Advertisement

Notis Petisyen Pemiutang melalui surat khabar

565 Views  ⚫  Asked 6 Months Ago
asked on Nov 23, 2017 at 03:53
by   FL9641
Saya baru menerima salinan Notis Petisyen Pemiutang pada 21/11/17 melalui satu syarikat agen perunding. Notis tersebut bertarikh 17/11/17 yang diiklankan di dalam Berita Harian. Maklumat di dalam notis tersebut menyatakan tarikh petisyen akan di dengar pada 29/11/17 @ 9am di Mahkamah Shah Alam (No kes : BA-29NCC-2513-03/2017)

Setelah saya membaca earlier posting di forum ini, saya telah cuba membuat carian dokumen di eCourts Portal dan mendapati Notis Kebankrapan telah diisu terhadap saya pada 22/3/17 tetapi ini adalah diluar pengetahuan saya.

Saya mempunyai limit kad kredit dengan A*bank sebanyak RM16k. Pada penghujung tahun 2012, saya telah berhenti kerja untuk menjadi penjaga sepenuh masa bagi bapa yang menghidap kanser. Sejak dari itu saya tiada punca pendapatan yang menyebabkan kegagalan melunaskan hutang kad kredit tersebut. Saya juga tidak pernah approach bank untuk discuss penyelesaian kerana saya tidak ada punca pendapatan atau apa jua aset yang boleh dicairkan untuk menampung keseluruhan hutang tersebut. Sehingga kini saya masih tiada pekerjaan tetap.

Saya bercadang untuk menghadirkan diri pada 29/11/17 tarikh petisyen akan di dengar. Honestly, saya tak tahu apa kedudukan saya sekarang samada sudah diisytihar bankrup atau masih ada harapan untuk merayu dan meminta penangguhan supaya saya boleh cuba berbincang dengan pihak bank on available options.  

Saya berharap sekiranya ada @forumers yang sudi memberikan sedikit panduan dan nasihat. Terima kasih.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
51 Answers
« Previous   1   2   3   4   5   6   Next »  Last »

answered on Nov 29, 2017 at 19:10
by   jebat
Lawyer bank ada cakap apa-apa kepada kamu atau PKP?
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 29, 2017 at 19:17
by   mike
. Saya telah clarify hanya ada aset sebuah kerete berusia lebih 15tahun dan masih belum ada pendapatan tetap.

Jadi, apakah yang kamu takutkan mengenai bankrapsi.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 29, 2017 at 22:03
by   FL9641
@jebat

Lawyer bank ada cakap apa-apa kepada kamu atau PKP?
>> Tuan, lawyer bank kata saya boleh contact bank directly untuk discuss settlement. Lawyer bank tiada bantahan untuk tangguhan masa. Sebelum masuk bilik PKP, lawyer bank ada tanya jika saya nak mintak tangguh dan advice kebiasaannya kes pada stage PP ni tangguhan masa hanya diberi tempoh sebulan 
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 29, 2017 at 22:18
by   FL9641
@mike

Jadi, apakah yang kamu takutkan mengenai bankrapsi.
>> Saya seorang yang clueless mengenai selok belok undang-undang. Tapi sekiranya ada jalan penyelesaian yang lebih baik, saya pasti sesiapa pun tidak mahu berada dalam status bankrupsi 
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 30, 2017 at 01:25
by   kiki
Tuan, seperti yang telah tuan nasihatkan, saya telah hadir pada hearing Petisyen Pemiutang pada hari ini dan telah diberikan penangguhan masa sehingga Khamis,28.12.17. 

Tahniah berjaya mendapatkan penangguhan saperti yang kamu harapkan..

atau masih ada harapan untuk merayu dan meminta penangguhan supaya saya boleh cuba berbincang dengan pihak bank on available options. "  

Kalau tidak hadir, pastilah hari ini juga sudah di jatuhkan Perintah AORO (kebankrapan).

Saya berharap tuan @jebat @forumers yang lain dapat memberi panduan dan langkah seterusnya untuk kes ini.

<1.> Boleh terus berbincang dengan pihak bank on available options. Kemukakan cadangan supaya boleh di bincangkan dengan para forumer.

<2.> Lawan. Untuk tujuan ini kena filekan dokumen (Notis Menentang) dengan afidavit sokongan di mahkamah untuk mengetepikan Notis Kebankrapan  atau Petisyen Pemiutang. Tapi apakah alasan sokongan yang boleh di ikrarkan dalam afidavit sokongan?

* Alasan tiada tampalan dilakukan di rumah kamu, saperti yang kamu katakan hari itu, telah di 'counter' oleh lawyer bank dengan memperolehi Perintah Penyampaian Ganti dari mahkamah.

* Validiti 3 bulan NK masih berdiri ketika perbuatan kebankrapan dilakukan (19June 2017).

* Tarikh perbuatan kebankrapan yang tercatit masih berada dalam 6 bulan ketika Petisyen di kemukakan di mahkamah.

So.. alasan kukuh masih belum muncul..
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 30, 2017 at 01:55
by   jebat
1 June 2017 11.50 am Dorai Raj pergi ke alamat di Klang dan tampal Notis Kebankrapan.
1 June 2017 10.20 am Dorai Raj pergi ke alamat di Shah Alam dan tampal Notis Kebankrapan.


