Advertisement

Hutang bank dan penyitaan keatas rumah bukan milik saya?

356 Views  ⚫  Asked 6 Months Ago
asked on Jan 26, 2018 at 09:52
by   firman
edited on Feb 20, 2018 at 04:00
 
Saya buat personal loan tanpa penjamin di Bank Rakyat pada tahun 2009 sebanyak RM10k dan selama 5 tahun pembayaran, bermula 2009 sampai 2014. Tetapi saya tak mampu membayar ansuran bermula 2012 sampai sekarang kerana betul-betul tak mampu. Bagaimana status hutang saya?

Pada awal tahun 2013 pegawai bank bersama peguam datang untuk menyatakan akan diberi surat saman pertama dari pihak bank. Lepas 1 minggu surat sampai. Dalam surat saman tu menuntut tunggakan selama setahun lepas itu tambah kos peguam. Notis diberikan dalam masa 14 hari. Kerana betul-betul tidak mampu saya menanti action selepas 14 hari tersebut tapi sampai sekarang 2018.. Soalan saya bagaimana status hutang tersebut?

Pada 3 hari lepas saya menerima panggilan dari pihak bank dan pihaknya hendak mengeluarkan surat saman dan penyitaan. Sekarang saya menggunakan alamat surat menyurat melalui rumah mertua saya memandangkn sebelum ni surat menyurat mggunakan alamat IC saya. Alamat di IC tidak ada nombor jalan atau nombor rumah, hanya betul nama tempat sahaja. Jadi sekarang pihak bank hendak saman dan sita ke atas alamat rumah mertua saya sedangkan saya tidak menduduki rumah tersebut, hanya menggunakan  alamat sebagai surat menyurat. Soalannya boleh kah pihak bank berbuat demikian sedangkn ia bukan milik saya?

Bagai mana cara untuk saya selesaikn perkara ini sekiranya pihak bank datang ke alamat tersebut ini kerana saya tidak mahu melibatkn mertua saya. Sila bagi pandangan dan kaedah terbaik. Saya hanya muskil sebab selepas tahun 2013 (surat saman 1st) sampai 2018 tiada pun pihak bank cari sedangkan tahun tersebut pihak bank ada datang untuk menyatakan hal saman. Boleh kah dengan keadaan saya sekarang di sita rumah dan harta? Jika penyitaan tersebut berlaku bagaimana prosuder dia? Boleh kah menyita rumah yang saya duduki sekarang memandangkn rumah saya duduk ini juga bukan milik saya..itu pun belas ikhsan dari sedara ....walaupun keadaan rumah sekarang uzur dan jika diteliti pun dalam rumah sekarang pun hanya ada TV patern lama, kipas, kerusi pun lama, peti ais, mesin basuh dan dapur masak sahaja. Berbaloi kah pihak bank nak sita dengan keadaan saya sekarang hanya kais pagi makan pagi...kais petang makann petang? Dengan nak menyara 3 orang anak, memang saya buntu. Tolong bagi pandangan dan cadangan bagi saya menyelesaikan hal tersebut.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
4 Answers

answered on Jan 26, 2018 at 13:18
by   jebat
edited Feb 20, 2018 at 04:02
 
Pada awal tahun 2013 pegawai bank bersama peguam datang untuk menyatakan akan diberi surat saman pertama dari pihak bank. Lepas 1 minggu surat sampai. Dalam surat saman tu menuntut tunggakan selama setahun lepas itu tambah kos peguam.

Postkan imej surat saman tersebut disini untuk pencerahan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jan 26, 2018 at 17:17
by   firman
edited Feb 20, 2018 at 04:06
 
Maaf..surat saman tersebut tidak dapat dikesan...hanya notis merah ini sahaja yang saya dapat. Boleh bagi pandangan?

Saya tidak dapat mula bayar dari 2011 samapai sekarang. 3 hari lepas dapat panggilan wakil dari pihak bank untuk mengeluarkan writ saman dan penyitaan. Oleh itu dia menyuruh saya call Tuan Haji M untuk semakan dan bincangan. Bila saya call dia hanya cakap saman dan penyitaan ke atas alamat rumah mertua saya, sedangkan saya tidak menetap disitu. Bila saya ajukan kenapa mesti alamat tersebut, sedangkan saya tidak duduk disitu, dia hanya cakap apa-apa dekat mahkamah. Selepas itu dia matikan talian. Tercenggang saya seketika. Boleh bagi pandangan kerana saya keliru sekarang ini..
1 found this helpful
Helpful

answered on Jan 26, 2018 at 17:24
by   firman
edited Feb 20, 2018 at 04:04
 
Hanya surat merah sahaja yang saya jumpa. Surat yang writ itu tidak dapat dikesan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jan 26, 2018 at 17:46
by   mike
dia menyuruh saya call Tuan Haji M untuk semakan dan bincangan..

Kalau dah suruh call ..Tuan Haji M .. 
Itu karektor dari bill collector.
Abaikan saja..

Kalau masih tak yakin ...poskan surat merah itu disini untuk pencerahan.
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.