Advertisement

Notis Petisyen Pemiutang melalui surat khabar

762 Views  ⚫  Asked 9 Months Ago
asked on Nov 23, 2017 at 03:53
by   FL9641
Saya baru menerima salinan Notis Petisyen Pemiutang pada 21/11/17 melalui satu syarikat agen perunding. Notis tersebut bertarikh 17/11/17 yang diiklankan di dalam Berita Harian. Maklumat di dalam notis tersebut menyatakan tarikh petisyen akan di dengar pada 29/11/17 @ 9am di Mahkamah Shah Alam (No kes : BA-29NCC-2513-03/2017)

Setelah saya membaca earlier posting di forum ini, saya telah cuba membuat carian dokumen di eCourts Portal dan mendapati Notis Kebankrapan telah diisu terhadap saya pada 22/3/17 tetapi ini adalah diluar pengetahuan saya.

Saya mempunyai limit kad kredit dengan A*bank sebanyak RM16k. Pada penghujung tahun 2012, saya telah berhenti kerja untuk menjadi penjaga sepenuh masa bagi bapa yang menghidap kanser. Sejak dari itu saya tiada punca pendapatan yang menyebabkan kegagalan melunaskan hutang kad kredit tersebut. Saya juga tidak pernah approach bank untuk discuss penyelesaian kerana saya tidak ada punca pendapatan atau apa jua aset yang boleh dicairkan untuk menampung keseluruhan hutang tersebut. Sehingga kini saya masih tiada pekerjaan tetap.

Saya bercadang untuk menghadirkan diri pada 29/11/17 tarikh petisyen akan di dengar. Honestly, saya tak tahu apa kedudukan saya sekarang samada sudah diisytihar bankrup atau masih ada harapan untuk merayu dan meminta penangguhan supaya saya boleh cuba berbincang dengan pihak bank on available options.  

Saya berharap sekiranya ada @forumers yang sudi memberikan sedikit panduan dan nasihat. Terima kasih.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
51 Answers
« Previous   1   2   3   4   5   6   Next »

answered on Dec 7, 2017 at 22:00
by   kiki
saya akan clarify pada pihak bank status kewangan sebenar saya iaitu tiada pendapatan tetap dan tiada aset dengan nilai besar yang boleh dicairkan untuk menampung hutang. Oleh itu perbuatan bank untuk bankrupkan saya tidak akan memberi benefit kepada bank.

Sudah kah kamu berurusan dengan pihak bank. Buat surat rasmi, jangan lupa tandakan ' Tanpa Prejudis'. Boleh poskan di sini untuk semakan dan komen.
0 found this helpful
Helpful


« Previous   1   2   3   4   5   6   Next »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.