Advertisement

Notis Petisyen Pemiutang melalui surat khabar

744 Views  ⚫  Asked 8 Months Ago
asked on Nov 23, 2017 at 03:53
by   FL9641
Saya baru menerima salinan Notis Petisyen Pemiutang pada 21/11/17 melalui satu syarikat agen perunding. Notis tersebut bertarikh 17/11/17 yang diiklankan di dalam Berita Harian. Maklumat di dalam notis tersebut menyatakan tarikh petisyen akan di dengar pada 29/11/17 @ 9am di Mahkamah Shah Alam (No kes : BA-29NCC-2513-03/2017)

Setelah saya membaca earlier posting di forum ini, saya telah cuba membuat carian dokumen di eCourts Portal dan mendapati Notis Kebankrapan telah diisu terhadap saya pada 22/3/17 tetapi ini adalah diluar pengetahuan saya.

Saya mempunyai limit kad kredit dengan A*bank sebanyak RM16k. Pada penghujung tahun 2012, saya telah berhenti kerja untuk menjadi penjaga sepenuh masa bagi bapa yang menghidap kanser. Sejak dari itu saya tiada punca pendapatan yang menyebabkan kegagalan melunaskan hutang kad kredit tersebut. Saya juga tidak pernah approach bank untuk discuss penyelesaian kerana saya tidak ada punca pendapatan atau apa jua aset yang boleh dicairkan untuk menampung keseluruhan hutang tersebut. Sehingga kini saya masih tiada pekerjaan tetap.

Saya bercadang untuk menghadirkan diri pada 29/11/17 tarikh petisyen akan di dengar. Honestly, saya tak tahu apa kedudukan saya sekarang samada sudah diisytihar bankrup atau masih ada harapan untuk merayu dan meminta penangguhan supaya saya boleh cuba berbincang dengan pihak bank on available options.  

Saya berharap sekiranya ada @forumers yang sudi memberikan sedikit panduan dan nasihat. Terima kasih.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
51 Answers
« Previous   1   2   3   4   5   6   Next »  Last »

answered on Nov 27, 2017 at 15:29
by   jebat
Mana afidavit yang menyatakan iklan suratkhabar untuk Notis Kebankrapan sudah dibuat?
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 27, 2017 at 17:46
by   FL9641
@jebat

Mana afidavit yang menyatakan iklan suratkhabar untuk Notis Kebankrapan sudah dibuat?
>> maaf tuan, saya masih tak berjaya papar dokumen kerana masalah daily limit kuota. Akan cuba lagi time to time
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 27, 2017 at 20:11
by   vkpc
hi FL9641,

What is your WeChat ID?
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 27, 2017 at 23:08
by   FL9641
@jebat

Afidavit yang menyatakan iklan suratkhabar untuk Notis Kebankrapan



0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 27, 2017 at 23:10
by   FL9641
@vkpc

What is your WeChat ID?
>>Sorry sir, i do not use this App on my device
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 27, 2017 at 23:14
by   FL9641
Afidavit yang menyatakan iklan suratkhabar untuk Notis Kebankrapan (sambungan page) 




0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 27, 2017 at 23:16
by   jebat
Mana dokumen Petisyen Pemiutang?
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 27, 2017 at 23:33
by   FL9641
@jebat

Mana dokumen Petisyen Pemiutang?
>> Maaf tuan, saya akan papar selepas daily image kuota refresh
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 28, 2017 at 00:03
by   kiki
Boleh kamu terangkan..

1. Alamat di Klang itu kamu tinggal dengan siapa.
2. Alamat di Shah Alam (mengikut afidavit si penampal kata ia sentiasa berkunci )

Mana satu sepatut nya " alamat terakhir yang di ketahui " oleh kreditor?
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 28, 2017 at 00:56
by   FL9641
@kiki

1. Alamat di Klang itu kamu tinggal dengan siapa. 
>> alamat rumah sewa. Tinggal bersama kakak

2. Alamat di Shah Alam (mengikut afidavit si penampal kata ia sentiasa berkunci )
>> alamat bekas majikan. Telah berhenti kerja sejak 07/2011. Pada pengetahuan saya syarikat ini masih beroperasi di alamat yang sama sehingga kini

Mana satu sepatut nya " alamat terakhir yang di ketahui " oleh kreditor?
>> alamat terakhir masih di Klang (tidak berpindah)
0 found this helpful
Helpful


« Previous   1   2   3   4   5   6   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.