Advertisement

KWSP dan Kebankrapan

3503 Views  ⚫  Asked 2 Years Ago
asked on Dec 21, 2017 at 10:17
by  
edited on Jan 5, 2018 at 05:03
 
Si bankrap telah meninggal dunia dan meninggalkan aset KWSP. Waris telah berhubung dengan agensi kerjaan yang menguruskan pentadbiran harta pusaka untuk mengruskannya.

Soalan-soalannya disini.

1. Adakah waris-waris si bankrap yang masih hidup berhak menerima aset KWSP tersebut sebagai harta pusaka?

2. Adakah agensi kerajaan yang menguruskan pentabiran harta pusaka tersebutĀ berhak membayar kepada insolvensi terhadap hutang kebankrapan simati, tetapi dalam hal ini aset adalah KWSP?

Jika waris-waris yang masih hidup berhak, apakah hujah kukuh terhadap tuntutan tersebut?

Mohon kecerahan.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
5 Answers

answered on Dec 21, 2017 at 22:39
by  
edited Jan 5, 2018 at 05:04
 
1. Adakah waris-waris si bankrap yang masih hidup berhak menerima aset KWSP tersebut sebagai harta pusaka?

Ya

2. Adakah agensi kerajaan yang menguruskan pentabiran harta pusaka tersebut berhak membayar kepada insolvensi terhadap hutang kebankrapan simati, tetapi dalam hal ini aset adalah KWSP?

Insolvensi tidak di benarkan mengambil duit terus dari KWSP dalam apa keadaan pun.
Keluarkan nama si mati dari status kebankrapan terlebih dahulu yang boleh dilakukan kini tanpa boleh di bantah.

Jika waris-waris yang masih hidup berhak, apakah hujah kukuh terhadap tuntutan tersebut?
Hujah kukuh ada lah mereka itu waris si mati, tiada yang lebih kukuh.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 22, 2017 at 10:03
by  
edited Jan 5, 2018 at 05:05
 
Terima kasih kiki di atas maklum balas tersebut.

"Keluarkan nama si mati dari status kebankrapan terlebih dahulu yang boleh dilakukan kini tanpa boleh di bantah. "

Maksudnya akta baru kebankrapan telah berkuatkuasa?

http://www.parlimen.gov.my/files/billindex/pdf/2016/DR/D.R.%2021_2016_bm.pdf
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 25, 2017 at 16:25
by  
edited Jan 5, 2018 at 05:05
 
Mohon maklum balas berkenaan pindaan akta tersebut, adakah sudah diwartakan?
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 25, 2017 at 16:35
by  
Sudah, di wartakan pada 6hb Okt. 2017.
0 found this helpful
Helpful

answered on Mar 11, 2019 at 13:16
by  
edited Mar 18, 2019 at 21:29
 
Minta pencerahan, saya telah di istiharkan bankrap pada Januari 2018. Bagaimana cara untuk saya mengeluarkan wang KWSP pada umur saya 50 tahun? Bolehkan saya mengeluarkan wang KWSP account ke-2 saya?
0 found this helpful
Helpful


You must log in to answer this question.

Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.