Advertisement

Hutang kad kredit RM18200

720 Views  ⚫  Asked 9 Months Ago
asked on Feb 20, 2018 at 01:15
by   Intan
edited on Mar 12, 2018 at 04:00
 
Saya mempunyai masalah hutang kad kredit yang sudah mencecah RM18200 gara-gara masalah kewangan yang saya hadapi. Baru-baru ini saya telah dihubungi oleh agen pemungut hutang yang meminta saya menjelaskan jumlah sebanyak RM5000 pada minggu pertama dan kemudian menjelaskan RM4000 pada minggu kedua dan seterusnya menyelesaikan pembayaran penuh pada minggu berikutnya. Masalahnya saya tidak mempunyai jumlah wang sebanyak itu memandangkan saya tidak mempunyai pendapatan tetap kerana bekerja sendiri. Agen pemungut hutang telah mengugut mahu menghantar surat saman yang boleh menyebabkan nama saya disenarai hitam dan dijatuhkan status sebagai bankrap. Malah turut mengugut mahu datang ke rumah yang boleh menyebabkan jiran-jiran mengetahui masalah saya.

Saya berasa agak tertekan bila sering didesak oleh agen pemungut hutang supaya menjelaskan hutang dalam tempoh yang ditetapkan namun setelah membuat beberapa kajian di internet tentang taktik agen pemungut hutang saya berasa sedikit lega dan kebelakangan ini sudah mampu menjawab panggilan agen agar tidak tertipu dengan desakan mereka.

Untuk pengetahuan, saya juga telah berhubung secara direct dengan pihak bank untuk membuat rundingan bagi menyelesaikan masalah saya ini tetapi cadangan pelan pembayaran saya telah ditolak bulat-bulat kerana cadangan pelan yang ditawarkan oleh bank sebelum ini tidak dapat saya penuhi. Malah, pihak bank telah meminta saya menjelaskan sebanyak RM5000 selewat-lewatnya pada 23/2/2018 dan baki penuh selewat-lewatnya pada 28/2/2018. Apakan daya, saya benar-benar tidak dapat menyelesaikan jumlah tersebut dalam masa yang suntuk.

Persoalan saya:

1. Bolehkah saya membayar hutang saya secara ansuran bulanan sebanyak RM1000 sebulan tanpa menghiraukan desakan agen pemungut hutang dan mengabaikan cadangan bank supaya saya membayar RM5000 pada 23/2/2018?

2. Adakah interest kad kredit saya akan naik setiap bulan walaupun saya telah membayar sebanyak RM1000 sebulan?

3. Apa pula akan jadi jika saya menangguhkan pembayaran hutang sehingga ke bulan April kerana saya akan mendapat bayaran untuk gaji freelance saya dan jika jumlah itu cukup, saya bercadang untuk membuat bayaran penuh pada bulan April nanti. Adakah pihak bank boleh mengambil tindakan undang-undang dalam tempoh dua bulan ini jika saya mengabaikan permintaan mereka sehingga ke bulan April? 

Diharap ada yang sudi menjawab kemusykilan saya. Sekian.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
5 Answers

answered on Feb 20, 2018 at 16:40
by   kiki
3. Apa pula akan jadi jika saya menangguhkan pembayaran hutang sehingga ke bulan April kerana saya akan mendapat bayaran untuk gaji freelance saya dan jika jumlah itu cukup, saya bercadang untuk membuat bayaran penuh pada bulan April nanti.

Tidak jadi apa apa melainkan kiraan interest itu bertambah sehingga april.

Adakah pihak bank boleh mengambil tindakan undang-undang dalam tempoh dua bulan ini jika saya mengabaikan permintaan mereka sehingga ke bulan April? 

Pihak bank boleh saja membuat tuntutan di mahkamah dan menjadikan kamu sebagai judgement debtor jika mereka mahu. Tetapi setakat itu saja. Untuk bertindak lebih jauh saperti kebankrapan tidak boleh kerana hutang tidak melebihi 50k.

