Advertisement

Hutang Kenderaan dan Notis Kebankrapan

143 Views  ⚫  Asked 5 Months Ago
asked on Feb 27, 2018 at 10:15
by   boXx79
edited on Mar 13, 2018 at 01:04
 
Saya telah membeli sebuah kenderaan secara loan dari sebuah bank. Kenderaan tersebut telah digunakan untuk mencari pendapatan tambahan bagi saya. Setelah beberapa tahun, kenderaan tersebut telah di curi dan ini telah menyebabkan bayaran bulanan saya kepada pihak bank tidak dapat dilunaskan. 

Saya telah membuat tuntutan dari pihak insurans berkenaan kenderaan tersebut. Pada mulanya pihak insurans tidak mahu membayar tuntutan saya atas beberapa sebab. Dengan bantuan pihak Ombudsman for Financial Services (OFS), pihak insurans hanya bersetuju membuat bayaran 50% dri nilai kenderaan semasa dan saya hanya mampu bersetuju berbanding pihak insurans tidak membayar langsung.

Berbalik kepada loan saya dengan pihak bank, jumlah loan saya dengan pihak bank adalah RM57000 dan setelah ditolak jumlah bayaran pihak insuran iaitu sebanyak RM33000, baki loan saya dengan pihak bank adalah RM24000. 

Pihak bank telah menghubungi saya meminta saya membuat bayaran baki RM24000 tersebut dan secara jujurnya, saya tidak mampu malah bayaran bulanan sebanyak RM970 pun tidak lagi mampu saya bayar setelah kehilangan kenderaan tersebut. Malah, saya telah menerima notis kebankrapan disebabkan tunggakan selama 16 bulan disebabkan kelewatan tuntutan insurans. Tunggakan tersebut telah saya selesaikan mengggunakan simpanan yang ada dan sekarang, simpanan dah habis dan pihak bank menuntut bayaran baki.

Pihak bank mengkehendaki saya melangsaikan baki RM24000 atau membuat bayaran bulanan RM970 sehingga selesai dan saya tidak mampu untuk melakukan kedua-dua yang di cadangkan pihak bank. Jika saya gagal, pihak bank akan sekali lagi mengambil tindakan undang-undang kepada saya. Pada mula nya, saya beranggapan bahawa setelah pihak bank menerima bayaran tuntutan insurans, saya boleh dikatakan telah membuat bayaran in advance dan saya ada tempoh masa untuk saya mengatur kewangan saya tetapi pihak tidak mahu sedemikian dan mendesak saya menjelaskan hutang tersebut

1. Apa tindakan yang boleh saya lakukan dalam mengatasi masalah ini (hutang baki tersebut)??

2. Apakah pula tindakan undang-undang yang dapat di ambil oleh pihak bank kepada saya jika saya gagal melunaskan baki hutang tersebut atau gagal membuat bayaran bulanan seperti di minta pihak bank?

P.S.: Jika terdapat persoalan dengan situasi saya, mohon bertanya. Saya telah dibebani dengan masalah ini sejak kehilangan kenderaan tersebut tahun 2016 dan bayaran tuntutan insurans hanya di terima pihak bank bulan Februari, 2018. Mohon bantuan dan nasihat anda semua. Terima kasih.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
3 Answers
answered on Feb 27, 2018 at 10:37
by   jebat
saya telah menerima notis kebangkrapan.....

Paparkan imej Notis disini untuk pencerahan.
Sepatutnya Notis Kebankrapan tidak boleh dikeluarkan untuk jumlah hutang yang kecil ini.
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 27, 2018 at 10:57
by   boXx79
edited Mar 13, 2018 at 01:06
 
Notis itu untuk jumlah hutang kenderaan yang RM57000 sebelum pihak insurans bayar tuntutan saya RM33000. Untuk makluman, notis tersebut di keluarkan pada bulan September 2017 dan saya tidak pernah terima surat atau notis tersebut. Perkara tersebut saya ketahui dari pihak CTOS bila saya mendaftar dengan dengan CTOS. Notis atau surat dari lawyer di hantar ke alamat kuarters saya yang mana saya tidak lagi tinggal di aitu setelah bertukar tempat tinggal. Disebabkan tidak mahu di istiharkan bankrap, saya mengeluarkan simpanan yang ada untuk menyelesaikan tunggakan dan case saya d tarik balik dari mahkamah. Sekarang, pihak mengugut untuk meneruskan semula kes saya ke mahkamah jika gagal melunaskan baki atau membuat bayaran bulanan minimum 2 bulan dalam minggu ini.
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 27, 2018 at 15:36
by   kiki
1. Apa tindakan yang boleh saya lakukan dalam mengatasi masalah ini (hutang baki tersebut)??

Masaalah yang ini kamu kena lah fikir sendiri. Mungkin kamu kena cari kerja part time yang lain dan mula membayar nya semula.

Oleh kerana bank sudah menerima bayaran RM33K dan baki nya RM24K maka tindakan kebankrapan tidak boleh lagi diambil terhadap kamu. Jadi kamu mempunyai masa untuk 

Jika mereka (cuba cuba atau buat bodoh) memfailkan semula Notis Kebankrapan mengikut nilai hutang lama ( RM57K ) kamu boleh dengan mudah mengenepikan nya di mahkamah. 

Jadi kamu sudah mempunyai masa untuk mengumpul semula segala sumber bagi tujuan penyelesaian.

2. Apa kah pula tindakan undang-undang yang dapat di ambil oleh pihak bank kepada saya jika saya gagal melunaskan baki hutang tersebut atau gagal membuat bayaran bulanan seperti di minta pihak bank? 

Bank boleh buat tuntutan terhadap baki RM24K itu tapi ia tidak boleh membankrapkan kamu. Jangan menggeletar  bila orang sebut perkataan 'tindakan mahkamah'.

Jika tak faham dokumen mahkamah, poskan di sini untuk pencerahan.
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.