluar payslip yang saya sudah potong loan peribadi saya bulan 3.. sebelum ni saya cuti belajar tanpa gaji sebab sambung belajar.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
15 Answers
 1   2   Next »  Last »

answered on Mar 30, 2018 at 09:16
by  
edited Apr 24, 2018 at 15:36
 
sekarang pihak bank ingin menarik kembali status bankrap dengan menyuruh lawyer membatalkan kes bankrap saya.
Kes you macam aneh.
Paparkan surat dari bank di sini untuk pencerahan.

tetapi pihak Insolvensi memberi saya peluang menyelesaikan kes dengan pihak bank.
Poskan imej surat memberi peluang tersebut di sini.
1 found this helpful
Helpful

answered on Mar 30, 2018 at 11:15
by  
edited Apr 24, 2018 at 15:37
 
Peguam bank yang baru bankrapkan saya itu tengah buat proses untuk pembatalan kes bankrap saya ke mahkamah... selalunya berapa kos itu @jebat?
0 found this helpful
Helpful

answered on Mar 30, 2018 at 11:18
by  
edited Apr 24, 2018 at 15:38
 
Saya tak dapat surat apa-apa lagi... cuma saya dah bayar tunggakan bulanan kat bank sebanyak RM8,016. Jadi pihak lawyer nak tarik balik kes bankrap saya.. proses saya ini berapa lama dapat pelepasan bankrap tu?
0 found this helpful
Helpful

answered on Mar 30, 2018 at 14:38
by  
edited Apr 24, 2018 at 15:39
 
Siapa di Jabatan Insolvensi yang cakap boleh batalkan kebankrapan you?
Kalau tak ada surat, kenapa you percaya?
0 found this helpful
Helpful

answered on Mar 30, 2018 at 18:41
by  
edited Apr 24, 2018 at 15:42
 
@jebat,

Peguam bank sudah telefon saya yang mengatakan Adjudication Order (AO) dan Receiving Order (RO) saya akan ditarik balik oleh mahkamah.. sementara pihak Insolvensi kata saya tak payah bayar apa pun di Insolvensi kerana pembatalan tersebut dibuat oleh pihak bank dan peguam bank kerana kesilapan bank sendiri. Peguam cakap dia akan hantar surat untuk saya hadir ke mahkamah dengar hearing pada bulan 4 ini.
0 found this helpful
Helpful

answered on Apr 3, 2018 at 11:15
by  
edited Apr 24, 2018 at 15:44
 
sebelum ni saya cuti belajar tanpa gaji sebab sambung belajar.. 

Pada awal cuti belajar bayar hutang macam mana? 20 Mac 2018 di isytiharkan MUFLIS, tapi potongan pinjaman peribadi bulan 3 baru masuk dalam slip gaji.. Aneh..
0 found this helpful
Helpful

answered on Apr 3, 2018 at 13:41
by  
edited Apr 24, 2018 at 15:45
 
@md azha,

Saya baru habis belajar tahun ini.. saya start belajar dari Januari 2016 - Disember 2017 so tamat belajar tahun ni.. start kerje balik Januari 2018 masa dua tahun itulah saya ada skip pembayaran...
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 25, 2018 at 08:17
by  
edited Oct 26, 2018 at 03:15
 
Kalau sudah bankrap boleh sambung belajar? Sebab saya pun bankrap juga. Plan nak sambung belajar.
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 31, 2018 at 11:25
by  
edited Nov 9, 2018 at 04:21
 
Istihar Muflis tahu dari mana?
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 31, 2018 at 13:45
by  
edited Nov 9, 2018 at 04:22
 
@Rounds,

Boleh membuat semakan melalui kaunter carian di pejabat Jabatan Insolvensi Malaysia. 
Caj yang dikenakan sebanyak RM 10.00.

Semakan melalui laman web di www.insolvensi.gov.my atau melalui myeg.com.my 
Caj yang dikenakan sebanyak RM 12.00.
1 found this helpful
Helpful


 1   2   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.