Advertisement

Tuntutan hutang lama Bank A oleh Bank B

124 Views  ⚫  Asked 10 Months Ago
asked on Dec 24, 2017 at 07:01
by   azshharsh
edited on Jan 5, 2018 at 06:58
 
Saya memohon pandangan tuan-puan mengenai isu saya ini. Saya cuba membuat seringkas mungkin:-

- Hutang kereta lama pada tahun 2003 dengan bank A. Kereta telah di tarik dan dilelong.

- Pada tahun 2005, tuntutan oleh pihak bank A ke atas saya melalui mahkamah. Saya hadir dalam perbicaraan dan hakim menjelaskan untuk berbincang dengan pihak bank bagi tujuan pembayaran balik.

- Selepas itu, tiada tindakan susulan oleh pihak bank A. Dan saya tidak mendapat apa-apa info dari mereka

- Pada tahun 2017, bank B (bank lain) menghantar surat tuntutan ke atas hutang saya dengan bank A. Sedangkan saya tidak pernah berhutang dengan bank B. Untuk makluman, bank A sudah tidak wujud lagi sekarang.

- Saya melihat rekod saya di CCRIS dan CTOS juga tidak mempunyai masalah. Dan saya juga mempunyai pinjaman sekarang dengan bank lain.

Saya memohon pandangan pihak tuan/puan dalam isu saya ini. Sekian terima kasih ke atas kerjasama yang tuan/puan berikan.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
1 Answers

answered on Dec 25, 2017 at 10:10
by   jebat
Pada tahun 2017, bank B (bank lain) menghantar surat tuntutan ke atas hutang saya dengan bank A.
Postkan imej surat tersebut disini untuk pencerahan.
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.