Advertisement

Saman tiada lesen memandu kereta

45 Views  ⚫  Asked 1 Month Ago
asked on Dec 25, 2017 at 09:39
by   Nik Iqbal
edited on Jan 5, 2018 at 06:49
 
Semalam saya ada mendapat satu saman dari trafik yang mengatakan saya kena ke makhamah kerana memandu kenderaan, kereta tanpa lesen memandu yang sah, saya hanya mempunyai lesen memandu motorsikal sahaja, so saya mahu mengetahui apakah hukuman atau kompaun yang bakal dikenakan, dan adakah sebarang rayuan dapat dilakukan, dan hukuman diringankan kepada yang macam mana?
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
1 Answers

answered on Dec 25, 2017 at 10:20
by   jebat
edited Jan 5, 2018 at 06:57
 
Kesalahan jenis ini tidak boleh dikompaun. (dibayar denda tanpa hadir ke Mahkamah).
Kamu kena di Mahkamah pada hari yang ditetapkan. Jika kamu mengaku salah, amaun denda biasanya dalam lingkungan RM1,500 hingga RM2,000 bergantung kepada budi-bicara Hakim. Sebelum hukuman dijatuhkan, kamu mungkin diberi 1-2 minit untuk bercakap. (hujahan mitigasi)

Dalam masa ini, jika kamu boleh menunjukkan mengapa denda patut dikurangkan, bawa dokumen-dokumen bukti sekali.
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.