Advertisement

Proof of Debt (POD) dan pembatalan kebankrapan

133 Views  ⚫  Asked 1 Month Ago
asked on Jan 12, 2018 at 10:46
by   nur_shahida85
edited on Jan 15, 2018 at 22:16
 
Saya ingin bertanya apakah langkah terbaik yang patut kami ambil memandangkan hari ini adalah hari untuk pembatalan status bankrap suami tetapi pegawai insolvensi mengatakan ada Proof of Debt (POD) masuk berjumlah RM28,700. Untuk pengetahuan, kami telah menyelesaikan pembayaran kepada insolvensi untuk pihak bank yang telah menbankrapkan kami.

Saya ingin meminta pendapat apakah patut kami usahakan lagi untuk membayar RM28,700 untuk membatalkan status bankrap atau meneruskan dengan langkah pembayaran ansuran kepada insolvensi memandangkan sudah habis usaha untuk mendapatkan duit lagi?

Apakah yang patut saya lakukan? Saya cuma hendak menyelamatkan rumah kami supaya tidak di lelong, memandangkan rumah kami merupakan pinjaman perumahan dengan kerajaan.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
3 Answers

answered on Jan 13, 2018 at 15:04
by   kiki
edited Jan 15, 2018 at 22:18
 
Apakah yang patut saya lakukan? Saya cuma hendak menyelamatkan rumah kami supaya tidak di lelong, memandangkan rumah kami merupakan pinjaman perumahan dengan kerajaan?

Bagus lah hanya kreditor untuk personal loan (unsecured loan) saja yang masuk POD, dan kreditor untuk loan rumah (secured loan) tidak.

Kalau sudah habis usaha..

Lapor saja diri pada Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) untuk bayar ansuran bulanan. Rumah tidak semesti nya di lelong. Kalau sudah lapor kata putus terletak di tangan JIM bukan si kreditor (unsecured loan). 

Jangan bimbang ya...
Nanti cakap pada JIM, ibu kamu yang sudah tua tinggal bersama.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jan 17, 2018 at 11:45
by   nur_shahida85
edited Feb 6, 2018 at 00:04
 
Terima kasih tuan/Puan Kiki.

Hari ini kami membuat panggilan kepada bank yang membuat tuntutan kerana menurut suami dia ada 2 akaun tetapi mengapa hanya satu sahaja yang di buat tuntutan. Setelah bercakap dengn orang bank, pegawai bank tersebut menyatakan yang mereka telah mengemukakan tuntutan pada bulan 10 tahun lepas.

Yang menjadi persoalan pada kami, mengapa pihak insolvensi tidak mendapat Proof of Debt tersebut? Yang di hantar berjumlah RM28,700 iaitu satu akaun sahaja. Namun menurut suami pinjaman lagi satu total RM100,000 lebih dan tidak pernah tertunggak dalam membuat pembayaran.

Oh.. masalah semakin rumit dan saya tidak tahu hendak bertanya pada siapa dan bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jan 23, 2018 at 20:58
by   kiki
edited Feb 6, 2018 at 00:05
 
Namun menurut suami pinjaman lagi satu total RM100,000 lebih dan tidak pernah tertunggak dalam membuat pembayaran.

Suami masih lagi ada kreditor lain. Jika kamu beritahu awal, pasti lebih baik tidak buat bayaran lansung kerana ia akan menjadi sia sia saja..

Mungkin ada baik kamu bebaskan tekanan minda dari cubaan hendak menyelamatkan rumah. Suami masih muda dan bekerja. Utamakan keluarga, bina semula kehidupan baru.
Selamat Maju Jaya.
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.