Advertisement

Apa akan berlaku jika mahkamah menunda kes untuk di dengar untuk pelepasan bankrap?

280 Views  ⚫  Asked 10 Months Ago
asked on Dec 15, 2017 at 11:16
by   nur_shahida85
edited on Dec 29, 2017 at 03:54
 
Suami telah membuat penbyaran penuh kepada Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) berserta tax dan menunggu tarikh mahkahmah untuk pelepasan status bankrap. Tetapi pada hari yang telah di janjikan, peguam yang kami lantik telah pergi ke mahkamah dan menyatakan yang mahkamah menangguhkan kes kami dan akan disebut semula pada 12/1 nanti.

Persoalan saya  apakah ada kemungkinan yang bank-bank lain untuk membuat tuntutan kepada Jabatan Insolvensi dalam tempoh kami menunggu untuk sebutan semula kes suami di mahkamah? Dan apakah sebab-sebab yang menjadikan kes ini harus di tunda ke tarikh lain?

Harap ada yang dapat membantu. Terima kasih.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
6 Answers

answered on Dec 15, 2017 at 14:40
by   kiki
menyatakan yang mahkamah menangguhkan kes 

Adalah perkara biasa untuk mahkamah menangguhkan kes.
Lawyer kamu sepatutnya dapat menjawab segala soalan kamu ini jika pun ada sebab sebab lain.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 16, 2017 at 08:48
by   nur_shahida85
edited Dec 20, 2017 at 00:29
 
Terima kasih kiki.

Semalam saya berjumpa dengan peguam dan dia menyatakan kes ditangguhkan kerana warta belum dikeluarkan oleh pihak insolvensi. Menurut perbincangan yang saya hadiri berserta suami, pegawai insolvensi menyatakan akan mengeluarkan warta sebelum kes mahkamah di dengar.

Saya ingin bertanya, apakah tempoh untuk insolvensi keluarkan warta setelah seseorang di isytiharkan bankrap?

Warta akan di keluarkan pada 20hb Disember 2017 ini dan tamat pada 10 Januari 2018 nanti. Adakah kebarangkalian bank-bank lain membuat tuntutan kepada Jabatan Insolvensi dalam tempoh tersebut?

Harap Tuan/Puan Kiki dapat membantu.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 16, 2017 at 14:05
by   kiki
edited Dec 20, 2017 at 00:31
 
Saya ingin bertanya, apakah tempoh untuk insolvensi keluarkan warta setelah seseorang di isytiharkan bankrap?

Saya rasa soalan ini lebih credible jika pihak Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) menjawabnya. 

Namun kamu sendiri sudah pun ada jawapan nya...

Warta akan di keluarkan pda 20hb Disember 2017 ini dan tamat pada 10 Januari 2018 nanti.
Warta tamat pada 10/1 dan sebutan kes pelepasan kebankrapan pada 12/1. Munasabah lah nampak nya.

Saya tidak pasti kandungan 'warta' yang dimaksudkan tapi saya suspek ia adalah satu siaran notis pemberitahuan sekiranya jika ada pihak berkempintangan ingin membantah permohonan pelepasan ini.

Ini proses yang perlu di lalui.

adakah kebarangkalian bank-bank lain membuat tuntutan kepada insolvensi dalam tempoh tersebut?

Kebarangkalian itu sentiasa ada. 
Tempoh nya (20 hari) itu pun di kira agak pendek juga. 
Jangan bimbang,  kebarangkalian untuk tiada bantahan juga tinggi. 
Pastikan hutang hutang kreditor lain di kemaskini supaya tiada tunggakan.

Tidak perlu laki bini bergaduh ya..
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 18, 2017 at 12:28
by   nur_shahida85
edited Dec 29, 2017 at 03:56
 
Warta tamat pada 10/1 dan sebutan kes pelepasan kebankrapan pada 12/1. Munasabah lah nampak nya.

Dear Tuan/Puan Kiki, terima kasih atas penjelasan. Saya cuma hendak pastikan tiada kreditor lain membuat tuntutan setelah sy bersusah payah menjelaskan amount yang di minta oleh pihak insolvensi.

Tidak perlu laki bini bergaduh ya.

Harus bergaduh memandangkan hutang dia yang culas tapi memberi kesan kepada rumah yang kami beli.

Terima kasih tuan/Puan Kiki. Saya perlu pastikan hutang dari kreditor lain dijelaskan secepat mungkin kerana pemotongan pembayaran ke angkasa di hentikan. Maknanya baru tertunggak selama sebulan. Doakan urusan kami dipermudahkan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 18, 2017 at 13:26
by   jebat
Harus bergaduh memandangkan hutang dia yang culas tapi memberi kesan kepada rumah yang kami beli.
Nanti bukan rumah yang hilang, suami pulak yang hilang.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 20, 2017 at 16:49
by   nur_shahida85
edited Dec 29, 2017 at 03:55
 
Nanti bukan rumah yang hilang, suami pulak yang hilang.

Hahahha...rumah tu penting untuk saya dan anak-anak kami. Tapi suami juga penting memandangkan dia berhutang dengan saya. Selepas ini saya akan menjadi insolvensi pula kepada dia.
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.