Advertisement

Terima writ dan pernyataan tuntutan dari bank. Apa langkah terbaik patut saya lakukan?

215 Views  ⚫  Asked 3 Months Ago
asked on Mar 3, 2018 at 21:37
by   winxoxo
edited on Apr 12, 2018 at 17:42
 
Saya telah menerima writ tuntutan dari Bank rakyat sebab ada jumlah tunggakan sebanyak RM 1,158.00.

Tuntutan plantif:
1. Penghakiman ke atas jumlah RM 67,474
2. Faedah 5%
3. kos dan
4. Apa-apa relif lain

Tarikh kes: 21 Mac 2018.

Apa langkah terbaik saya lakukan?

Mohon pendapat tuan/puan semua. Terima kasih.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
12 Answers
 1   2   Next »  Last »

answered on Mar 3, 2018 at 21:50
by   jebat
edited Apr 12, 2018 at 17:42
 
Saya telah menerima writ tuntutan dari Bank Rakyat.
Paparkan imej writ tersebut disini untuk pencerahan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Mar 3, 2018 at 22:22
by   winxoxo
edited Apr 12, 2018 at 17:45
 
@jebat, saya silap.. Writ dan Pernyataan Tuntutan.

Surat 1 dan 2.
0 found this helpful
Helpful

answered on Mar 4, 2018 at 08:13
by   jebat
edited Apr 12, 2018 at 17:44
 
Surat 1 dan 2
Kenapa dua mukasurat sahaja?

Pinjaman jenis apa ini?  Kereta? Apakah sebab kamu tak bayar ansuran? Berapa bulan sudah tertunggak?
0 found this helpful
Helpful

answered on Mar 4, 2018 at 12:19
by   winxoxo
edited Apr 12, 2018 at 17:49
 
@jebat

Jenis pinjaman peribadi. Tunggakan 2 bulan.

Nanti saya upload semua surat.

Sekarang saya patut bayar semua tunggakan? Kalau saya pergi mahkamah 21 Mac, apa yang saya perlu lalukan?
0 found this helpful
Helpful

answered on Mar 4, 2018 at 13:12
by   winxoxo
edited Apr 12, 2018 at 18:11
 
@jebat,

Surat 1   2   3   4   5   6   7   8

Terima kasih.
0 found this helpful
Helpful

answered on Mar 4, 2018 at 13:28
by   kiki
edited Apr 12, 2018 at 18:12
 
Kalau saya pergi mahkamah 21 Mac, apa yang saya perlu lalukan?

Jangan tunggu sehingga 21 March. 

Esok Isnin file kan NOTIS KEHADIRAN di kaunter pendaftaran mahkamah.
0 found this helpful
Helpful

answered on Mar 4, 2018 at 13:52
by   winxoxo
edited Apr 12, 2018 at 18:13
 
Jangan tunggu sehingga 21 March. 

Esok Isnin file kan NOTIS KEHADIRAN di kaunter pendaftaran mahkamah.

Terima kasih @kiki

Saya akan file kan. Sekarang saya sudah tidak bekerja. Terakhir saya di Shah Alam 3 tahun lepas.

Lepas 21 Mac, saya akan jadi penghutang kehakiman kan?
0 found this helpful
Helpful

answered on Mar 4, 2018 at 14:21
by   kiki
edited Apr 12, 2018 at 18:14
 
Lepas 21 Mac, saya akan jadi penghutang kehakiman kan?
Tidak juga jika kamu berjaya berunding dengan pihak bank untuk membayar tunggakan dengan kos guaman dan meneruskan ansuran pinjaman semasa.

Sekarang saya sudah tidak bekerja. 
Jika kamu sudah tidak bekerja bagaimanakah kamu akan berunding dan meneruskan pembayaran ansuran? 

terakhir saya di Shah Alam 3 tahun lepas. 
Kamu berada di mana pula sekarang?
0 found this helpful
Helpful

answered on Mar 4, 2018 at 14:42
by   winxoxo
edited Apr 12, 2018 at 17:41
 
Jika kamu sudah tidak bekerja bagaimanakah kamu akan berunding dan meneruskan pembayaran ansuran?
Selama 3 tahun kebelakangan ini saya cuba untuk membayar ansuran mengikut masa. Cuma pada bulan 9 tahun lepas saya ada tunggakan 3 bulan. Tapi saya sempat bayar. Cuma yang terakir 2 bulan ni saya tidak sempat bayar ikut masa.

Kamu berada di mana pula sekarang?
Saya di kelantan. 

@kiki adakah cara terbaik untuk saya berunding dengan bank dan membayar kos guaman sebelum 21 March?

Terima kasih @kiki
0 found this helpful
Helpful

answered on Mar 4, 2018 at 23:08
by   kiki
edited Apr 12, 2018 at 17:39
 
cuma pada bulan 9 tahun lepas saya ada tunggakan 3 bulan, tapi saya sempat bayar. Cuma yang terakir 2 bulan ni saya tidak sempat bayar ikut masa.

Pihak bank mungkin telah menilai trend ini sebagai penanda arah bahawa pinjaman kamu akan menemui masaalah. Loan pun melebihi RM50K, lebih baik mereka buat tuntutan, sekiranya kamu sudah di jatuhkan sebagai debtor tindakan seterusnya adalah kebankrapan.

adakah cara terbaik untuk saya berunding dengan bank dan membayar kos guaman sebelum 21 March?

Bolehkah kamu buat bayaran tunggakan itu di kaunter ataupun melalui CDM sebelum 21 March?

Adakah kamu mempunyai harta atas nama kamu .. rumah atau sebagai nya?
0 found this helpful
Helpful


 1   2   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.