Advertisement

Menerima panggilan telepon daripada agensi pengutip hutang

345 Views  ⚫  Asked 8 Months Ago
asked on Feb 3, 2018 at 15:10
by   raiman
edited on Feb 23, 2018 at 01:56
 
Saya adalah seorang pesara kerajaan berumur 60 tahun.

Baru baru ini saya telah menerima satu panggilan telepon daripada agensi pengutip hutang mengenai kes hutang kereta dengan CIMB  yang tertunggaksebanyak RM 7,000 daripada tahun 2008.

Walaubagaimanapun pihak agensi membuat tawaran supaya menyelesaikan hutang tersebut sekali gus dengan hanya RM 5,000.

Setakat ini saya belum membuat apa apa persetujuan mengenai perkara tersebut. Oleh yang demikian saya ingin pencerahan daripada pihak Tuan apakah langkah langkah yang perlu saya ambil buat masa kini.

1. Berunding dengan pihak bank CIMB dengan amaun yang perlu di bayar atau menyelesaikan masaalah ini dengan AKPK.
2. Mohon pencerahan Tuan adakah kes ini terlibat dengan Akta Limitation Act.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
3 Answers

answered on Feb 5, 2018 at 21:06
by   kiki
edited Feb 23, 2018 at 02:01
 
kes hutang kereta dengan CIMB  yang tertunggak sebanyak RM 7,000 daripada tahun 2008. 

Apa yang terjadi pada kereta itu. Adakah di tarik balik balik dan di lelong?

Walaubagaimanapun pihak agensi membuat tawaran supaya menyelesaikan hutang tersebut sekali gus dengan hanya RM 5,000.

Tawaran dari debt collector tidak ada ikatan undang (legal binding). Perkiraan resmi dari bank sudah tentu berlainan. Jika ada kemampuan dan ingin bayar berurusan terus dengan pihak bank. Debt collector jangan layan.

1. Berunding dengan pihak bank CIMB dengan amaun yang perlu di bayar atau menyelesaikan masaalah ini dengan AKPK . 

Jika ada kemampuan dan ingin bayar, berurusan terus dengan pihak bank. Debt collector jangan layan.

Jika berurusan dengan pihak bank pastikan di sebut "TANPA PREJUDIS" pada surat rasmi mahu sebutan supaya tidak di reset semula waktu had masa itu.

2. Mohon pencerahan Tuan adakah kes ini terlibat dengan Akta Limitation Act.
Ya, tapi pastikah kamu tiada tindakan mahkamah pernah di ambil oleh bank terhadap kamu dulu?
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 6, 2018 at 19:38
by   raiman
edited Feb 23, 2018 at 02:00
 
Apa yang terjadi pada kereta itu. Adakah di tarik balik balik dan di lelong?

Kereta tersebut telah mengalami kemalangan [terbakar] kiranya total loss dan pampasan dari insurance tidak mencukupi untuk cover baki pinjaman pada tahun 2008. Kiraan adalah berdasarkan default payment dari tahun tersebut.

Tawaran dari debt collector tidak ada ikatan undang (legal binding). Perkiraan resmi dari bank sudah tentu berlainan. Jika ada kemampuan dan ingin bayar berurusan terus dengan pihak bank. Debt collector jangan layan. 

Terima kasih diatas pencerahan Tuan mengenai situasi saya sekarang.

Jika ada kemampuan dan ingin bayar, berurusan terus dengan pihak bank. Debt collector jangan layan. 

Jika berurusan dengan pihak bank pastikan di sebut  "TANPA PREJUDIS " pada surat rasmi mahu sebutan supaya tidak di reset semula waktu had masa itu. 

Terima kaseh Tuan diatas pencerahan yang bernas.

Ya, tapi pastikah kamu tiada tindakan mahkamah pernah di ambil oleh bank terhadap kamu dulu?

Setakat ini dari tahun 2008 saya tidak pernah menerima apa apa surat ataupun tindakan mahkamah dari pihak CIMB. Mungkin pada tahun 2008 saya telah berpindah ke SG PETANI dari PULAU PINANG dan menggunakan alamat baru. Hire Purchase (H/P) AGREEMENT dengan CIMB saya menggunakan alamat lama PENANG dan alamat tersebut sudah tidak wujud.

Mohon pencerahan dari Tuan mengenai status pesara kerajaan. Jikalau saya dikenakan Bankruptcy adakah akaun persaraan akan disekat oleh pihak Bank?
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 6, 2018 at 22:33
by   kiki
edited Feb 23, 2018 at 02:02
 
H/P AGREEMENT dengan CIMB saya menggunakan alamat lama PENANG dan alamat tersebut sudah tidak wujud.

Jika ada masa, cuba buat semakan di CTOS, CCRIS ataupun pergi ke Mahkamah di Penang buat semakan. Ramai yang pernah ada tuntutan di Mahkamah tetapi tidak mengetahui nya. Oleh kerana jumlah nya tidak melebihi jumlah untuk tindakan kebankrapan maka ia terbiar begitu saja. Namun pihak kreditor mempunyai had masa selama 12 tahun untuk mengambil tindakan seterusnya.

Jikalau saya dikenakan Bankruptcy adakah akaun persaraan akan disekat oleh pihak Bank.

Kreditor hanya boleh mengambil tindakan kebankrapan hanya sekiranya hutang itu melebihi RM50K.
Jika kamu pernah di tuntut di mahkamah dan di jatuhkan sebagai Penghutang Penghakiman Ingkar maka kiraan faedah adalah amat minima (anggaran 1.5% p/a). Katalah  benar lah jumlah tututan itu sebayak RM8k maka tidak mungkin ia kini sudah melebihi RM50K.

Jika mereka tidak pernah mengambil tindakan mahkamah sejak default payment sejak 2008 maka kamu boleh berlindung di bawah Akta Had Masa 254 (1953).

Dalam kes terburuk, jika kamu di bankrapkan. Lapur saja pada Jabatan Insolvensi. Bayar saja dalam anggaran 10% dari jumlah pencen selama 3 tahun atau sehingga jumlah penuh, ikut keadaan.

Ketika di jatuhkan bankrap, Bank biasa nya akan bekukan  akaun, tetapi dengan kebenaran Jabatan insolvensi boleh buka semula akaun untuk kemasukan pencen. Berdasarkan kes kamu, rasa nya tidak lah akan sampai ke tahap ini.

Harap jawapan ini dapat menenangkan fikiran kamu.
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.