Advertisement

Writ of seizure and sale

153 Views  ⚫  Asked 7 Months Ago
asked on Feb 24, 2018 at 19:01
by   Anonymous1
edited on Mar 13, 2018 at 01:22
 
Saya ada hutang dengan koperasi tidak dibayar. Sudah disaman pada 2010. Tuntutan adalah sebanyak RM37,000. 

Saya telah baca banyak mengenai WSS, dan kebanyakan mengatakan ia amat jarang dilakukan terhadap individu. Tetapi kebanyakan jawapan itu dari isu lama.  Memandangkan akta bankrapsi telah diubah dari RM30,000 ke RM50,000 saya rasa saya perlu bersedia dan lebih memahami tentang WSS kerana kemungkinan itu ada.

Saya difahamkan mereka tidak boleh sita barangan yang bukan milik debtor dan jika debtor tidak tinggal disitu. 

Alamat saya dengan koperasi itu adalah alamat rumah ibu bapa saya. Macamana saya nak buktikan saya tidak tinggal disitu? Semua alamat surat menyurat adalah menggunakan alamat rumah ibu bapa saya. Semua surat menyurat dialamat saya tinggal ini adalah bawah nama isteri saya.

Jadi macamana ye? Apa bukti yang boleh diterima yang mengatakan saya tidak tinggal di sana?
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
6 Answers

answered on Feb 25, 2018 at 09:40
by   kiki
edited Mar 13, 2018 at 01:23
 
Sudah disaman pada 2010. Tuntutan adalah sebanyak RM37,000.  

Apa kah status nya saman ini? 

Pada tahun 2010, jumlah layak untuk tindakan bankrapsi adalah RM30K.
Mengapa pula tiba tiba risaukan pasal WSS?
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 25, 2018 at 10:19
by   Anonymous1
edited Mar 13, 2018 at 01:24
 
Saya tak tau kenapa tapi sememangnya saya tidak bankrap. Bank akaun masih aktif jadi tak mungkin saya bankrap. Mungkin mereka terlupa atau apa. Cuma baru-baru ini saya mendapat surat untuk hadir ke mahkamah mengatakan plaintiff ( koperasi ) ingin menukar kandungan dalam saman yang asal. Katanya "terkilaf" tidak mengatakan akan mengenakan 1% dari jumlah lewat bayar ( lebih kurang macam tu lah ). Jadi mereka nak tambah ni dalam saman asal.

Jadi dengan itu saya rasa mereka masih aktif dalam mengambil tindakan keatas saya. Pada mulanya saya ingat dah lebih 6 tahun mereka dah tak boleh kejar saya tapi baru saya tahu asalkan dah saman, mereka ada 12 tahun dari tarikh saman untuk ambil tindakan mahkamah.

Jadi memandangkan jumlah tidak cukup untuk bankrapkan saya, saya perlu konsider kemungkinan untuk buat WSS itu ada sebab bukan kecil amaunnya. 
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 25, 2018 at 11:25
by   kiki
Katanya "terkilaf" tidak mengatakan akan mengenakan 1% dari jumlah lewat bayar ( lebih kurang macam tu lah ). Jadi mereka nak tambah ni dalam saman asal. 

1% kelewatan bagi sebulan atau setahun?

Jadi,  jika mereka tambah ini dalam saman asal, maka mereka akan mengumpul satu jumlah yang boleh membankrapkan kamu. Ada kah kamu setuju?

Lupakan saja pasal WSS, kerana sekiranya mereka mahukan tindakan WSS, dengan jumlah 37K itu pun mereka sudah boleh lakukan.

Jadi memandangkan jumlah tidak cukup untuk bankrapkan saya..

Mungkin, tidak lagi setelah saman asal di ubah.. 
Poskan di sini surat untuk hadir ke mahkamah itu untuk pencerahan para forumers.
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 26, 2018 at 18:13
by   Anonymous1
Saya sudah cuba add image tapi asyik keluar popup mengatakan cuma terima jpg, jpeg dan png. 

Isi kandungan surat tu adalah permohonan untuk menambah 1% sebulan dari baki tertunggak dari tahun 2009. 

Lagi 1 memasukkan nombor kad pengenalan supaya lebih maklumat diketahui. 

Itu 2 sahaja. 

Tahun asal saman adalah 2010. 

Boleh ke mereka mengubah isi kandungan saman walaupun sudah lebih 6 tahun? Adakah sebarang cara untuk membantah perubahan ni?
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 26, 2018 at 22:44
by   jebat
Jadi memandangkan jumlah tidak cukup untuk bankrapkan saya, saya perlu konsider kemungkinan untuk buat wss itu ada sebab  bukan kecil amaunnya.

Jangan mengarut.
Tidak pernah terdengar ada orang kebiasaan di Malaysia dikenakan WSS dari bank.
Bank-bank tak berani.
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 26, 2018 at 22:54
by   kiki
Boleh ke mereka mengubah isi kandungan saman walaupun sudah lebih 6 tahun?

Sesiapa saja boleh mencuba. Hanya mahkmah yang akan menentukanya.

Tahun asal saman adalah 2010.

Apakah status saman 2010 itu.

Apakah yang tercatit dalam Penghakiman (Perintah) nya.
Kamu boleh dapatkan info dengan mengekstrakan dokumen dari kaunter pendaftaran mahkamah dengan mengunakan nombor kes saman 2010 itu.

Kamu perlu info dan fakta jika kamu akan membuat bantahan.
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.