Adakah kamu terjumpa Notis Kebankrapan tertampal ataupun di peti surat di Klang dan Shah Alam?
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 30, 2017 at 05:30
by   kiki
Updates - Chronology of event.. (for easy and quick reference)

22 Mar. 2017 
NOTIS KEBANKRAPAN. 

1 Apr. 2017 
8.40 am Dorai Raj pergi alamat di Klang bagi tujuan menyampaikan Notis Kebankrapan.-Premis berkunci. 

1 Apr. 2017 
9.20 am Dorai Raj pergi alamat di S Alam dan di maklumkan Penghutang sudah berhenti kerja. 

4 Apr. 2017 
Dorai Raj kirim surat. Untuk appointment pada 14 Apr. 2017 di kedua dua alamat. 

14 Apr. 2017 
Dorai Raj Pergi kedua dua alamat. Gagal. Di klang - Berkunci. Di S Alam di maklumkan sudah berhenti kerja. 

17 Apr. 2017 
Saman Dalam Kamar. Memohon Perintah Penyampaian Ganti NK 

19 Apr. 2017 
Jurat -  Penyampaian Ganti.  
(jurat - Declare to mahkamah. Everything done but failed) 

27 Apr. 2017
Perintah Penyampaian Ganti

1 June 2017 
9 am Tampal Notis Kebankrapan di papan Notis Mahkamah. 

1 June 2017 
11.50 am pergi ke alamat di Klang dan tampal NK. 

1 June 2017 
10.20 am  pergi ke alamat di S Alam dan tampal NK. 

3 June 2017 
Iklankan di akhbar Utusan Malaysia. 

8 June 2017 
Jurat oleh Dorai Raj  . Declaration penyampaian gagal setelah di cuba beberapa kali. 

11 June 2017
Date Tetuan Lawyer claims Notis Kebankrapan telah di sampaikan melalui penyampaian ganti.

19 June 2017
Tarikh Perbuatan Kebankrapan di lakukan.

2 Aug. 2017
PETISYEN PEMIUTANG.

16 Sept. 2017 
10 am - Dorai Raj pergi ke alamat Penghutang di s Alam untuk menyampaikan Petisyen.(afidait)

16 Sept. 2017 
11 am - Dorai Raj pergi ke alamat Penghutang di s Alam untuk menyampaikan Petisyen.(afidait)
Dan dimaklumkan Penghutang telah berhenti kerja.(afidavit) 

21 Sept 2017 
 Dorai Raj - Kirim surat Untuk temu janji pada 30 Sept.2017 ke alamat pertama dan kedua. (afidavit)

30 Sept 2017 
2 pm Dorai Raj pergi ke premis di S Alam . Pintu berkunci. 

'30 Sept 2017 
3.30 pm Dorai Raj pergi ke premis di S Alam . Sekali lagi gagal  dimaklumkan Penghutang sudah berhenti kerja.. 
  
12 Oct. 2017 
Perintah penyampaian ganti Petisyen Pemiutang. 

16 Nov. 2017 
9.15 am - Dorai Raj tampal salinan Petisyen Pemiutang di Papan Notis Mahkamah. (afidavit) 

16 Nov. 2017 
11.50 am - Dorai Raj tampal salinan Petisyen Pemiutang di alamat Penghutang  di Klang.. (afidavit) 

16 Nov. 2017 
11.50 am - Dorai Raj tampal salinan Petisyen Pemiutang di alamat Penghutang  di S Alam.. (afidavit) 

17 Nov. 2017  
Dorai Raj iklankan Notis Penyampaian Petisyen di akhbar Berita Harian. 

21 Nov. 2017
 JD menerima salinan Notis Petisyen Pemiutang  melalui satu syarikat agen perunding. Notis tersebut bertarikh 17/11/17 

29 Nov.2017
Tarikh perbicaraan. JD memperolehi penangguhan sehingga 28 Dec. 2017
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 30, 2017 at 12:16
by   FL9641
@jebat

Adakah kamu terjumpa Notis Kebankrapan tertampal ataupun di peti surat di Klang dan Shah Alam?
>>Tuan, saya dan kakak tidak pernah terjumpa apa-apa notis bertampal di peti surat di premis Klang. Saya tidak lagi berkunjung ke premis Shah Alam setelah berhenti kerja pada 07/2011
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 30, 2017 at 12:54
by   FL9641
@kiki

<1.> Boleh terus berbincang dengan pihak bank on available options. Kemukakan cadangan supaya boleh di bincangkan dengan para forumer. 
>> saya akan clarify pada pihak bank status kewangan sebenar saya iaitu tiada pendapatan tetap dan tiada aset dengan nilai besar yang boleh dicairkan untuk menampung hutang. Oleh itu perbuatan bank untuk bankrupkan saya tidak akan memberi benefit kepada bank. Namun sekiranya pihak bank boleh bersetuju untuk memberi satu discounted amaun atas tuntutan, saya akan berusaha membuat settlement melalui pinjaman dengan ahli keluarga. (Saya akan mencadangkan satu jumlah settlement yang terendah). Sekirany ada forumers yang pernah ada pengalaman nego dengan pihak bank, saya berharap dapat berkongsi tips dan pengalaman. Terima kasih
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 30, 2017 at 13:06
by   FL9641
@kiki

So.. alasan kukuh masih belum muncul..
>> saya faham dan terima kasih atas effort meneliti docs dan fakta kes. Saya bersedia menerima apa jua nasihat dan panduan yang diberikan oleh @Team Avengers kerana anda semua lebih arif dan berpengalaman untuk membantu situasi saya
0 found this helpful
Helpful


« Previous   1   2   3   4   5   6   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.