Jadi dalam kes kamu, yang sememang nya menunggu masa untuk membayar jangan bimbang pada ugutan akan di saman di mahkamah, sebab kadang kadang saman mahkamah itu memberi lebih advantage kepada kita. Sebagai contoh lepas di jatuhkan sebagai debtor .. interest rate menjadi rendah dan memberi lebih kelapangan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 23, 2018 at 16:39
by   Intan
edited Mar 12, 2018 at 04:01
 
Terima kasih Cik Kiki atas jawapan. Baru-baru ini saya sudah membuat pembayaran sebanyak RM2000 instead of RM5000 yang diminta oleh pihak bank selepas rayuan saya untuk buat bayaran secara ansuran tidak diterima. Bank juga meminta saya membuat bayaran penuh sehingga hujung bulan tetapi saya benar-benar tidak mampu. Jadi Debt Collector masih tak henti-henti menghubungi saya. Mereka mencadangkan supaya saya membuat bayaran mengikut pelan mereka saja iaitu ansuran secara bulanan selama

Enam bulan dan mereka meminta saya menandatangi surat perjanjian jika saya terima. Boleh kah kalau saya tak nak menandatangi surat tersebut? Saya risau surat perjanjian itu akan mengikat saya dengan pihak debtor yang boleh menyekat sebarang tindakan saya di kemudian hari. 
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 23, 2018 at 18:28
by   jebat
enam bulan dan mereka meminta saya menandatangi surat perjanjian jika saya terima. Boleh ke kalau saya tak nak menandatangi surat tersebut? Saya risau surat perjanjian itu akan mengikat saya dengan pihak debtor yang boleh menyekat sebarang tindakan saya di kemudian hari.

Kenape perlu tandatangani apa-apa?  Kenapa perlu ambil risiko tambahan?
Bank tak boleh buat apa-apa pada ketika ini kerana amaun hutang terlalu kecil.
Abaikan pengutip hutang dan jangan jawab panggilan mereka.
1 found this helpful
Helpful

answered on Feb 23, 2018 at 19:22
by   kiki
edited Mar 12, 2018 at 04:02
 
Baru-baru ini saya sudah membuat pembayaran sebanyak RM2000..

Pembayaran kamu ini tidak membantu apa apa pun sekiranya kamu akan mengambil yang panjang untuk penyelesaian penuh.

Jadi Debt Collector masih tak henti-henti menghubungi saya. 

Sekiranya mereka call dan kamu tidak dapat mengabaikan nya saperti nasihat jebat diatas, kamu 'reverse psycho' merayu pula pada mereka supaya membawa kes kamu ke mahkamah.

Saperti yang saya sudah beritahu jika tuntutan ini di bawa ke mahkamah ia akan memberi advantage kepada kamu.

Kamu lihat saja mahu atau tidak pihak bank buat tuntutan mahkamah pada amaun seperti kes kamu ini.

Ingat, ikut nasihat jebat, jangan sign apa apa dokumen dengan debt collector.
1 found this helpful
Helpful

answered on Feb 23, 2018 at 20:14
by   Intan
Terima kasih En Jebat dan Cik Kiki atas respons. Saya memang tidak bercadang untuk menandatangi apa-apa surat perjanjian dengan debt collector kerana saya yakin itu pasti taktik mereka untuk mengikat saya dan memberi kelebihan kepada mereka.

Saya masih ada kemusykilan. Tak mengapakah jika saya mengikut nasihat En Jebat supaya mengabaikan panggilan debt collector mulai hari ini sebab saya ada terbaca dalam satu artikel tentang garis panduan pengutip hutang yang dikeluarkan oleh bank negara bahawa pengutip hutang berhak menghubungi penghutang sebanyak 3 kali seminggu. 

Untuk pengetahuan, saya memang bercadang untuk membuat bayaran penuh atau sekurang2nya separuh bila saya mendapat bayaran upah kerja freelance saya pada bulan April nanti. Cuma saya tertanya-tanya jika pihak bank akan mengambil tindakan saman ke atas saya di mahkamah dalam masa terdekat. Adakah kemungkinan surat saman tersebut boleh dihantar oleh mahkamah dalam tempoh sehingga bulan April ini? Biasanya berapa lama masa yang akan diambil oleh pihak bank untuk membawa sesuatu kes seperti kes saya ke mahkamah? Harap ada yang sudi bantu menjawab kemusykilan saya. Terima kasih.
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.